Monday, June 23, 2014

Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Pernah dengar nama Kieron Williamson? Dia lahirkan pada 4hb Ogos 2002 di Holt, Norfolk England.

Kieron Williamson

Bapanya bernama Keith Williamson berusia 47 tahun sementara ibunya bernama Michelle berumur 40 tahun dan bekerja sebagai jururawat dan nutritional therapist. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Billie Jo.

Keith Williamson adalah seorang kontraktor bangunan dan pada tahun 2007, Keith telah mengalami kecederaan di buku lalinya dan doktor menasihatkan dia berhenti membuat kerja-kerja berat. Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, Keith beralih menjadi Art Dealer.

Bermulalah kehidupannya dengan mengumpul lukisan-lukisan untuk dijual. Pada masa itulah Kieron selalu memerhatikan apa yang ayahnya lakukan dengan lukisan-lukisan yang banyak dirumahnya.

Kieron, menurut cerita ibunya mmpunyai satu perangai pelik. Semasa berumur satu tahun, dia selalu memerhatikan lukisan yang tergantung di rumahnya hingga kepalanya tersenget-senget. Apa yang diperhatikannya pada masa itu tiada siapa yang tahu.

Pada suatu hari, keluarga Williamson telah pergi berkelah di tepi pantai. Kieron pula ketika itu telah berusia 5 tahun. Dia telah meminta dibelikan kertas dan peralatan melukis.

Kieron Williamson [2]

Ketika itulah dia mula melukis apa saja yang dilihatnya, pemandangan teluk, laut, awan, perahu nelayan dan apa saja.

Tetapi, yang peliknya, lukisan Kieron terlalu cantik jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya. Mengikut panduan perspektif dan skala yang betul, padahal sebelum tu dia tak pernah melukis dan langsung tidak tahu apa-apa mengenai lukisan.

Sekembalinya dari perkelahan, Kieron meninggalkan semua alat-alat permainan dan hanya melukis sepanjang masa. Ibu bapa kemudiannya menyedari ada sesuatu yang istimewa tentang Kieron. Mereka sekeluarga memberi galakan pada Kieron untuk berkarya memandangkan bakat semula jadinya.

Kieron Williamson [3]

Setahun kemudian, pada tahun 2009, ketika Kieron berusia 6 tahun, satu pameran solo pertama di sebuah galeri di Holt, galeri yang bertanggungjawab terhadap pameran tersebut ialah Picture Craft Art Gallery.

Sesuatu yang luar biasa berlaku. Tiada siapa yang menyangka lukisan Kieron habis terjual! 19 keping lukisannya terjual dengan harga £$200-£$1,500 dengan jumlah £$14,000!

Kieron Williamson [4]

Maka tersebarlah berita tentang seorang kanak-kanak sebagai 'prodigy' yang mahir dengan lukisan cat air dengan kelebihan mempunyai teknik perspective dan shading yang luar biasa. Selepas itu banyaklah stesen TV yang datang untuk menemubual dan tidak sampai setahun, Kieron menjadi perhatian ramai di seluruh dunia.

Oleh kerana bakat semula jadinya yang hebat galeri tempatan telah menyediakan kelas khas untuk belajar dengan pelukis-pelukis terkenal tempatan.

Pada penghujung tahun 2009, telah diadakan satu lagi pameran kedua. Lukisan Kieron sold out hanya dalam tempoh 14 minit dengan hasil pungutan jualan £$18,200.00 untuk 16 keping lukisan.

Kieron Williamson [5]

Pada Julai 2010 pamerannya mendapat sambutan sehingga ada yang terpaksa bermalam dan beratur di pintu galeri untuk membeli lukisannya. Sold out dalam masa 30 minit dengan hasil jualan £$150,000.00!

Kerana kehebatannya, dia digelar Mini Monet.

Semasa satu pameran, ada seorang curator yang pernah bertugas dengan galeri tersohor di London menilai hasil karya Kieron dan menyatakan 'He's an old master returned'.

Kanak-kanak yang digelar 'Sweetly monosyllabic' ini telah terkenal seluruh dunia. Mengalahkan pencapaian Pablo Picasso kerana Picasso pada usia 9 tahun telah melahirkan karya yang berjudul Le Picador. Tapi Kieron pada usia 7 tahun telah mengumpul £$150,000.00 dalam hanya beberapa minit.

