Saturday, December 27, 2014

Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar Darurat?

Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar Darurat?

Berkenaan isu darurat yang digesa sesetengah pihak agar segera diumumkan ke atas Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir, Najib memberikan jawapan bagi merungkai persoalan ini.

Banjir-di-Kelantan

Atas beberapa faktor kukuh, kerajaan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat di Kelantan buat masa ini, antaranya kerana perisytiharan tersebut akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana gagal untuk menuntut insurans kerana secara automatiknya, situasi tersebut akan dikategorikan sebagai ‘force majeure’ ataupun insiden bencana alam yang di luar kawalan mana-mana pihak.

Selain itu, kerajaan juga sedang bertindak sehabis baik bagi membantu kesemua mangsa banjir menghadapi saat getir dengan mengerahkan agensi-agensi kerajaan untuk turun padang menghulurkan pertolongan.

BRIM Dipercepat, Dana RM500 Juta Dilulus Untuk Bantu Mangsa Banjir

BRIM Dipercepat

Sementara itu, beberapa langkah telah diputuskan bagi mengurangkan kesusahan dan penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir.

Antaranya, kerajaan persekutuan bersetuju menambah dana sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri yang terjejas.

Turut diumumkan, bayaran BR1M fasa pertama yang dirancang diberikan pada hujung Februari dipercepatkan kepada pertengahan Januari 2015 bagi meringankan beban rakyat terutama yang dilanda musibah seumpama ini.

Kerajaan turut mengarahkan institusi kewangan supaya meringankan beban mangsa banjir dengan memberi kelonggaran kepada mereka dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.

Berkaitan kerosakan di kawasan yang terjejas banjir, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bakal menilai dan memaklumkan kepada kerajaan persekutuan berhubung jumlah kerosakan yang dialami selepas bencana banjir reda dan berakhir.

Setakat ini, fasa pertama bantuan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa-mangsa banjir, berupa keperluan pakaian dan makanan.

Selain itu bekalan air, gas dan elektrik akan dipulihkan secara berperingkat di semua kawasan yang terjejas.

Saluran komunikasi yang terjejas di kawasan banjir berkait dengan elektrik yang terputus, dan ia akan dibaikpulih pada kadar segera.

Untuk makluman, bantuan RM500 juta yang diumumkan akan mula diagih tahun depan selepas bencana reda dan kesemua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM