Wednesday, May 08, 2013

BN Hampir Kalah Kerana Wujud Masyarakat Melayu Yang Tamak - Dr M

BN Hampir Kalah Kerana Wujud Masyarakat Melayu Yang Tamak - Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.


Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Selasa.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Ahad, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU-13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam.

"Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah.

-BERNAMA

Inilah Mesej Hasutan Papa Gomo Menyebabkan Dia Di Tahan Polis

Inilah Mesej Hasutan Papa Gomo Menyebabkan Dia Di Tahan Polis

Pemilik blog Papa Gomo ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman.


Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota.

Kepada penyokong kedua-dua parti dan juga kepada pemimpin-pemimpin politik di Malaysia, terimalah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Masing-masing kenalah bermuhasabah diri tentang kekurangan diri dan terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Marilah kita kekalkan keamanan dan kemakmuran tanpa perlu menumpahkan darah atau menyemarakkan sentimen api perkauman.

Bak kata orang, menang jadi arang kalah jadi abu.

Fikir-fikirkan lah..

-SP

Tuesday, May 07, 2013

Anwar Belum Sedia Bersara Dari Politik

Anwar Belum Sedia Bersara Dari Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bersedia untuk berhenti daripada politik walaupun pernah berkata bahawa dia mungkin bersara untuk menjadi pensyarah di Eropah jika Pakatan gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .


Sebaliknya, pemimpin PKR telah berikrar untuk menumpukan tenaga masanya untuk memerangi penipuan pilihan raya, yang beliau dakwa berleluasa sepanjang PRU13.

“Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memilih untuk mengabaikan kehendak rakyat demi kepentingan mereka sendiri walaupun sewaktu pengumuman awal mereka inginkan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Anwar berkata bahawa SPR harus bertanggungjawab kerana telah “bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah kita.”

Beliau berkata, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.

Anwar merujuk kepada pergerakan yang diterajui oleh pemerhati pilihanraya Bersih 2.0, yang telah berjaya menarik perhatian beribu-ribu rakyat untuk melakukan demonstrasi di seluruh Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.

Pada hari pengundian semalam, banyakdakwaan penipuan- termasuk pengundi hantu terutamanya yang dikatakan orang asing, dan kemungkinan mengundi dua kali dengan dakwat kekal yang mudah dibersihkan telah muncul.

“Saya akan menumpukan masa saya dan tenaga yang terbaik untuk bekerja dengan BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru ditubuhkan dan bebas hendaklah berada di tempatnya secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya,” kata Anwar.

Beliau menekankan hakikat bahawa Pakatan Rakyat memenangi undi popular dengan margin yang besar (50.3%, berbanding dengan BN 46.8%), dan berkata bahawa ini “mengesahkan mandat yang diberikan kepada kami.”

“Hati nurani kita tidak boleh membenarkan kita untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijelmakan melalui penipuan, hati saya dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU13 ini.”

Anwar akan berucap dalam satu ceramah yang akan diadakan pada Rabu di Petaling Jaya, berkata beliau akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui proses pilihan raya yang didakwa tidak bersih.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN dan UMNO Khairy Jamaluddin menggesa Anwar untuk memberhentikan misinya untuk mempersoalkan proses pilihan raya.

-Awani

Washington Iktiraf Kemenangan BN

Washington Iktiraf Kemenangan BN

Kalau pilihan raya kita penuh dengan Bangla, buang undi dari helikopter dan sebagainya, percayalah, AS adalah negara pertama yang akan menyangkal keputusan pilihan raya kita.


Ini kerana, AS secara umumnya memang mahu pertukaran kerajaan berlaku di negara ini supaya beberapa agenda tertangguh mereka seperti membuka pengkalan tentera di Sabah dapat dilaksanakan.

Namun, bila pilihan raya kita memang bersih, tak boleh nak kata apalah kan. Ia turut disahkan oleh semua pemerhati antarabangsa.

Yang berlaku sekarang ini hanyalah permainan cybertropers DAP dan penyokong tegar pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi kononnya mereka menang walaupun hakikatnya mereka kalah.

Adalah beberapa kes Bangla ditahan di depan pusat pengundian…silap-silap dibayar DAP untuk pergi beratur. Mereka ni pendatang yang tak bijak dan tak sekolah, pergilah berdiri lepas dapat duit sikit. Dan tu kena tahan dengan kumpulan sama suruh pergi beratur tu.

Satu lakonan yang begitu besar dan menyeluruh untuk menipu masyarakat.

US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities

WASHINGTON – The United States has recognized Malaysia’s election result, calling it the “most competitive” in the Southeast Asian nation’s history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday’s parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties “to peacefully respect the will of the voters.”

Baca laporan akhbar AP disini..

[Sumber]

Herman Tino Buat Majlis Kenduri Meraikan Kekalahannya!