Antara lukisan yang sangat di sayanginya ialah potret datuknya, Jeff Warrick Jefferies, yang menjadi koleksi peribadinya. Bila di tunjukkan gambar itu, datuknya sungguh terharu sehingga menitiskan airmata.

Kieron Williamson [7]

Pada Julai 2013, Kieron telah mengumpul kekayaan sebanyak £$1.5 juta! Membeli rumah sendiri di Ludham East of Norwich pada usia 11 tahun dan kini lukisan landskapnya bernilai £35,000.00 sekeping. Tempahan juga datangnya dari kalangan orang kaya dari seluruh dunia dengan harga £$45,000.00 sekeping.

Di antara pameran terhebatnya ialah pada 2011, 33 keping lukisan terjual dengan nilai £$100,000.00 dalam masa 10 minit. Kieron juga telah memiliki syarikat sendiri yang menguruskan hasil karyanya, Kieron Williamson Ltd.

Kieron kini menjadi satu fenomena terbaharu dunia. Pernah di filemkan di German, Danish dan TV Perancis, International News Channel - UK's TV Shows dan juga pernah menjadi tajuk utama di dada akhbar perdana UK.

Kieron juga pernah di temuramah di BBC's The One Show dan ITV's This Morning. Dan di filemkan sebagai sebahagian dari Dokumentari Channel 4 dan disiarkan di rangkaian tv Amerika dan Australia.

Ibunya pernah berkata:

'As a family we try to hold on to normality as much as we can but its nightmare to be honest, a big ethical and legal nightmare'.

Kieron Williamson Family

Menjaga kebajikan Kieron bukannya senang. Tekanan perasaan tentang kritikan-kritikan melulu kerana ada yang menuduh bapanya yang melukis dan menggunakan nama anaknya dan pelbagai lagi tuduhan yang kurang menyenangkan. Ada juga yang menuduh ibu bapanya mengambil kesempatan dan menggunakan wang hasil titik peluh anaknya untuk berjoli.

Oleh kerana itu, mereka telah melantik peguam khas untuk mengawal selia perjalanan hidup Kieron.

Yang terbaru Kieron telah mandapat tawaran untuk menjadi model bagi keluaran fesyen sebuah syarikat terkemuka pembuat pakaian GAP yang berpusat di Los Angeles sebagai model serta mendapat tawaran dari Samsung untuk menjadi duta produk, tapi atas alasan tertentu, kedua-dua tawaran tersebut terpaksa di tolak.

Sekarang ini Michelle sedang menyiapkan buku yang berjudul:

'Kieron Williamson coming to light - the remarkable story of a child's gift to painting'.

Petikan kata-kata Kieron tentang masa depannya:

'I want to carry on painting. I don't think I will go to University, but if I do it will be to study Architecture. I also want to be a writer.'

Kieron Williamson [8]

Selamat maju jaya Kieron. Semoga kisah ini mampu menjadi sumber inspirasi dan membuka minda dan mata hati semua tentang anak-anak berbakat istimewa yang mungkin ada di kalangan kita tapi mungkin tidak di ketengahkan.

Semoga Allah membuka pintu hati untuk melihat bakat-bakat yang boleh kita banggakan di peringkat dunia. Insyaallah..

BACA INI JUGA: Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?

Sumber: jenineer

Tuesday, May 27, 2014

10 Pemain Bola Sepak Paling Kaya 2014

10 Pemain Bola Sepak Paling Kaya 2014

Senarai 10 pemain terkaya dunia termasuk dua bintang Liga Perdana Inggeris ini yang merangkumi aset, gaji, tempoh kontrak, bonus dan pengesahan penajaan.

Jom baca siapa mereka..

Cristiano Ronaldo
RM660 juta (£122 juta)

Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal yang dinobatkan pemain terbaik dunia 2013 ini hanya sedikit mengatasi pesaingnya Lionel Messi selepas berada di kedudukan teratas senarai pemain terkaya di dunia.

Lionel Messi
RM652 juta (£120.5 juta)

Lionel Messi

Bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d'Or 2013, Lionel Messi berada di kedudukan kedua di belakang Ronaldo, dengan Barca dikecewakan tiga kali berturut-turut selepas gagal mengatasi Real dalam merebut kejuaraan La Liga sebelum ini.

