Sunday, February 02, 2014

Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh

Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh

Info Ngeri. Waktu mandi merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupan harian seorang budak lelaki di England, Rhys Williams. Ia bagaikan satu penyeksaan yang amat berat, malah, turut meninggalkan kesan emosi kepada ibunya, Tanya Moores.

Rhys Williams Epidermolisis Bulosa

Apa tidaknya, jeritan suara Williams, 8, sebaik sahaja air mengenai badannya sukar untuk digambarkan hinggakan si ibu berasa trauma untuk memandikannya.

"Saya takut untuk memandikannya. Saya tidak sanggup mendengar rintihannya menahan sakit," ujar Moores seperti yang dilaporkan portal berita Dailymail.

Ekoran daripada itu, Moores terpaksa mengambil masa yang lama iaitu sehingga tiga jam untuk memandikan anak lelakinya itu.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada penyakit kulit Epidermolisis Bulosa (EB) yang dihidap Williams. EB membuatkan kulit Williams melepuh dan melecet.

Lebih menyedihkan tatkala kanak-kanak lain gembira mendapat pelukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Williams sebaliknya tidak mampu menikmatinya.

(Baca: Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa)

Setiap sentuhan hanyalah satu penyeksaan kepadanya. Sentuhan akan membuatkan kulit Williams tertanggal dan luka.

Keadaan itu menyebabkan ibunya lebih rela tidak memeluk dan menciumnya biarpun jauh di sudut hatinya dia mengimpikan momen indah seperti itu.

"Saya tidak boleh memeluknya kerana ia akan mengakibatkan kulit badannya tertanggal. Saya tidak sanggup melihatnya menangis menahan kesakitan," ujar Moores yang berusia 30 tahun.

Malah, menurut Moores, keadaan Williams dianggap kritikal sehinggakan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit jenis morfin.

"Bagaimanapun, sekarang dia tidak mahu lagi mengambil ubat tahan sakit itu. Dia mengambil paracetamol sahaja," katanya.

Moores memberitahu, anaknya itu sebenarnya menderita penyakit kulit tersebut sejak lahir.

Keadaan itu menyebabkan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain pembalut bagi memastikan kulitnya tidak tertanggal.

Ini kerana jika terdedah, kulit Williams senang berdarah apabila tersentuh sesuatu.

Keadaan itu menyebabkan pakaian Williams kerap terkena darah. Ini kerana jika terdedah, kulitnya cenderung untuk tersentuh dengan objek lain yang akan mencetuskan luka.

Rhys Williams Epidermolisis Bulosa [2]

Ekoran daripada itu juga, Williams tidak mampu untuk bermain di luar seperti kanak-kanak lain.

Malah, kebanyakan masanya dihabiskan di dalam rumahnya yang terletak di Bolton, Greater Manchester, England.

"Pernah suatu ketika, dia tidak mahu keluar berjalan langsung kerana terlalu malu akibat menjadi tumpuan orang ramai yang selalu melihat keadaannya.

"Williams turut meminta saya menutup dirinya daripada pandangan wanita lain yang sering membuat aksi tergamam apabila melihatnya," ujar Moores yang terpaksa meredah perjalanan kira-kira 300 kilometer apabila ingin mendapatkan rawatan untuk anaknya itu di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

Cerita Moores, perkara paling melukakan hatinya ialah apabila ada individu yang memberikan komen negatif dengan menganggapnya sebagai seorang ibu yang cuai kerana membiarkan anaknya bermain berdekatan cerek panas.

(Baca: Ngeri! Masih Hidup Walaupun Wajahnya Sudah Hancur Akibat Jangkitan Kuman)

"Mereka ingat anak saya terkena air panas," katanya yang memberitahu, masih ramai yang tidak terdedah dengan pengetahuan berkaitan penyakit tersebut.

Ujar Moores, lebih menyedihkan apabila anaknya itu juga terpaksa diberi makan menggunakan tiub khas pada badan.

Ini kerana jika Williams mengambil makanan pejal secara oral, ia akan mengakibatkan lepuhan pada kerongkongnya.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Colin Tidy, EB merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kulit mudah melepuh dan tertanggal.

Bagi individu yang mengalami EB, sentuhan secara lembut pada kulit sahaja sudah dapat meninggalkan kesan lepuhan yang teruk.

Antara simptom yang dialami pesakit termasuklah lepuhan di dalam mulut, susah untuk mengunyah dan menelan makanan, serta mengalami masalah penglihatan.

