Tuesday, March 24, 2015

5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

Umum sudah tahu penyanyi dangdut Indonesia sememangnya terkenal dengan penampilan seksi serta dengan tarian goyang gerudi mengghairahkan, namun itu sudah adalah perkara biasa dalam muzik dangdut.

Walaupun begitu, ada juga lagu-lagu dangdut yang diharamkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia berikutan lirik-lirik lagu tersebut mempunyai unsur-unsur lucah dan seks.

Berikut merupakan lagu-lagu dangdut yang diharamkan di Indonesia berikutan liriknya yang dikatakan tidak bermoral.

Paling Suka 69, Julia Perez

Julia Perez

Ratu kontroversi Indonesia, Julia Perez atau lebih mesra dengan panggilan Jupe ini sememangnya mempunyai penampilan yang seksi.

Oleh itu, tidak hairanlah lagu-lagunya ada kalanya jika diamati betul-betul mempunyai bait-bait berunsur lucah.

Lagu "Paling Suka 69" merupakan lagu yang diharamkan. Dengar sendiri lagu ini dan anda akan tahu mengapa lagu ini diharamkan.

Mobil Bergoyang, Lia MJ ft Asep Rumpi

Lia MJ ft Asep Rumpi

Dari judul lagu ini sahaja anda pasti sudah dapat menjangka lagu ini mengenai kisah apa. Lagu ini diharamkan kerana mengandungi lirik mengenai seorang gadis liar yang tidak memerlukan bilik hotel mahal untuk melampiaskan nafsunya, tetapi cukup hanya di dalam kereta sahaja.

Hamil Duluan, Tuty Wibowo

Tuty Wibowo

Judul lagi ini sendiri dengan terang lagi jelas mengisahkan tentang pasangan kekasih yang belum bernikah melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan si gadis mengandung.

Apa yang menjadi persoalan adalah apakah tujuan lagu ini dihasilkan? Hanya penulis lirik dan pencipta lagu ini sahaja yang tahu.

Cinta Satu Malam, Melinda

Melinda

Lagu ini mengisahkan tentang si gadis yang terkenang dengan "Cinta Satu Malam" atau terkenang dengan hubungan seks yang dilakukannya bersama pasangannya.

Pengen Dibolongi, Aan Anisa

Aan Anisa

Judul lagu ini sahaja sudah menggambarkan individu dalam lagu ini seperti kemaruk seks.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat?

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, March 05, 2014

Daft Punk, Keunikan Robot Retro

Daft Punk, Keunikan Robot Retro

Daft Punk merupakan nama kumpulan duo Perancis yang tidak asing lagi dalam industri muzik dunia terutamanya dalam genre French House.

Daft Punk Helmets

Kumpulan duo ini terdiri daripada dua jejaka yang bernama Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo, yang mana mereka memperjuangkan muzik 'House Frence' yang menggabungkan elemen house dengan synthpop, satu genre yang pernah popular pada 1980an tapi sudah jarang dihasilkan oleh para pemuzik pada lewat dekad tersebut.

Daft Punk terkenal dengan penghasilan persembahan live yang teliti dimana elemen dan kesan visual digarap bersama muzik.

Thomas Bangalter and Guy-Manuel de Homem-Christo

Mereka juga terkenal dengan imej berhelmet khas dan sarung tangan seperti robot apabila muncul dikhalayak ramai dan apabila membuat persembahan sejak tahun 2001.

Fakta Menarik Tentang Kumpulan Daft Punk

1. Thomas Bangalter memakai helmet yang berbentuk lebih berkotak manakala Guy-Menuel de Homem-Christo memakai helmet yang lebih kebulatan.

2. Helmet original Daft Punk pada era album Discovery mereka ditempah dengan kos lebih $65,000. Helmet ini mempunyai fungsi untuk memaparkan teks dan animasi.

3. Single 'Get Lucky' bersama Pharrell mendapat tempat Top Ten dalam carta muzik di 32 negara dan dijual lebih 7.3 juta salinan pada September 2013.

4. Giorgio by Moroder merupakan lagu oleh Daft Punk sebagai tanda menghargai Giorgio Moroder, seorang penerbit rekod, penulis lagu, pelakon dan DJ yang berpengaruh. Lagu ini merupakan monolog oleh Giorgio Moroder yang bercakap tentang kehidupan awal dan kerjayanya dalam bidang muzik.

5. Muzik video single Harder, Better, Faster, Stronger Daft Punk diarahkan oleh Kazuhisa Takenouchi, pengarah veteran Toei Animation dibawah seliaan Leiji Matsumoto. Babak dalam klip video ini digabung di dalam realisasi visual album Discovery yang berbentuk anime, Interstella 5555: The 5tory of the 5ecret 5tar 5ystem.

Single Top Daft Punk
  1. Harder, Better, Faster, Stranger (2001)
  2. Get Lucky (2013)
  3. One More Time (2000)
  4. Around The world (1997)
  5. Instant Crush (2013)
  6. Da Funk (1995)
  7. Something About Us (2003)
  8. Digital Love (2001)
  9. Robot Rock (2005)
  10. Technologic (2005)

-Sentiasapanas.com