Samuel Eto'o
RM378 juta (£70 juta)

Samuel Eto'o

Pemain Cameroon, Samuel Eto'o, menerima pemotongan gaji sebanyak RM70 juta (£13 juta) selepas menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala musim ini, dengan gajinya berubah dari RM1,900,000 (£350,000) kepada RM540,000 (£100,000). Ketika di Rusia beliau merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Wayne Rooney
RM373 juta (£69 juta)

Wayne Rooney

Penyerang Manchester United ini baru sahaja menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bola sepak British yang mana beliau akan menerima RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan perjanjian baru ditambah dengan pelbagai perjanjian penajaan, ia membuatkan Rooney menjadi pemain bola sepak Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.

Kaka
RM365 juta (£67.5 juta)

Kaka

Pemain Brazil ini kecundang di Real Madrid, namun kembali bangkit ke prestasi terbaiknya di AC Milan. Beliau pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain kegemaran kelab itu.

Neymar
RM356 juta (£66 juta)

Neymar

Selepas membuat perpindahan besar ke Eropah pada musim lalu, Neymar meletakkan dirinya dalam senarai 10 pemain terkaya. Bintang Barcelona, Neymar, kini turut bersama skuad negaranya, Brazil, untuk bersaing dalam Piala Dunia yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

Ronaldinho
RM346 juta (£64 juta)

Ronaldinho

Pemain berusia 33 tahun ini meninggalkan Eropah empat tahun lalu tetapi dia kekal sebagai pemain bola sepak yang paling dikenali di dunia. Beliau yang kini beraksi di Atletico Mineiro masih mempamerkan kemampuan dan bakatnya.

Zlatan Ibrahimovic
RM308 juta (£57 juta)

Zlatan Ibrahimovic

Selepas siri perpindahan di kalangan kelab besar termasuk AC Milan, Inter, Barcelona, Juventus dan PSG, turut menyaksikan Zlatan mengumpul kekayaan yang besar. Pemain lincah Sweden ini adalah salah seorang pemain paling berkarisma dan juga mempunyai perjanjian penajaan besar dengan jenama sukan Nike.

Gianluigi Buffon
RM281 juta (£52 juta)

Gianluigi Buffon

Kapten Itali dan Juventus ini adalah penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak selepas menandatangani kontrak besar dengan Old Lady.

Thierry Henry
RM254 juta (£47 juta)

Thierry Henry

Thierry Henry adalah salah seorang daripada dua pemain yang beraksi di luar Eropah yang tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Beliau menandatangani kontrak lumayan dengan New York Red Bulls pada 2010. Lagenda Arsenal itu kini berusia 36 tahun tetapi masih menjadi penjaring utama di kelab MSL.

[Sumber]

Thursday, February 20, 2014

Syed Mokhtar Mahathir 10 Terkaya Di Malaysia

Syed Mokhtar Mahathir 10 Terkaya Di Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

syed-mokhtar-albukhary

Dalam satu kenyataan media, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.

"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lepas," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.

Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.

Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lepas.

"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.

"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lepas, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.

Mokhzani merupakan anak bekas perdana menteri paling lama negara serta terlibat secara aktif dalam politik bersama parti pemerintah Umno.

Dalam kenyataan itu lagi, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.

"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat sebanyak 11.73% berbanding RM194.86 billion setahun lalu," kata majalah tersebut lagi dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu, susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.

"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan saham.

"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya lagi.

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 billion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lepas.

Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 billion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.

Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.

"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini. Datuk Tony Tiah daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu lagi.

Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.

Seperti tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat tersenarai.

Malaysian Business diterbitkan Berita Publishing Sdn Bhd.

Sumber: Yahoo Malaysia

Wednesday, January 22, 2014

Bethany Mota, Gadis Yang Menjadi Jutawan Kerana YouTube

Bethany Mota, Gadis Yang Menjadi Jutawan Kerana YouTube

Gadis ini baru berusia 18 tahun tapi videonya di YouTube ditonton lebih ramai orang daripada klip video Lady Gaga.

Bethany Mota

Bukan itu sahaja, Bethany Mota, 18, yang mempunyai rangkaian fesyen berjenama sendiri turut mempunyai pengikut Instagram yang jauh lebih ramai sekali pun pengikut Instagram bagi jenama terkenal seperti Vogue, Elle, Marie Claire, Glamour dan Cosmo dikumpulkan sekali!