"Sehingga kini belum ada penawar khusus bagi penyakit EB. Rawatan yang diberikan hanyalah untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit," katanya.

Tambah Tidy, statistik menunjukkan penyakit yang jarang dijumpai ini menyerang satu daripada 17,000 kelahiran di Britain.

Sumber: Kosmo Online

Friday, January 10, 2014

NGERI! Video Remaja Mati Jatuh Flat Selepas Berjalan Dalam Tidur!

NGERI! Video Remaja Mati Jatuh Flat Selepas Berjalan Dalam Tidur!

Info Ngeri. Seorang remaja, Troy Heather, 18, mempunyai masalah yang cukup merisaukan keluarganya. Dia sering berjalan ketika tidur!

Troy Heather, 18

Disebabkan itu, bapa Troy telah memalang tingkap dibiliknya bagi memastikan keselamatan anak mereka itu.

Namun, usaha itu gagal.

Baru-baru ini Troy ditemui mati setelah terjatuh dari flat, gara-gara penyakitnya itu.

Anda lihatlah sendiri video CCTV di bawah yang sempat merakamkan kejadian yang menyayat hati itu.


Apa itu penyakit berjalan ketika tidur?

Penyakit ini bukan gangguan yang terpencil tetapi biasa dihidapi golongan kanak-kanak dan awal remaja.

Mereka bukan sahaja boleh berjalan semasa tidur, tetapi juga boleh melakukan perbuatan seperti membuang air di dalam tandas, memandu kereta, bercakap, membuka pintu almari atau lebih bahaya lagi boleh mencederakan orang lain dan membunuh tanpa menyedarinya.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, penyakit berjalan semasa tidur ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja yang berumur lingkungan 3 hingga 14 tahun.

“Kebiasaannya penyakit itu hilang dengan sendirinya ketika pesakit berusia lewat remaja,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak dan awal remaja lebih mudah mendapat masalah ini berbanding orang dewasa disebabkan kitaran tidur mereka yang masih belum matang seperti orang dewasa.

Kebiasaannya satu kitaran tidur yang lengkap dengan pergerakan mata pantas atau Rapid Eye Movement (REM) dan bukan REM, mengambil masa selama kira-kira 90 hingga 100 minit dan setiap malam seseorang itu melalui beberapa pusingan tidur REM dan bukan REM.

(Baca: Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!)

Setiap pusingan itu dibahagikan kepada lima fasa dan tidur berjalan dikatakan berlaku semasa nyenyak di dalam tidur bukan REM (fasa tiga atau empat) di awal malam.

Dr Daniel Zainal menarik perhatian bahawa seseorang itu kebiasaannya melalui kitaran tidur hingga peringkat empat dan lima secara puratanya. Namun apa yang berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja, putaran tidur mereka hanya sampai ke peringkat empat.

Tambahan pula, putaran peringkat tiga dan empat kanak-kanak dan awal remaja itu tidak sama dengan dewasa.

“Terdapat perkara-perkara sensitif yang berlaku pada fasa tiga dan empat yang menyebabkan kecenderungan untuk berlaku sleepwalking. Sebab itu pada peringkat akhir remaja, kebanyakan 80 hingga 90 peratus penyakit tidur berjalan yang dihadapi hilang sebab putaran fasa tidur mereka telah matang,” katanya.

Dr Daniel berkata mereka yang mengalami masalah tidur berjalan, kebiasaannya tidak akan mencederakan dirinya sendiri.Selain sukar untuk bangun, mereka juga tidak memberi tindak balas ketika bercakap dengannya.

“Ketika ia berlaku, mata pesakit akan terbuka dan kelihatan berkaca-kaca namun tidak ada memori ketika itu yang menyebabkan mereka tidak ingat apa yang berlaku.

“Kalau dia bercakap pun, butiran perkataan yang keluar itu perlahan dan sukar difahami. Senang kata, istilahnya, bercakap merepek,” katanya.

Kebiasaannya, mereka akan duduk di atas katil dan kemudian berjalan serta melakukan perbuatan yang berulang-ulang. Ketika itu jangan dikejutkan mereka, sebaliknya perlahan-lahan tunjukkan mereka supaya kembali tidur.

“Penderita juga tidak melaluinya setiap malam, sebaliknya berlaku secara berkala, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali,” katanya.

Selain daripada faktor genetik yang menyebabkan kecenderungan seseorang itu berjalan semasa tidur, ia banyak disebabkan masalah psikologi seperti tekanan perasaan yang terbawa-bawa di dalam tidur.

Ini boleh juga berlaku pada kanak-kanak yang pernah mengalami penderaan seksual terutama daripada ahli keluarga terdekat yang memberi tekanan emosi kepada mangsa, katanya.

Selain itu ‘post traumatic stress disorder’ yang melibatkan trauma luar biasa berikutan tragedi yang menimpa seperti peperangan, gempa bumi, taufan , kehilangan orang yang tersayang dan sebagainya turut menyebabkan seseorang itu terbangun malam, termimpi-mimpi dan mengingau serta berjalan semasa tidur.

“Tekanan serta keadaan-keadaan itu menyebabkan mereka tidak mampu untuk tidur dengan sempurna dan menyebabkan mereka mudah mendapatnya.

“Sekiranya jadual tidur yang tidak teratur seperti kanak-kanak berumur 2-3 tahun yang susah hendak tidur, mereka juga mendapat kecenderungan itu begitu juga orang dewasa yang berhadapan dengan situasi sama,” katanya.

Menurut Dr Daniel, kanak-kanak yang mempunyai sawan, demam dan denyutan jantung yang tidak teratur juga sering berdepan dengan masalah tidur berjalan.

(Baca: Bahaya Merokok Selepas Bangun Tidur)

Pada orang dewasa pula, ia sering terjadi berikutan pengambilan ubat-ubat yang merangsang seperti ubat tidur dan dadah seperti syabu.

“Secara amnya, penyakit ini sering terjadi pada mereka yang berhadapan dengan konflik dan tekanan jiwa terutama yang sudah lama dan tidak diselesaikan.

“Semuanya ini perlu dirawat dan kebiasaannya selepas mendapat rawatan, dalam tempoh dua minggu mereka akan pulih sekiranya tidak menghadapi masalah lain.

“Namun ada juga kes tertentu terutama membabitkan tekanan yang mana ia berterusan sehingga dewasa. Ini memerlukan pemantauan rapi,” katanya.

Mengenai diagnosisnya, Dr Daniel berkata kebiasaannya doktor akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlaku masalah bagi memudahkan merujuk pada pakar tertentu.Sebagai contoh, sekiranya berpunca daripada denyutan jantung yang tidak teratur, beliau akan menasihatkan pesakit merujuk kepada pakar jantung.

Namun sekiranya membabitkan tekanan perasaan, trauma yang dahsyat atau masalah tidur yang tidak teratur, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani tekanan.

“Keadaan hipnosis akan dilakukan bagi mencungkil masalah-masalah yang dihadapi serta mengajar teknik untuk bertenang bagi mengurangkan keresahan mereka selain diberi ubat-ubatan seperti pil penenang,” katanya.

Teknik-teknik menenangkan jiwa yang boleh dilakukan antaranya ialah meditasi, yoga atau zikir bagi orang beragama Islam.Selain itu, untuk membantu penderita tidur berjalan ini, aspek keselamatan harus dititik beratkan di dalam bilik atau di dalam rumah bagi mengelakkan kecederaan.

“Walaupun mereka tidak akan mencederakan dirinya, namun dibimbangi barang-barang di dalam rumah yang tidak selamat boleh mencederakan mereka seperti benda tajam dan yang mudah pecah seperti kaca yang perlu dijauhi,” katanya.

Langkah lain dengan memasang pintu keselamatan di luar bilik mereka atau di tangga serta menambah kunci keselamatan pada pintu bagi mengelakkan seseorang yang tidur berjalan ini keluar dari rumah.

Sumber: Mynewshub

Tuesday, December 31, 2013

Video Ngeri Peninju Terbaik UFC Patah Kaki Ketika Bertarung!

Video Ngeri Peninju Terbaik UFC Patah Kaki Ketika Bertarung!

Salah seorang peninju seni mempertahankan diri terbaik dunia, Anderson Silva, 38, mengalami kecederaan yang menakutkan ketika dia bertarung di hadapan lebih sejuta penonton pada perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) di sini.

Anderson Silva Broken Leg

Dalam perlawanan itu, Silva yang berasal dari Brazil mengalami patah tulang kering selepas bertarung dengan Chris Weidman.

Bunyi tulang keringnya patah turut didengari dari dalam gelanggang, sehingga membuatkan penonton terkejut.