Herman Tino Buat Majlis Kenduri Meraikan Kekalahannya!

Penyanyi era 80-an Herman Tino akan mengadakan sebuah majlis kesyukuran bagi meraikan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar pada 5 Mei lalu.


Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, dia turut menjemput kesemua 340 pengundi yang mengundinya ke majlis tersebut bagi menghargai sokongan mereka walaupun tewas.

"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya. "Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Noh menang dengan majoriti besar apabila memperolehi 20,548 undi manakala lawannya Mohamad Rashdi Deraman (PAS) memperolehi 16,154 undi manakala Herman Tino 340.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' itu turut hilang wang pertaruhannya sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, Herman Tino berkata, beliau menerima hakikat kekalahannya kerana tahu telah bertanding secara jujur walaupun membuat keputusan itu pada saat-saat akhir.

Jelasnya, walaupun hilang wang pertaruhan dia berbangga dan bersyukur kerana rakan-rakannya yang membantunya untuk membayar wang berkenaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan dan terus menyokongnya.

"Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya," jelasnya.

Tambah Herman Tino, beliau akan terus memperjuangkan kepercayaannya dalam politik sebagaimana beliau bersungguh-sungguh semasa mencipta nama sebagai penyanyi.

"Seperti mana bidang nyanyian begitu juga dengan politik. Saya tidak main-main dan akan terus memperjuangkan kepercayaan saya. Insya Allah jika ada rezeki saya akan bertanding lagi," katanya.

-mStar

Tsunami Kaum Cina Atau Semua Kaum Di Malaysia?

Tsunami Kaum Cina Atau Semua Kaum Di Malaysia?

Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada “tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.


Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.

“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.

Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Selain itu, PR turut gagal untuk merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008 akan tetapi kembali dikuasai oleh BN selepas tiga ADUN PR membelot.

“Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” tulis beliau lagi.

“Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.”

[Sumber]

Panas! Pelajar Rasis Terbalikkan Gambar Bendera Malaysia!

Panas! Pelajar Rasis Terbalikkan Gambar Bendera Malaysia!

Tidak sampai 24 jam kemenangan BN yang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, Pakatan yang bertekad mahu menumbangkan BN terus mempamerkan sikap biaDAP mereka dengan memprotes kemenangan melalui tindakan menterbalikkan bendera Malaysia.


Gambar yang tersebar meluasa di fb ini didakwa dibuat pelajar di Taiwan. .

Tindakan puak-puak pelampau rasis ini disebabkan BN terus berkuasa di Malaysia bukannya DAP..

[Klik gambar untuk paparan besar]

Mengapa mereka tak terbalikkan bendera P.Pinang dan Selangor?

Ini kerana parti mereka yang berkuasa dan mendapat sokongan PKR dan PAS.


Sewajarnya puak-puak ini dilucutkan kerakyatan di atas tindakan biadap ini

[Sumber]

Edited by SP

Monday, May 06, 2013

Masih Tak Puas Hati Anwar Ajak Pengikut Buat Huru-hara!

Masih Tak Puas Hati Anwar Ajak Pengikut Buat Huru-hara!

Masih lagi tak puas hati dengan keputusan pada PRU 13, Anwar Ibrahim kali ini mengajak penyokong-penyokong fanatiknya untuk membuat satu lagi huru-hara!


Anwar mendakwa keputusan pilihanraya dipenuhi penipuan pihak tertentu lantas mengajak para penyokongnya untuk menghadiri perhimpunan bagi membuat bantahan.

Tapi, Anwar mungkin terlupa, pemenang sudah ditentukan, rakyat sudah membuat pilihan, malah dihadiri pemerhati tempatan dan antarabangsa.

Kalau tak bersih, kenapa Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor masih kekal di bawah Pakatan?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menghadiri satu perhimpunan yang akan diadakan di Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya diadakan, semalam.

Beliau mendakwa, permintaan mudah rakyat untuk pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan dipilih bertanggungjawab, telus serta bebas rasuah akan terus bergema di sebalik perhimpuanan ini.

"Hakikat bahawa Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular dengan perbezaan yang besar (50.3 peratus, berbanding dengan BN 46.8 peratus) mengesahkan mandat yang diberikan kepada kita dan membuktikan berlakunya penipuan pada pilihan raya lalu.

"Suara hati kita tidak membenarkan kita menerima keputusan pilihan raya dijelmakan melalui penipuan dan menipu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan BN meraih 133 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat (PR) mendapat 89 kerusi.

Anwar menjelaskan, desakan ini dibuat selepas mendakwa SPR bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara.

Dakwa beliau, satu perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan menumpukan masa dan tenaga untuk bekerjasama dengan Bersih serta rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa SPR yang baru ditubuhkan dan bebas secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya," dakwanya lagi.

-Sinarharian
Sudah-sudah la tu..

-SP