Remaja yang tinggal di Utara California ini, memulakan hobi mengepos video di YouTube sejak berusia 14 tahun sebelum berjaya menarik perhatian ramai pengikut.

Popularitinya membuka laluan untuk Mota seterusnya muncul dengan jenama pakaian dan barangan kemas sendiri.

Hingga kini, pengikut Mota berjumlah lebih 5 juta di YouTube sahaja.

Manakala di laman Instagram di mana Mota memuatnaik gambar dirinya, pakaian dan bilik tidur apabila dia tidak mengepos video di YouTube; berjaya meraih lebih 2 juta pengikut.

Populariti Mota membuatkan pusat beli belah Aeropostale setuju untuk memasarkan baju dan barangan kemas menggunakan jenamanya, ‘Motavator’.

Bethany Mota Pictures

Mota juga sebelum ini pernah mendapat peluang bekerjasama dengan jenama yang popular dalam kalangan remaja, JC Penney dan Forever 21.

Tak keterlaluan dikatakan, media sosial telah menjadikan gadis muda yang masih tinggal bersama ibu bapa ini menjadi jutawan tanpa disangka-sangka.

Nampak tak, betapa hebatnya kuasa media sosial yang kadangkala mengalahkan media arus perdana. Sumber: Dailymail

BACA INI JUGA: Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan Kerana Telefon Bimbit!



Thursday, September 19, 2013

Bill Gates Pertahan Gelaran Individu Terkaya Di AS

Bill Gates Pertahan Gelaran Individu Terkaya Di AS

Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).

Bill Gates

Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion) berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaharu 400 individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.

Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7 trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.

Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi setakat ini.

Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion (RM40.6 bilion) dari tahun lalu.

Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).

Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion).

Zuckerberg yang baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu. –Agensi

Monday, May 27, 2013

Setiap Cerita Kejayaan Bermula Dengan Impian - Bill Gates

Setiap Cerita Kejayaan Bermula Dengan Impian - Bill Gates

Lebih dikenali dengan nama Bill Gates, William Henry Gates III lahir 28 Oktober 1955 adalah seorang tokoh terhebat dalam revolusi komputer.

Bill Gates

Beliau adalah pengasas bersama Microsoft Inc, perusahaan software yang diusahakan bersama Paul Allen.

Bill Gates yang tersenarai dikalangan orang-orang terkaya di dunia dan diisytiharkan sebagai manusia terkaya di Planet bumi pada 1995 hingga 2009, meskipun pada 2008 kedudukan tersebut menurun sebagai orang ketiga terkaya selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. menurut Forbes.

Pada bulan Januari 2000, Gates mengundurkan diri sebagai eksekutif tertinggi Microsoft, untuk memberi komitmen sepenuh masa pada badan amal ‘Bill & Melinda Gates Foundation’. Namun beliau masih lagi ketua arkitek software dalam Microsoft Inc.

Anak kedua dari tiga beradik ini dilahirkan dari pasangan William Henry Gates Sr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, pegawai Interstate Bank, Pacific Northwest Bell. Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak masih bersekolah di Lakeside. Bermula dengan menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar.

Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lain telah diupah oleh Computer Center Corp. untuk menjadi ‘penguji’ sistem keselamatan perusahaan tersebut.

Sebagai balasan, mereka diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat. Menurut Bill Gates waktu itulah mereka benar-benar dapat "memasuki" komputer.

Sejak itu, kemahiran computer Bill Gates semakin terserlah dan dengan mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnes pertama mereka. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama yang disebut Traf-O-Data.

Disinilah mereka mula mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft. Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang.

Namun semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya.

Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.

Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan system operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu.

“Setiap cerita kejayaan, bermula dengan impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling popular.

Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau melalui kepayahan dan keperitan, bahkan pernah dianggap sebagai orang yang kurang siuman dan menjengkelkan. Semuanya kerana ‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

Bertitik tolak dari semua itu, Bill Gates pernah dinobat sebagai usahawan muda terkaya di dunia, bila kekayaannya mencapai berbillion-billion dollar, dan kekayaan tersebut terus meningkat.

Berdasarkan kiraan matematik, pendapatan Bill Gates ialah 300 US dollar setiap saat.

Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, pendapatannya ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta

Ketika berusia 41 tahun, Bill Gates berkahwin dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

Berikut ini, beberapa fakta tentang kekayaan Bill Gates.