Kejadian berlaku selepas Weidman menahan tendangan kaki Silva dengan lututnya.

Silva yang dalam kesakitan kemudiannya terjatuh di atas lantai dan terpaksa diangkat dengan pengusung.

Pakar kini bimbang kecederaan itu bakal mengakhiri karier Silva, yang sebelum ini memegang tali pinggang kejuaraan selama enam tahun.

Menurut pakar Orthopedic UFC, Dr. Steven Sanders, tulang tibia serta fibula Silva telah patah, justeru masa untuk dia kembali sembuh dijangka mengambil masa selama enam bulan.

“Silva telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan dan besi telah dimasukkan ke dalam kakinya.

“Dia akan berada di hospital untuk seketika dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi,’’ kata Dr. Sanders.

Sementara itu, Wiedman berkata, tidak ada keseronokan menjuarai UFC jika lawan berdepan dengan kesakitan seumpama itu.

Wiedman turut mengakui Silva sebagai pejuang yang berjuang sepanjang masa untuk memburu kemenangan.

Dalam pada itu, aksi Wiedman menentang Silva itu turut ditonton oleh bekas lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo dan bekas juara tinju, Mike Tyson yang turut memenuhi arena pertandingan itu.

BACA INI JUGA: Ngeri! Video Lelaki Di Tikam Berpuluh Kali Di Khalayak Ramai



Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, December 08, 2013

Ketua Mafia Itali Di Makan Babi Hidup-hidup!

Ketua Mafia Itali Di Makan Babi Hidup-hidup!

Info Ngeri. Sebuah kumpulan mafia telah membunuh seorang ketua mafia lain dengan menjadikannya makanan kepada sekawan babi.

Domenico Bonnarigo
Domenico Bonnarigo.

Kes ini bermula apabila seorang ketua mafia bernama Fracesco Raccosta hilang pada Mac 2012. Misteri kehilangan Raccosta terbongkar setelah polis berjaya menangkap seorang pembunuhnya.

Pembunuh mengaku memukul Raccosta kemudian menjadikannya umpan babi. Raccosta mati dimakan babi hidup-hidup!

"Sangat menyenangkan mendengarnya berteriak penuh ketakutan. Saya rasa tidak ada bahagian tubuh yang tinggal. Babi telah memakan semuanya, " kata suspek yang tidak disebut namanya, yang dipetik akhbar Sky, Jumaat lalu.

Raccosta dibunuh sebagai balas dendam ke atas pembunuhan seorang lagi ketua mafia, Domenico Bonnarigo.

Mafia Itali memang kerap bersaing merebut pengaruh dengan membunuh ketua mafia dari saingan mereka.

Raccosta mahupun Bonnarigo masing-masing berasal dari kumpulan Ndrangheta di wilayah Calabria selatan Itali.

Malah, kumpulan Ndrangheta memang dikenali kerana kekejaman mereka.

Sumber: International.okezone.com

Monday, November 04, 2013

Necropants, Seluar Dibuat Daripada Kulit Mayat

Necropants, Seluar Dibuat Daripada Kulit Mayat

Info Ngeri. Percayakah anda ada seluar yang dihasilkan daripada kulit mayat manusia?

Necropants

Mendengarnya saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi mahu memasang niat memakainya.

Namun, itulah yang pernah berlaku sekitar abad ke-17 di Iceland apabila ada pawang yang menciptanya dengan alasan ia boleh memberi kekayaan kepada si pemakainya.

Syaratnya, kulit tersebut hendaklah diambil dari paras pinggang hingga ke bawah, termasuklah bahagian sulitnya.

Necropants
Necropants
Necropants

Replika seluar yang dipanggil ‘Necropants’ ini boleh dilihat di Muzium Icelandic Sorcery & Witchcraft.

Menurut laman web Strandagaldur, sebaik sahaja si pemakainya menyarung seluar itu, ia akan terus melekat pada kulit.

‘Necropants’ ini dikatakan akan terus memberikan kekayaan kepada generasi seterusnya jika pemakaiannya disambung oleh pewarisnya.

Sumber: Mynewshub

Saturday, November 02, 2013

Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

Sungai Ganges ialah sungai yang dianggap paling suci oleh penganut Agama Hindu tetapi sebaliknya dianggap sangat menjijikkan diseluruh dunia.

Sungai Ganges

Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar di tebing dan debunya ditaburkan ke dalam Sungai.

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, sungai sepanjang 2,510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga.

Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, iaitu Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (seumpama Nirvana dalam ajaran Buddha), mereka perlu menaburkan debu mereka ke dalam Sungai Ganges dalam upacara Asthi Visarjan.

Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara debu yang pernah ditaburkan kedalam sungai ini.

Sungai Ganges
Sungai Ganges
Mayat bergelimpangan di Sungai Ganges.

Gambar-gambar diatas menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu, penuh dengan mayat-mayat membusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai, bagi bangsa lain, ini sangat jijik dan mengerikan.

Terlalu jijik dan mengerikan untuk memaparkan lebih banyak gambar, yaks..

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Menjijikkan

Saturday, October 19, 2013

Video Ular Tedung Hitam Dalam Tandas!

Video Ular Tedung Hitam Dalam Tandas!

Info Ngeri. Kisah ini terjadi kira-kira dua tahun lalu di rumah orang Asli Kampung Kadok, Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Black Cobra - Ular Tedung Hitam
Gambar hiasan.

Bayangkan, ular tedung yang sangat terkenal dengan ‘kegarangannya’ itu tiba-tiba boleh muncul keluar dari lubang jamban di salah sebuah rumah penghuni di situ.

Kurang pasti sama ada ia ‘muncul’ sewaktu tuan rumah sedang ‘menunaikan hajat’ atau sebaliknya.

Kalaulah ular ini muncul pada ‘waktu kritikal’ itu, tak dapat dibayangkan perasaan penghuni yang sedang ‘melepas’ pada waktu tersebut.

Apapun tahniah kepada pasukan bomba yang dianggotai pegawai bomba Fadrul, Syed dan Abu Zahrin.

Kehebatan dan keberanian abang-abang bomba ini patut dipuji.



Sekuarang-kurangnya penghuni rumah dah boleh tidur lena…termasuk ketika ‘membuang’ apa yang patut di jamban rumah mereka!

Penduduk Gempar Ular Tedung, Sawa Berlawan

Ular berlawan

Sementara itu, seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.

Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.

“Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya.

Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.

Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.

Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.

Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.

Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.

Sumber: Mynewshub/Bernama

Thursday, October 17, 2013

Ngeri! Video Lori Balak Kemalangan Menggilis Pejalan Kaki

Ngeri! Video Lori Balak Kemalangan Menggilis Pejalan Kaki

Info Ngeri. Ada sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh.

Kemalangan Ngeri

Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.

Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.

Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh ‘layan corner’ dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.

Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.

Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.


Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya.

Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini.-Mynewshub

Monday, September 30, 2013

Video Aksi Ngeri Peluncur Berani Mati Jeb Corliss

Video Aksi Ngeri Peluncur Berani Mati Jeb Corliss

Info Ngeri. Penerjun udara Amerika Syarikat (AS), Jeb Corliss melakukan aksi ngeri terbaharu dengan meluncur melalui ruang sempit di Gunung Jianglang di pantai timur China, baru-baru ini.


Terjunan itu dikategorikan sebagai berbahaya kerana ruang antara Gunung Jianglang di wilayah Zhejiang itu hanya sebesar enam meter.

Corliss yang digelar The Flying Dagger memulakan terjunan berbahaya itu dengan melompat keluar dari sebuah helikopter dengan memakai pakaian bersayap berteknologi tinggi.

Dia kemudiannya terbang ke arah Gunung Jinglang yang mempunyai ketinggian 274 meter, sebelum memasuki ruang tersebut yang lebarnya berukuran 4.5 meter dan 18.2 meter, serta panjang, tiga padang bola.

Corliss hanya mempunyai ruang seluas satu meter di kiri dan kanannya sebelum dia boleh melepaskan payung terjunnya ketika berada 91 meter dari atas tanah.

Selepas berjaya melakukan terjunan itu, Corliss menulis dalam Facebooknya menyatakan cuaca ketika itu hanya membenarkan aksi selama satu jam dan dia perlu memastikan aksi tersebut sempurna.

''Saya berjaya membuka payung terjun dengan baik dan hanya memikirkan tempat pendaratan.

''Ia merupakan terjunan yang paling menuntut kemahiran teknikal dalam hidup saya, terutamanya semasa melalui ruang kecil itu sehingga mendarat,'' katanya.

Ini bukannya aksi pertama Corliss melakukan aksi merbahaya menggunakan pakaian bersayap berteknologi tinggi.

