Monday, November 04, 2013

Gadis Pintar Bunuh Diri Tidak Tahan Di Buli Rakan Sekolah

Gadis Pintar Bunuh Diri Tidak Tahan Di Buli Rakan Sekolah

Nampaknya remaja Barat mempunyai ancaman baru yang boleh membawa kematian iaitu kes buli di sekolah dan di laman sosial.

Izzy Dix

Kes remaja membunuh diri disebabkan hal ini semakin meningkat dengan kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan, Izzy Dix, 14.

Izzy ditemui mati menggantung diri dalam bilik tidur di kediaman mereka di Devon, England oleh ibunya, Gabbi, bulan lepas.

Tidak lama sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri, Izzy telah menulis sebuah puisi berjudul I Give Up yang membayangkan dia tertekan kerana dibuli secara emosi oleh rakan-rakan di sekolah.

Izzy Dix

Dia tertekan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya dan diejek dengan panggilan ‘pelik’, ‘hodoh’ dan ‘tak ada siapa nak’.

Kematian Izzy mengejutkan Gabby memandangkan Izzy merupakan pelajar pintar dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford satu hari nanti.

Dia menyalahkan pihak sekolah, Brixham College, kerana tidak mengambil berat tentang aduan yang dibuatnya beberapa bulan sebelum kematian Izzy berkenaan isu diejek dan disisihkan kerana dapat melihat perkara berkenaan mempengaruhi emosi anaknya.

Gabby juga melahirkan rasa geram apabila melihat ada rakan sekolah anaknya yang menjadi punca kejadian turut hadir dan memeluk dirinya ketika majlis memperingati Izzy diadakan.

Izzy Dix

Sebagai ibu tunggal yang hanya ada Izzy bagi menemani hidup, peristiwa yang berlaku meninggalkan impak besar kepada Gabby jadi sukar untuk dia memaafkan ‘pembunuh’ anaknya.

Disebabkan insiden ini Gabby tidak lagi pulang ke rumah sejak hari dia menemui Izzy tergantung dalam keadaan tidak bernyawa.

Sumber: Mynewshub

Saturday, November 02, 2013

 Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan saja dimaki dan dipukul ayahnya sendiri, malah turut dikurung dalam reban ayam gara-gara tindakannya yang gemar ke rumah kakaknya dalam kejadian di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini, Ahad lalu.

Reban Ayam
Gambar hiasan.

Menurut sumber, nasib menimpa kanak-kanak malang itu hanya diketahui kakaknya berusia 20 tahun yang tinggal di Kampung Losong Megat Hussin, di sini, kira-kira jam 8 malam hari sama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lagi adik perempuannya yang memaklumkan perbuatan ayah mereka.

Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa yang berada di rumah kakaknya dimarahi suspek berusia 50-an yang kebetulan datang ke rumah kakaknya itu.

“Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang masih kecil dimaki hamun suspek yang dikatakan tidak suka melihat anaknya berada di situ.

“Selepas puas memarahi mangsa, suspek kemudian beredar sambil membawa mangsa meninggalkan kediaman itu.

“Perasaan tidak puas hati suspek rupa-rupanya tidak berakhir di situ apabila mangsa dipukul ketika berada di rumah.

“Malah, suspek turut bertindak kejam apabila mengurung anak kecil itu di dalam reban ayam kononnya sebagai memberi pengajaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika kejadian, seorang lagi kakak mangsa berusia 16 tahun turut berada di rumah, tetapi hanya mampu melihat tindakan tidak berperikemanusiaan ayah mereka kerana bimbang diapa-apakan jika masuk campur sebelum memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya.

Katanya, susulan kejadian itu, kakak mangsa yang bimbang keselamatan adiknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan.

-Kosmo

Tuesday, September 10, 2013

Teman Lelaki Mengamuk Koyakkan Baju Dalam Kekasih

Teman Lelaki Mengamuk Koyakkan Baju Dalam Kekasih

Amat memalukan, namun itulah yang terjadi apabila seorang lelaki bertindak menyerang dan mengoyakkan bahagian atas bikini teman wanitanya yang sedang terlibat dalam sesi penggambaran pertandingan pakaian renang.

Bai Jing

Tindakan lelaki itu berjaya dirakamkan oleh jurukamera yang bertugas bermula dengan dia menceroboh masuk ke set dan menjerit ke arah teman wanitanya itu.

Dia kemudiannya bertindak menarik tangan gadis yang dikenali sebagai Bai Jing sambil mengarahkannya untuk meninggalkan set itu.

Video itu turut menyaksikan percubaan seorang peserta lelaki untuk menghalang tindakannya, namun mengundang padah apabila dia ditolak dan ditendang oleh lelaki itu.

Pengacara wanita yang cuba menenangkan keadaan juga turut dikasari oleh lelaki tersebut.