1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun!

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.

3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 58 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya) hehe..

9. Akan Tetapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrap dalam waktu 3 tahun!

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Tuesday, April 16, 2013

Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

Bagaikan 'pohon wang' yang tumbuh subur, para billionaire ini tidak perlu bersusah payah bekerja selama puluhan tahun hanya untuk mengisi bank mereka. Seperti dikutip dalam laman Business Insider, lebih dari 1400 orang terkaya yang tersenarai di majalah Forbes, terdapat segelintir billionaire yang mewarisi harta kekayaan dari keluarga mereka.

Lily Safra
US$1.2 Billion (RM3.6 Billion)


Janda kepada billionaire perbankan, Edmond Safra ini telah mewarisi kekayaan sebanyak US$1.2 billion. Mendiang suaminya, Edmond telah meninggal dunia dalam peristiwa kebakaran apartmen pada tahun 1999. Dengan tinggalan kekayaan tersebut, wanita berusia 75 tahun yang berasal dai Monaco itu menduduki tempat ke 1175 sebagai billionaire terkaya dunia versi Majalah Forbes.

Elaine Marshall & Keluarga
US$8 Billion (RM24 Billion)


Wanita ke-48 terkaya di Amerika Syarikat ini dikatakan mewarisi kekayaan sehingga US$8 billion dari mendiang suaminya, J. Pierce Marshall. Warisan tersebut dibukukan dalam bentuk saham sebesar 14.6% di Koch Industries, sebuah perusahaan di bidang industri kimia dan tenaga terbesar di dunia. Menariknya, disebabkan tidak ada satupun yang tahu tentang nilai hartanya secara tepat, Bloomberg meletakkan Elaine sebagai billionaire wanita nombor 4 di Amerika Syarikat pada 2012. Dan pada 2013, Forbes menempatkan wanita berusia 70 tahun itu pada ranking ke 145.

Jorn Rausing 
US$5.2 Billion (RM15.6 Billion)


Berasal dari Sweden, billionaire yang menduduki tempat ke-233 versi Forbes ini mewarisi harta kekayaan bernilai US$5.2 billion. Kekayaan tersebut diperolehi dari mendiang ibunya, Birgit. Walaupun demikian, Rausing yang berusia 53 tahun itu tidak menarik diri dari dunia kerja. Dia masih menjadi salah seorang pengarah di syarikat Tetra Laval yang dibangunkan oleh datuknya.

Finn Rausing 
US$5.1 Billion (RM15.3 Billion)


Di usianya yang telah menginjak 58 tahun, Finn boleh berbangga hati kerana menjadi billionaire dunia di tangga ke-239. Harta kekayaannya mencapai US$5.1 billion. Sama seperti adiknya Jorn, orang terkaya kelima di Sweden ini juga menjawat jawatan sebagai pengarah di Tetra Laval, syarikat pengeluar susu dan jus terbesar di Sweden.

Eduardo Hochschild
US$2.1 Billion (RM6.3 Billion)


Berasal dari negara Peru, lelaki berumur 49 tahun ini sudah menjadi orang terkaya ke-4 di tanah kelahirannya. Bahkan menurut Forbes, Hochschild berada di tangga ke 704 yang menggenggam kekayaan sebanyak US$2.1 billion. Kekayaannya diperolehi dari syarikat perlombongan emas dan perak yang didirikan pada 1911. Hochschild mempelajari ilmu perlombongan di Tufts University, Amerika Syarikat dan bekerja untuk pertama kali di syarikatnya sebagai pembantu keselamatan pada 1987.

Yoshiko Mori 
US1 Billion (RM3 Billion)


Ketika konglomerat real estate di Jepun, Minoru Mori meninggal tahun lalu, isterinya Yoshiko secara langsung mewarisi kekayaan keluarganya. Kini, wanita berusia 72 tahun itu dinobatkan menjadi billionaire di tangga ke 20 di Jepun dan ke 1342 di dunia dengan harta kekayaan sebanyak US$1 billion. Mendiang suaminya telah meninggalkan karya terbesarnya dengan membangunkan gedung tertinggi di China, Shanghai World Financial Center.