Pada 2011, dia pernah terjun dari sebuah helikopter pada ketinggian 1828 meter dan meluncur melalui pergunungan Tianmen di wilayah Hunan, China. -AGENSI


BACA INI JUGA: Telaga Ajaib Yang Sangat Menakjubkan Di Portugal

Friday, September 27, 2013

Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori

Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori

Info Ngeri. Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.

Siti Rohani Mohamad, 30

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel denganlori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungiisterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,” katanya sedih.

Sumber: Bernama

Tuesday, September 03, 2013

Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!

Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!

Info Ngeri. Satu lagi tragedi hakim jalanan terjadi di Kenya, dua orang pencuri yang ditangkap oleh penduduk telah dipukul sehingga lembik kemudian dua orang pencuri ini dibakar hidup-hidup, sehingga menemui ajal.

Ngeri!

Dalam gambar-gambar ini anda boleh lihat bagaimana keadaan dua orang yang dikatakan pencuri ini kelihatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan keadaan tubuh terbakar, meronta kesakitan.

Sebuah cara kematian yang sangat menakutkan, mati ketika melakukan kejahatan.

Bagi saya tidak ada cara kematian yang paling menakutkan selain anda menyaksikan jalan kematian anda sendiri.

Hakim jalanan memberikan keputusan tanpa ampun dan tidak dapat memahami apapun alasan.

Hukum jalanan adalah hukum tanpa aturan dan tidak diperlukan peguam.


Berhati-hatilah, jangan sampai berurusan dengan hakim jalanan.

[Sumber]

Thursday, August 15, 2013

Ngeri! Mayat Dimakan Kucing Peliharaan

Ngeri! Mayat Dimakan Kucing Peliharaan

Info Ngeri. Seorang wanita Hampshire ditemui dengan tubuhnya tinggal separuh selepas dimakan oleh kucing peliharaannya berikutan mayatnya tidak ditemui selama dua bulan.


Mayat Janet Veal ditemui di dapur kediamannya, dua bulan selepas dia meninggal dunia bersama sebilangan besar kucing dan anjing yang hidup dan juga yang sudah mati.

Haiwan berkenaan terperangkap dalam ruang sempit bersama mayatnya dan kemungkinan tidak diberi makan sejak beberapa bulan.

Pegawai polis yang berkunjung ke kediamannya menjelaskan bahawa mayat wanita berusia 56 tahun itu sudah “digigit dan dimakan” oleh haiwan peliharaannya.

Jiran tetangga dikatakan sudah memaklumkan kepada polis mengenai Janet selepas mereka tidak melihatnya sejak beberapa lama.

Polis mengesahkan Janet mati secara semula jadi. Rekod perubatannya mendedahkan Janet menghidap masalah sakit dada dan walaupun bedah siasat ternyata sukar kerana mayatnya yang sudah reput dan anggota badan yang hilang, pakar patalogi menyimpulkan bahawa kematian Janet mungkin akibat penyakit pulmonari kronik.

Pegawai polis Dave Ivey menemui mayat Janet dan menyatakan haiwan peliharaannya tidak dapat keluar dari tempat di mana mayat wanita itu ditemui.

Koroner Keith Wiseman berkata, haiwan berkenaan mungkin terkurung di tempat mayat ditemui selama beberapa bulan.

“Jelas sekali bahawa bahagian tertentu mayat Janet hilang dan mungkin digigit serta dimakan haiwan berkenaan.

“Kita dapat bayangkan bagaimana perasaan pegawai polis itu apabila bertemu dengan mayat Janet,” katanya.

Selepas mengesahkan bahawa wanita itu mati secara semula jadi, Wiseman berkata, tiada tanda menunjukkan bahawa Janet diserang oleh haiwan itu ketika dia masih hidup.

“Saya yakin Janet mati secara semula jadi kerana tiada bukti menunjukkan dia diserang oleh haiwan peliharaannya itu,” katanya. -Agensi

Sunday, August 04, 2013

Ngeri! Menjerit Kepanasan Sebelum Mati Terbakar!

Ngeri! Menjerit Kepanasan Sebelum Mati Terbakar!

Info Ngeri. Seorang wanita yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Puchong Indah di sini semalam sempat menjerit meminta tolong selama 15 minit sambil berpaut pada jeriji tingkap biliknya.

Rumah teres dua tingkat yang musnah dan mengorbankan nyawa Norizza.