Kemuncak kemarahan lelaki itu terserlah apabila dia menarik bahagian atas bikini teman wanitanya sehingga terkoyak di hadapan peserta dan krew yang bertugas.

Penyebaran video ini sekaligus mengundang pelbagai kritikan selain mewujudkan spekulasi bahawa insiden ini dirancang untuk meraih publisiti.

Namun, jika ia benar-benar terjadi, ia mencerminkan betapa buruknya sikap lelaki itu yang tidak tahu menghormati maruah teman wanitanya sendiri. -Mynewshub


Tuesday, September 03, 2013

George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

Presiden Amerika Syarikat ke-41, George W Bush tersilap mengumumkan kematian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pagi kelmarin.

George Bush, Nelson Mandela's

Perkara itu berlaku apabila jurucakap Bush, Jim McGrath tersilap membaca tajuk berita di akhbar Washington Post.

“Kenyataan Bush itu dibuat ekoran kesilapan dalam membaca tajuk berita di Washington Post.

Kesilapan bodoh daripada saya. Minta maaf kepada semua,” tulis McGrath di Twitter.

Kenyataan asal berbunyi: “Barbara dan saya berdukacita dengan pemergian seorang daripada pemimpin paling hebat pernah kami kenali.

“Saya kagum dengan Nelson Mandela yang mampu memaafkan mereka yang menghukumnya.

“Dia menjadi contoh individu yang sangat pemurah.

“Mandela tabah dan mengubah sejarah negaranya. Barbara dan saya sangat menghormati Presiden Mandela dan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan semua pemimpin Afrika Selatan.”

Bagaimanapun, pejabat presiden Afrika Selatan membetulkan kenyataan itu dengan berkata Mandela masih hidup.

“Ia jelas sekali tidak benar. Kami melihatnya sebagai kesilapan dan tidak akan membesarkan hal itu,“ kata jurucakap pejabat presiden, Mac Maharaj.

Mandela dibawa pulang dari hospital kelmarin selepas dirawat sejak Jun lalu akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya masih kritikal. -Agensi

Monday, August 19, 2013

Lelaki Ditangkap Buka Baju Dalam Wanita!

Lelaki Ditangkap Buka Baju Dalam Wanita!

Seorang lelaki akhirnya berjaya diberkas di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Shanghai kerana ‘kegemarannya’ membuka kancing bra penumpang wanita.


Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap golongan Hawa. Entah apalah yang dia dendam sangat sampai jadi macam tu.

Selalunya dia terlepas tetapi tidak pada 22 Julai lalu.

Semuanya terjadi bila lelaki yang dikenali sebagai Yang ini dilihat bertengkar dengan seorang wanita berumur 29 tahun di stesen tersebut.

Wanita itu mendakwa Yang cuba membuka kancing branya.

Insiden itu menarik perhatian ramai yang berada di stesen berkenaan, lalu sepasukan polis datang dan menahan lelaki itu.

Namun ada saksi yang mengatakan Yang berbuat demikian kerana terlalu marah dengan tindakan wanita tersebut menolaknya sewaktu hendak masuk ke dalam keretapi.

Persoalannya, kalau betul sekali pun, apa kejadahnya dia buat perangai tak senonoh macam tu???

Macam-macam hal…ada juga manusia yang perangai macam ni! -Mynewshub

Thursday, August 15, 2013

Punca Sebenar Wanita Dibelasah Dengan Tukul Besi!

Punca Sebenar Wanita Dibelasah Dengan Tukul Besi!

Susulan video seorang lelaki membelasah bekas teman wanitanya dengan tukul besi yang menjadi viral sejak Ahad lalu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun.


Mangsa dalam video berkenaan dikenalpasti sebagai Lim Pui Lee, 29.

Kesan dihentak dengan tukul besi dalam kejadian berkenaan, Lim Pui Lee dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama 2 hari dan terpaksa menerima 30 jahitan di kepala.

Pasti ramai yang ingin tahu punca kejadian kejam itu berlaku. Menurut mangsa, ia bermula apabila dia pergi ke rumah suspek kira-kira jam 10 pagi, Sabtu lalu di Taman Jasper Jaya.

Dia ke sana untuk bersemuka dengan suspek yang dipercayai telah memecahkan cermin keretanya. Ketika bertengkar, suspek hilang sabar lalu mula memukul, menendang dan membelasahnya.

Mangsa dan suspek pernah hidup sebelum berpisah dan mempunyai anak berusia 13 tahun hasil hubungan mereka. Ketika dia dipukul, anak merekalah yang merekodkan kejadian itu.

Dakwanya, itu bukan kali pertama dia dipukul.

Saudara mara menasihati agar dia merakam bukti jika dia dipukul lagi oleh lelaki berkenaan, jadi sebab itulah dia meminta anaknya merakam kejadian Sabtu lalu.