BACA INI JUGA: Setiap Cerita Kejayaan Bermula Dengan Impian - Bill Gates

[Sumber][Edited by SP ]

Friday, April 12, 2013

Paul McCartney Pemuzik Paling Kaya Di Dunia

Paul McCartney Pemuzik Paling Kaya Di Dunia

Sir Paul McCartney menguasai carta muzik semula menduduki tangga teratas dalam Senarai Pemuzik Jutawan akhbar Sunday Times yang diterbitkan di Britain.


Bekas anggota Beatle itu berkongsi harta berjumlah £680 juta (RM3.2 bilion) bersama isteri Nancy Shevell, menurut penyelidik yang menyediakan senarai berkenaan.

Dia menduduki senarai pemuzik paling kaya sejak senarai itu disediakan pada 1989 apabila hartanya dianggar berjumlah £80 juta (RM374 juta).

Sebahagian kekayaannya adalah harta milik isterinya, pewaris sebuah syarikat pengangkutan Amerika Syarikat yang dikatakan bernilai £150 juta (RM701 juta).

McCartney bukan satu-satunya orang yang harta mereka meningkat hasil daripada perkongsian dengan isteri atau suami masing-masing. Gabungan harta Victoria dan David Beckham yang berjumlah lebih £200 juta (RM934 juta) meletakkan mereka dalam senarai 10 teratas. Sharon dan Ozzy Osbourne serta Chris Martin dan Gwyneth Paltrow turut tersenarai.

Andrew Lloyd Webber menduduki tangga kedua dalam carta itu dengan harta berjumlah £620 juta (RM2.9 bilion), diikuti oleh rocker Ireland, U2 yang memiliki harta sebanyak £520 juta (RM2.4 bilion).

Lima anggota One Direction mengumpul harta sebanyak £5 juta (RM23 juta) setiap seorang tahun lalu.

Bagaimanapun, perjalanan kumpulan itu masih jauh untuk menyaingi Adele yang menduduki tempat teratas Senarai Pemuzik Muda paling kaya dengan harta berjumlah £30 juta (RM140 juta).

Penyanyi itu meraih pendapatan £10 juta (RM47 juta) tahun lalu meskipun menghabiskan sebahagian besar masa pulih daripada pembedahan tekak dan melahirkan anak.

Harta Cheryl Cole dianggar berjumlah £14 juta (RM65 juta) sementara Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing £12million (RM56 juta).

Nama baru dalam senarai jutawan muzik berusia 30 dan ke bawah termasuk Emeli Sande dan Ed Sheeran yang masing-masih bernilai £5 juta (RM23 juta).

-DM

Wednesday, March 27, 2013

Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan Kerana Telefon Bimbit!

Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan Kerana Telefon Bimbit!

Seorang pelajar sekolah di London, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).


Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ia dicipta pada November 2012.

Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” -Agensi

BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Friday, February 22, 2013

Kisah Perit Sebelum Bergelar Jutawan Muda Pemuda Thailand

Kisah Perit Sebelum Bergelar Jutawan Muda Pemuda Thailand

Ini ada satu kisah menarik yang boleh dikongsikan bersama sebagai motivasi diri.

Top Ittipat

Kisah di mana seorang jutawan muda di Thailand yang pernah gagal dalam pelajarannya tetapi dengan usaha tanpa jemu akhirnya ia berjaya menjadi seorang jutawan muda pada usia 19 tahun.

Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu.

Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi.

Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya.

Pada mulanya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaannya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana.

Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40 juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakciknya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu.

Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.

Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya.

Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.

Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

BACA INI JUGA: Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

Sumber: Azri.my

Wednesday, February 20, 2013

Top 10 Pemain Besbol Paling Kaya

Top 10 Pemain Besbol Paling Kaya

Info Top 10. Besbol merupakan antara sukan utama paling digemari di Amerika Syarikat. Kemunculan ahli sukan besbol juga adalah sehebat kemunculan ahli sukan lain seperti bola keranjang dan American Football. Berikut merupakan pemain besbol yang meraih pendapatan paling lumayan sehingga 2012.

Alex Rodriguez
Pendapatan: $32 juta


A-Rod telah menandatangani 2 kontrak paling besar dalam sejarah besbol - $252 juta dengan Texas Rangers pada tahun 2000 dan $275 juta dengan Yankees pada tahun 2007. Perjanjian dengan Yankee merangkumi $30 juta tambahan sekiranya beliau mencapai sasaran home run yang tertentu. Beliau juga memperolehi $2 juta setahun daripada penajaan iklan dengan pihak Nike, Rawlings, Topps dan Vita Coco.

