Tuesday, August 18, 2015

Najib Terima RM2.6 Bilion Ketika IS Belum Wujud! #KantoiLagi

Najib Terima RM2.6 Bilion Ketika IS Belum Wujud! #KantoiLagi

Betullah kata orang-orang yang sudah lama berkecimpung dalam politik di Permatang Pauh. Kata depa, "Orang bodoh jadi makanan orang cerdik dalam politik", "Kalau dah bodoh memang mudah untuk diperbodohkan.."

Najib+Bodo

Tapi itu dulu, generasi sekarang bukannya mudah untuk diperbodohkan kecuali kelompok yang taksub dengan pemimpin tertentu.

Ini mengenai 'Derma RM2.6 bilion' yang dikatakan telah diterima oleh Najib dan menurut Ketua Bahagian UMNO Kuantan, derma tersebut adalah derma politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu.

“Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand.”

Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Menurutnya lagi, penjelasan itu sudah membuatkan semua ketua bahagian berpuas hati dan mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan berterusan di kalangan ahli parti dan rakyat.

Itu kata Wan Adnan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di SINI.

Dah jadi derma untuk Najib pulak dah.. hari tu kata derma untuk dana pilihanraya UMNO/BN. Jadi derma itu bukanlah derma politik?

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif.

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.

Betul apa yang dikatakan oleh Presiden ABIM itu. perjuangan Islam adalah kolektif, bukannya secara individu.

Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 bilion sebagai penghargaan?

Paling menarik ialah bila Wan Ahmad mengatakan, "Wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menarik sebab ianya adalah satu kenyataan untuk memperbodohkan orang-ramai, kerana derma RM2.6 bilion itu masuk akaun Najib pada 21 Mac 2013. IS pula baru nak bermula pada 8 April 2013.

On 8 April 2013, having expanded into Syria, the group Islamic State of Iraq (ISI) adopted the name Islamic State of Iraq and the Levant, also known as the Islamic State of Iraq and al-Sham.

Starting in April 2013, ISIL made rapid military gains in northern Syria, where according to the Syrian Observatory for Human Rights, it was "the strongest group" ~ Wikipedia

Macam mana pula Arab Saudi boleh salurkan derma RM2.6 bilion kepada Najib untuk menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS) itu sedangkan IS belum wujud lagi ketika Najib terima derma itu?

Itulah, nak tutup satu pembohongan dengan satu lagi pembohongan begitulah jadinya..

Makin pening aku.. Arghhhhhh!

BACA INI JUGA: Undi Tidak Percaya Dipanggil Pemindahan Politik, Bukannya 'Guling Kerajaan'!

Sumber: Darisungaiderhaka


Thursday, May 28, 2015

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

PM Najib Tun Razak berkata, banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

mahathir-najib

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

“Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

“…dan seperti biasa jawapan Tun adalah: ‘Mana buktinya?” Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya,” kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com.

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian ‘Soalan Lazim’ dalam blog beliau.

Najib berkata meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Perdana menteri menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

“Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi,” kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai presiden parti dan perdana menteri.

“Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” katanya, sambil merujuk kepada matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun berkenaan.

Perdana menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai “tidak adil atau mengelirukan” berhubung kritikan yang dilontarkan Dr Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: “Beliau (Dr Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

“Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau.” –BERNAMA

BACA INI JUGA: Dua Pembohongan Najib Kes Kehilangan Wang 1MDB - Tun Mahathir

Friday, January 17, 2014

Akhirnya PM Jawab Kritikan Lawak ‘Kangkung’

Akhirnya PM Jawab Kritikan Lawak ‘Kangkung’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ‘kangkung’ sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

Najib-Kangkung

“Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

“Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘kangkung’ yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

(Baca: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat)

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.

Sumber: BERNAMA

Thursday, January 16, 2014

Ungku Aziz Pun Tweet Pasal Kangkung!?

Ungku Aziz Pun Tweet Pasal Kangkung!?

Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan ‘kangkung’ yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Ungku Aziz Tweet Kangkung

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya kepada Bernama di sini.

(Baca: Kaitan Yahudi Dan Pembangkang Malaysia Bukan Sekadar Mitos)

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit.”

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Wednesday, January 15, 2014

Kangkung Turun Harga Jadi Berita Antarabangsa!

Kangkung Turun Harga Jadi Berita Antarabangsa!

Gara-gara isu kangkung, kini nama Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia, apabila portal berita antarabangsa BBC menyiarkan isu tersebut menerusi portal mereka pada pagi selasa.

Najib Kangkung Trending
Gambar hiasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.

Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.

(Baca: Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja)

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtube dan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page ’Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Najib Kangkung Trending [2]

Malah, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

Malaysia menjadi trending kerana sayur kangkung, perlu berbangga atau tidak ya? -Mynewshub



Tuesday, January 14, 2014

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

NAJIB KANGKUNG

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

-Sentiasapanas.com