Kini, suspek yang memukul Lim Pui Lee sudah pun ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



Sumber: The New Straits Times


Monday, August 12, 2013

Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis

Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis

Seorang gadis bukan saja dirompak dan diculik dua lelaki, malah seorang daripadanya sengaja meninggalkan beberapa kesan gigitan cinta di lehernya sebagai tanda kenangan sebelum dia dibebaskan.

Gambar hiasan

Penjenayah berusia lewat 20an meraba dan menggomol tubuh mangsa dalam kereta selepas mengugut menggunakan pisau Rambo.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 minggu ini, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dikatakan baru habis bertugas dan berjalan ke keretanya yang diletakkan di belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.

“Mangsa berasal dari Gombak terkejut apabila kereta Proton Wira Aeroback kelabu berhenti berhampirannya.

“Pada masa sama, dua lelaki tempatan keluar dari kereta dengan seorang daripadanya mengacukan pisau Rambo ke arah mangsa yang tergamam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa supaya masuk ke dalam kereta mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Ketika berada dalam kereta, seorang suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang merampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah rompakan diperoleh, selain mendapati mangsa mempunyai fizikal menarik, suspek cuba menjadikan mangsa sasaran pemuas nafsunya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mula ghairah terhadap mangsa bertindak meraba seluruh tubuh mangsa walaupun mangsa berulang kali cuba menghalang.

“Pada masa sama, suspek mengugut mangsa supaya akur dan merelakan dirinya dicabul selepas diugut akan ditetak sekiranya melawan.

“Difahamkan mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek mencium dan menggigit lehernya berulang kali, tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, suspek mengeluarkan arahan dan memaksa mangsa melakukan seks oral, namun permintaan itu tidak dilayan mangsa yang berkeras mempertahankan dirinya daripada dicabul.

“Selepas beberapa jam dilarikan ke kawasan Chow Kit, di sini, kedua-dua suspek membawa mangsa semula ke kawasan dia diculik berhampiran Jalan Chemor sebelum dibebaskan.

“Mangsa mengalami trauma akibat diculik, dirompak dan dicabul segera pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul dan samun.

[Sumber]

Wednesday, August 07, 2013

Remaja 15 Tahun Kelar Pramugari Air Asia Untuk Balas Dendam

Remaja 15 Tahun Kelar Pramugari Air Asia Untuk Balas Dendam

Seorang pramugari Air Asia berusia25 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang remaja di rumahnya di Taman Kota Warisan, Sepang, pada Ahad lalu.

Mangsa dilaporkan stabil menerima beberapa jahitan.

Mangsa, Fadilah Rosman, berseorangan dirumah apabila seorang budak lelaki berusia 15 tahun, menceroboh bilik tidurnya dalam kejadian jam 10 pagi.

Difahamkan bahawa kedua-duanya bertengkar sebelum budak lelaki itu menikam mangsa beberapa kali di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman mengesahkan kejadian itu.

"Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi. Kami percaya budak lelaki itu membalas dendam selepas mangsa membuat laporan polis terhadap beliau pada tahun 2011 kerana menggangu mangsa, yang membawa kepada penangkapannya pada tahun yang sama, "kata Imran.

"Budak itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan."

Sementara itu, mangsa sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban. [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Tuesday, July 16, 2013

Video Budak Kecil Mencuri iPad

Video Budak Kecil Mencuri iPad

Kecil-kecil lagi dah pandai mencuri!! Itulah mungkin ungkapan dari mulut setiap dari anda apabila menonton video ini.


Tidak diketahui lokasi, dan sumber video ini diperolehi tetapi dari apa yang diperhatikan ia diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai menjual peralatan komunikasi.

Daripada tulisan dan iklan yang terdapat di dinding, dilihat kebanyakannya tertulis seperti tulisan cina.

Video ini pada mulanya menunjukkan beberapa orang sedang melihat produk komunikasi sebelum kelibat seorang budak kecil perempuan masuk bersama kakaknya.

Kemudian, kakaknya dilihat meneliti barangan di dalam rak pameran di satu bahagian sebelum kanak-kanak perempuan ini dilihat mengawasi pergerakan penjaga kedai yang mungkin sedang mengawasi kedainya.

Dengan pantas, kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia sekitar enam tahun mula masuk ke ruang belakang kaunter dan kemudian keluar dengan sebuah kotak dipercayai iPad di tangannya dalam masa beberapa saat sahaja.

Dia kemudiannya dilihat kelam-kabut menyimpan iPad berkenaan di dalam bajunya sebelum kedua-dua mereka perlahan-lahan dilihat keluar meninggalkan kedai sekaligus berjaya mencuri iPad berkenaan.