Joe Mauer
Pendapatan: $27 juta


Mauer telah mengekalkan Anugerah MVP American League 2009 buat kali ke-8, di samping pelanjutan kontrak sebanyak $184 juta sebelum bermulanya musim 2010. Beliau bergelut dengan kecederaan pada tahun lepas tetapi masih merupakan salah seorang pemain yang paling boleh dipasarkan, dengan pendapatan tahunan $4 juta daripada penaja seperti Nike, Gatorade, Head & Shoulders dan Rawlings.

Derek Jeter
Pendapatan: $25 juta


Kapten pasukan Yankee ini mencatatkan sedikit penurunan bayaran daripada $21 juta (2010) kepada $15 juta (2011). Namun Jeter merupakan pemain paling banyak ditaja dengan perolehan $9 juta tahunan daripada penaja seperti Nike, Gatorade, Ford, 24-Hour Fitness dan Avon.

Ichiro Suzuki
Pendapatan: $24.5 juta


Ichiro memperolehi $7 juta tahunan daripada perjanjian penajaannya dengan Jepun. Beliau kini berada pada tahun terakhir kontrak 5 tahunnya dengan pasukan Mariners.

Johan Santana
Pendapatan: $24.4 juta


Pemenang 2 kali Anugerah Cy Young ketinggalan keseluruhan musim 2011 selepas pembedahan bahu tetapi masih mampu memperolehi gaji penuh $ 22.5 juta. Pasukan Mets masih berhutang $55 juta pada 2 musim terakhir beliau dalam kontrak $137.5 juta selama 6 tahun. Beliau juga merupakan jurucakap besbol paling popular di Venezuela.

CC Sabathia
Pendapatan: $24 juta


Kontrak $161 juta Sabathia selama 7 tahun merupakan kontrak paling besar buat seorang pitcher besbol. Sabathia telah memperolehi $1 juta setiap tahun daripada penajanya seperti Subway, Pepsi, EA Sports dan Nike’s Jordan Brand.

Prince Fielder
Pendapatan: $23.3 juta


Fielder yang telah menandatangani kontrak bebas bersama pasukan the Tigers dalam bulan Januari dengan jumlah $214 juta untuk tempoh 9 tahun. Kontrak tersebut adaah kontrak keempat terbesar dalam sejarah besbol. Beliau juga mencatatkan rekod 228 kali home run bersama pasukan Milwaukee Brewers pada 6 musim, menjadikannya yang ketiga paling banyak dalam besbol.

Mark Teixeira
Pendapatan: $22.8 juta


The Yankees telah mengumpan Teixeira bagi musim 2009 dengan kontrak 8 tahun dengan jumlah kontrak sebanyak $180 juta. Pemenang 4 kali Anugerah Glove Emas ini juga membuat $250 000 daripada penajaan dengan Rawlings, dan Nike.

Cliff Lee
Pendapatan: $21.8 juta


Lee bergerak bebas pada tahun 2010 sebelum kembali berkhidmat untuk pasukan Philadelphia, seperti mana pada musim 2009. Lee masih berbisa dengan kontrak $109 juta bagi tempoh 5 tahun.

Ryan Howard
Pendapatan: $21.5 juta


Howard telah menandatangani kontrak 5 tahun, $107.5 juta tetapi bakal kehilangan musim awalnya kerana kecederaan yang dialami baru-baru ini. Howard merupakan pemain paling pantas mengumpulkan 250 home runs, dengan hanya 855 perlawanan. Beliau juga memperolehi pendapatan $1.5 juta daripada penajanya iaitu Adidas, Powerade, Subway, Topps dan Verizon.

[Sumber]

Thursday, January 03, 2013

Nilai Kekayaan 100 Jutawan Dunia RM5.77 Trilion!

Nilai Kekayaan 100 Jutawan Dunia RM5.77 Trilion!

Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).

Carlos Slim pengasas syarikat telekomunikasi Mexico individu terkaya dunia.

Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu.

Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.

“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”

Amancio Ortega, warga Sepanyol yang mengasaskan syarikat peruncitan Inditex SA adalah individu yang meraih keuntungan terbesar. Ortega kini adalah individu ketiga terkaya dunia.