Lebih menyayat hati, dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, suami dan empat anak mangsa yang berusia empat hingga 13 tahun hanya mampu melihat wanita itu meraung seorang diri sebelum dijilat api.

Difahamkan, suara mangsa boleh didengari dari jarak 50 meter dari rumahnya menyebabkan jiran-jiran terjaga daripada tidur

Kira-kira 30 penduduk kawasan perumahan itu bagaimanapun tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak.

Mayat Norriza Mat Salleh, 36, yang merupakan pegawai khidmat pelanggan ditemui rentung oleh pasukan bomba di dalam bilik tidur utama di tingkat atas dipercaya akibat terperangkap kerana asap tebal selain api marak.

Menurut anak sulung Norriza, Mohd. Aiman Hakimi Azahar, 13, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu di tingkat bawah sambil menemani bapanya menonton televisyen manakala ibu dan tiga adiknya tidur di tingkat atas di dua buah bilik berasingan.

"Saya menyedari berlaku kebakaran selepas ayah kejutkan saya daripada tidur. Ayah naik untuk kejutkan ibu dan adik-adik di tingkat atas dan bawa turun tiga adik saya tetapi emak tidak ikut bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang.

Menurut Aiman, bapanya, Azahar Samsudin, 40, cuba naik semula ke tingkat untuk menyelamatkan ibunya, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana api merebak dengan cepat.

Difahamkan, seorang penduduk juga cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana tangga rumah itu musnah dijilat api.

Sementara itu, jiran mangsa, Siti Rabiatul Adawiyah Mahmud, 29, memberitahu, penduduk hanya mampu melihat kejadian itu sementara menunggu pasukan bomba tiba.

"Suara dia sangat kuat. Saya dapat dengar dengan jelas dia menjerit meminta tolong dan berkata 'panas... panas' sambil berpaut pada jeriji," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nurul Jannah Yusof, 26, pula mendakwa, dia yang sedang tidur terjaga kerana mendengar suara orang menjerit yang disangkanya kejadian samun.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Jaya, Jafri Amat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

"Api dapat dikawal dalam masa 20 minit. Kelewatan pasukan bomba tiba adalah disebabkan jentera sedia ada pergi ke lokasi kebakaran lain di Kampung Kenangan, Puchong," katanya yang mendapat bantuan dari Balai Bomba Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Tiga Termasuk Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Maut


Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 12 tahun dipercayai anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Vida dan seorang pekerja lelakinya berusia 20-an terbunuh dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Meru Hill, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa ditemui dalam keadaan terduduk didalam sebuah bilik air tingkat atas premis itu.

Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam berkata turut parah dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki akibat terjun dari tingkat satu premis itu ketika cuba menyelamatkan diri.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Suasana pilu dapat dirakamkan ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida menyiram air mawar ke pusara kedua anak-anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh, Perak, Ahad. Anak sulung Vida, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja Muhammad Nor Syamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu.

-Kosmo

Thursday, August 01, 2013

Ngeri! Buah Zakar Putus Digigit Anjing Ketika Tidur

Ngeri! Buah Zakar Putus Digigit Anjing Ketika Tidur

Info Ngeri. Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.

Gambar hiasan.

Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh, beberapa hari lalu.

Media melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.

Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.

Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.

“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel.-Agensi

Wednesday, July 31, 2013

Ngeri! Ranting Sepanjang 38 Sentimeter Tertusuk Di Leher

Ngeri! Ranting Sepanjang 38 Sentimeter Tertusuk Di Leher

Info Ngeri. Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.

Ranting kayu yang tertusuk di leher Wood.

Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.

Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.

Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.

Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.

Wood berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.

Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.

Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. -Agensi

Saturday, July 06, 2013

Ngeri! Video Tangan Putus Ditetak Gangster

Ngeri! Video Tangan Putus Ditetak Gangster

Info Ngeri. Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia setelah pergelangan tangannya putus akibat ditetak oleh sekumpulan pemuda bertopeng di hadapan sebuah stesen minyak Shell di Ligamas Batang Kali, kelmarin.


Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapat rawatan lanjut, tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku akibat sekumpulan gangster yang mahu membalas dendam ekoran kejadian pergaduhan sebelum ini yang melibatkan dua kumpulan gangster di Taman Ketoyong Permai, Tanjung Malim, Perak.

Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi (08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana (36) Kalompang, Selangor.



[Sumber]