[Sumber]

Saturday, July 13, 2013

Alvin Mengaku Hina Juadah Berbuka Puasa Hanya Untuk Bahan Jenaka

Alvin Mengaku Hina Juadah Berbuka Puasa Hanya Untuk Bahan Jenaka

Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar ‘Selamat Berbuka Puasa’ di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.


Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.

(Baca: Alvin Dan Vivian Ajak Berbuka Puasa Dengan Sup Babi!)

Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. “Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa.”

Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Seorang pelawat memberi ulasan: “Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”

Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…”

“Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.

“Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini,” katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.

Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.

Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan.

-mStar

Tuesday, May 14, 2013

Gara-gara Kekasih Baru Suami Belasah Isteri Di Restoran

Gara-gara Kekasih Baru Suami Belasah Isteri Di Restoran

Angkara ‘pucuk muda’, seorang lelaki tergamak memukul isterinya di khalayak ramai kerana tidak puas hati apabila wanita terbabit menghubungi kekasih barunya itu.


Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu cedera di kepala akibat dihentak dengan kerusi plastik ketika mereka makan di restoran di Kajang Prima, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikatakan makan bersama suaminya di sebuah restoran berhampiran rumahnya.

“Ketika makan, mangsa meminta penjelasan suaminya mengenai hubungan cintanya dengan wanita lain. Malah, mangsa memberitahu sudah menghubungi wanita itu melalui nombor telefon yang diambilnya dari telefon bimbit suaminya,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini.

-Hmetro

Saturday, April 27, 2013

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini dianugerahkan otak serta akal fikiran untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan difikir terlebih dahulu.


Kami ingin berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan isterinya.

Tambah menggemparkan, kejadian itu berlaku di dalam komuter di China.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut terus mencederakan isterinya walaupun dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang berada di dalam tren.

Di dalam video itu juga kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat.

Mungkin bayi iu merupakan anak kepada pasangan tersebut.

Video kejadian tersebut kini mula viral di laman-laman sosial.

Ramai pihak mengkritik tindakan lelaki tersebut yang memukul isterinya di dalam tren.


Selain itu, ramai juga pihak yang mengkritik penumpang komuter yang bertindak untuk melihat sahaja dan bukan menghalang lelaki tersebut.

Salah seorang komentator berkata,”Para penonton menikmati persembahan percuma? Mengapa mereka tidak boleh membantu untuk menarik lelaki itu? Berharap perkara ini tidak akan berlaku di Singapura.”

Justeru, gunakan akal fikiran anda yang dianugerahkan oleh Tuhan sebelum membuat sebarang tindakan terdesak.

Orang awam tidak akan melihat anda sebagai seorang suami yang hebat, tetapi anda adalah seorang lelaki yang dayus.

-Stomp

Saturday, April 20, 2013

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.


Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.



Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

[Sumber]

Friday, April 05, 2013

Pelajar Universiti Di Cabul Tiga Lelaki Mabuk

Pelajar Universiti Di Cabul Tiga Lelaki Mabuk

Malang bagi seorang penuntut sebuah universiti apabila menjadi mangsa cabul tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas untuk bertemu rakannya, di sini, Ahad lalu.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah pondok menunggu bas di depan universitinya dan dalam perjalanan ke pekan Kajang.

Sumber berkata, ketika itu, sebuah kereta yang tidak dikenali berhenti di depannya dan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mabuk menegur serta mempelawa mangsa menaiki kenderaan mereka.

“Mangsa tidak mengendahkan pelawaan berkenaan sebelum dua daripada lelaki itu turun dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

“Mereka mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjerit serta cuba melepaskan diri,” katanya.

Katanya, beberapa minit kemudian, sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan menghampiri kenderaan lelaki terbabit.

“Tindakan pemilik kereta itu cuba menyelamatkan mangsa dan menyebabkan lelaki terbabit terperanjat serta panik. Mereka menolak mangsa ke luar dari kereta sebelum memecut kenderaan berkenaan,” katanya.

-Hmetro

Tuesday, April 02, 2013

Suami Ugut Jual Isteri Kepada Along Bayar Hutang

Suami Ugut Jual Isteri Kepada Along Bayar Hutang

Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.


Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini, pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM).

Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.

“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.

“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.

“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.

Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Hmetro

Friday, March 29, 2013

Siapa Yang Rosakkan Pusara Allahyarham P. Ramlee?

Siapa Yang Rosakkan Pusara Allahyarham P. Ramlee?

Malam semalam menerusi rancangan Gala TV siaran Astro Awani ada menyiarkan sedutan mengenai pusara seniman agung Allahyarham P. Ramlee yang musnah teruk dalam satu kejadian yang berlaku sekitar petang semalam.


Namun begitu, menurut presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, dia sendiri belum tahu apakah punca sebenar kemusnahan tersebut dan akan cuba menyiasat punca berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Dalam kejadian yang sama, pusara yang turut musnah adalah pusara seniwati Saloma dan A.R Tompel.

-Mynewshub