Mengikut indeks itu, nilai kekayaan jutawan berusia 76 tahun itu meningkat AS$22.2 bilion (RM67.5 bilion) kepada AS$57.5 bilion (RM174.6 bilion) apabila saham Inditex, syarikat yang mengendalikan perniagaan rangkaian pakaian Zara, meningkat 66.7 peratus.
“Ia adalah syarikat mantap yang meraih pendapatan hebat dan keuntungannya menepati justifikasi berikutan prestasinya itu,” kata Penganalisis Barclays Plc di London, Christodoulos Chaviaras, yang memberikan penarafan ‘setara’ kepada Inditex selama setahun.

“Bolehkan mereka mengulanginya? Ia menjadi lebih sukar. Banyak berita positif sudah pun dicerminkan pada harga sahamnya.”

Saham global meningkat pada 2012. Indeks MSCI World menokok 13.2 peratus tahun lalu untuk ditutup pada 1,338.50 pada 31 Disember.

Indeks Standard and Poor’s 500 (S&P) meningkat 13.4 peratus untuk ditutup pada 1,426.19. Saham Eropah melonjak pada separuh kedua tahun lalu.

Stoxx Europe 600 menokok 19.6 peratus sejak 4 Jun, meningkat apabila Bank Pusat Eropah (ECB) memperkenalkan program pembelian bon, S&P menaikkan penarafan hutang Greece serta peningkatan keyakinan perniagaan di Jerman yang melebihi unjuran.

Kenaikan 14.4 peratus pengukur penanda aras itu tahun lalu adalah pulangan tahunan tertinggi sejak 2009.

Carlos Slim, jutawan telekomunikasi yang menguasai syarikat Mexico, America Movil SAB mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya dunia sepanjang tahun lalu.

Nilai bersih jutawan berusia 72 tahun itu meningkat AS$13.4 bilion (RM40.7 bilion), atau 21.6 peratus sehingga 31 Disember lalu, menjadikannya individu yang meraih keuntungan kedua tertinggi pada 2012.

Keuntungan diraih konglomerat industri Slim, Grupo Carso SAB dan Grupo Financiero Inbursa iaitu operasi perbankan serta insuransnya, lebih daripada mengimbangi penurunan yang dicatatkan oleh America Movil, yang juga pegangan terbesarnya.

Pengendali mudah alih terbesar di benua Amerika dari segi langganan itu jatuh 5.8 peratus untuk ditutup pada 14.9 peso, hujung tahun lalu.

“America Movil bukan lagi cerita pertumbuhan seperti sebelumnya, memandangkan penembusan tanpa wayar di benua Amerika Latin telah berlaku sejak lima tahun lalu,” kata penganalisis Stifel Nicolaus & Co, Chris King, di Baltimore, Maryland.

“Ia terus menjana sejumlah besar aliran tunai dan mempunyai set aset telekomunikasi di seluruh rantau Amerika Latin.”

Jutawan perisian AS, Bill Gates, 57, berada di tempat kedua dalam senarai itu.

Beliau ketinggalan AS$12.5 bilion (RM38 bilion) di belakang Slim.

Kekayaan pengasas bersama Microsoft itu meningkat AS$7 bilion (RM21.2 bilion) apabila saham syarikat berpangkalan di Washington itu meningkat 2.9 peratus.

Kekayaan Warren Buffett, 82, Pengerusi Berkshire Hathaway yang kehilangan gelarannya kepada Ortega pada 6 Ogos lalu, meningkat AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion) tahun lalu.

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, 86, adalah individu kelima terkaya dunia dengan nilai kekayaan berjumlah AS$42.9 (RM130.3 bilion).

‘Raja Gula’, Robert Kuok pula muncul satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam indeks itu apabila menduduki tempat ke-41 dengan nilai kekayaan AS$17.9 bilion (RM54.3 bilion).

-Bloomberg

Wednesday, January 02, 2013

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Info Top 10. Dibawah ini adalah beberapa senarai raja terkaya di dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan majalah Forbes.

Thailand’s King Bhumibol Adulyadej
$30 billion


Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah
$20 billion


Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud
$18 billion


UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan
$15 billion


Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum
$4.5 billion


Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II
$3.5 billion


Morocco’s King Mohammed VI
$2.5 billion


Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani
$2.4 billion


Prince Albert II of Monaco
$1 billion


His Highness the Aga Khan
$800 million


-SP