Saturday, February 11, 2017

10 Selebriti Wanita K-Pop Korea Paling Cantik 2016

10 Selebriti Wanita K-Pop Korea Paling Cantik 2016

Antara ramai-ramai selebriti wanita Kpop Korea yang semuanya popular, seksi dan cantik, siapa diantaranya yang dinobat sebagai selebriti paling cantik pada tahun 2016?

K-Pop

Dengan menggunakan kelebihan penampilan imej seksi, semua selebriti Kpop Korea ini menjadi kegilaan masyarakat dunia dengan berjaya menakluki industri fesyen dan filem.

Kami senaraikan 10 pilihan wanita K-Pop paling cantik bagi tahun 2016 yang dipetik dari laman web Brainberries.

10. Lee Ji-eun (IU)

IU

Selain bergelar pelakon, IU juga adalah seorang penyanyi. Nama IU berasal dari "I and You" yang melambangkan bahawa dia dan peminatnya adalah satu di dalam muzik.

Album pertama IU adalah 'lost and found' yang dikeluarkan pada 24 September 2008. Selain itu, IU juga pandai bermain gitar.

9. Krystal

Krystal

Krystal atau nama sebenarnya Chrystal Soo Kung lahir pada 24 Oktober 1994. Artis Kpop Korea ini dilahirkan di USA. Selain bergelar penyanyi, dia juga merupakan seorang pelakon.

8. Hyeri

Hyeri

Hyeri merupakan anggota kumpulan Girl’s Day dan selain menyanyi Hyeri nama sebenarnya Lee Hye-ri, turut aktif dalam bidang lakonan.

7. Seohyun

Seohyun

Seohyun atau Seo Ju-hyun merupakan seorang lagi anggota kumpulan K-Pop SNSD dan dikatakan seorang ahli kumpulan SNSD yang paling penyabar.

6. Minah

Minah

Minah atau Bang Min-ah mendominasi carta keenam idola K-Pop wanita paling cantik 2016. Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Minah juga mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Minah juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Girl’s Day, namun bergerak secara solo pada tahun 2015.

5. Yoona

Yoona

Yoona atau Im Yoon-ah merupakan salah seorang anggota SNSD. Selain cantik, Yoona juga menjadi artis palin laris di Korea Selatan dan banyak mendapat tawaran berlakon drama.

Antara drama lakonannya adalah You Are My Destiny (2008) dan The Prime Minister and I (2013).

4. Yura

Yura

Yura atau nama sebenarnya Kim Ah-young, merupakan anggota kumpulan Girl’s Day dan dalam pada masa yang sama turut bergelar seorang pelakon.

Antara lakonannnya ialah menerusi drama Secret Angel yang diterbitkan oleh Sohu TV’s Chinese.

3. Suzy

Suzy

Suzy atau Bae Su-ji yang mampu mencairkan mana-mana jejaka dengan wajahnya yang persis menjalani pembedahan plastik itu namun hakikatnya ia adalah wajahnya yang semula jadi.

Selain mempunyai wajah yang cantik, Suzy juga terkenal menerusi lakonannya dalam drama Dream High pada 2011.

2. Tzuyu

Tzuyu

Remaja berusia 17 tahun berasal dari Taiwan iaitu Chou Tzu-yu atau Tzuyu yang juga merupakan ahli kumpulan K-Pop wanita Twice pernah tersenarai di kedudukan ke-13 dalam 100 Most Beautiful Faces of 2015.

1. Nana

Nana

Nana atau nama sebenarnya Im Jin-an yang sememangnya terkenal memiliki kecantikan semula jadi sama ada ketika mengenakan tatarias muka (make up) ataupun tidak.

Nana yang juga ahli kumpulan After School pernah mendapat carta pertama sebanyak dua kali dalam 100 Most Beautiful Faces in 2015.

BACA INI JUGA: 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Sumber: mynewshub

Wednesday, October 12, 2016

Video 'Panas' Bintang K-Pop, Jung Joon Young Tersebar?!

Video 'Panas' Bintang K-Pop, Jung Joon Young Tersebar?!

Penyanyi dan pelakon terkenal Kpop, Jung Joon Young baru-baru ini menjadi perhatian peminat apabila dikaitkan dengan sebuah video seks bersama teman wanitanya.

K-Pop Jung Joon Young
Gambar hiasan.

Soompi melaporkan, syarikat pengurusannya C9 Entertainment telah menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan walaupun mereka sebelum ini enggan memberi sebarang kenyataan kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi viral.

"Pihak kami menyedari tentang cakap-cakap mengaitkan artis kami namun enggan membuat sebarang kenyataan kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian memandangkan lelaki dalam video itu bukan Joon Young.

"Bagaimanapun, pihak C9 Entertainment merasakan sudah tiba masanya kami tampil membuat penjelasan kepada orang ramai kerana ia semakin serius dan mencalar nama baik Joon Young," kata wakil agensi berkenaan dalam satu kenyataan.

Namun disebabkan video tersebut tersebar luas di internet, ia memaksa syarikat pengurusan tersebut untuk segera mengambil tindakan sewajarnya.

Mereka juga akan menyiasat untuk mencari dalang di sebalik penyebaran video tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang selepas menyiasat siapa dalang yang menyebarkan video berkenaan selain menuduh lelaki dalam video itu sebagai Joon Young," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, menerusi sebuah laporan penyanyi berkenaan mengakui ada merakam video seks dengan bekas kekasihnya namun menegaskan ia atas persetujuan dengan wanita berkenaan namun ia telah dipadam.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Sumber: Astroawani

Tuesday, March 29, 2016

5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Berbicara tentang Korea Selatan, maka yang akan bermain diminda kita adalah dunia industri K-POP, K-Drama, Boyband, GirlBand, sehinggalah kepada cerita pembedahan plastik.

Tapi, tahukah anda 5 wanita tercantik Korea Selatan 2016 yang memiliki wajah ori tanpa perlu melakukan pembedahan plastik!

Inilah 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik.

Song Hye Gyo

Song Hye Gyo

Artis tercantik ini mula terkenal ketika membintangi drama bertajuk “Endless Love”. Kariernya bertambah meletup apabila membintangi K-Drama bertajuk Full House dengan Rain.

Sandara Park

Sandara Park

Artis cantik yang aktif dan menganggotai kumpulan 2NE1, sangat digemari peminat diseluruh dunia termasuk Malaysia. Walaupun usianya sudah menghampiri 30, kecantikannya masih lagi tetap wow.

Park Shin Hye

Park Shin Hye

Siapa yang tak kenal dengan Ratu K-Drama ini. Selain hebat berlakon, dia juga memiliki wajah asli tanpa sebarang pembedahan plastik. Usianya masih muda dan bintangnya semakin cerah dalam dunia perfileman.

Miss A's Suzy

Miss A's Suzy

Artis cantik yang popular dalam K-Drama bertajuk “Dream High” ini mengaku tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Dengan pipi yang sedikit Chubby dan gigi putih, Miss A’s Suzy menjadi idola jejaka dan peminat wanita hingga saat ini.

Han Ye Seul

Han Ye Seul

Han Ye Seul walaupun telah berusia tetapi kecantikannya masih lagi kelihatan seperti gadis 20an. Artis dan model terkenal Korea ini, sememangnya antara yang paling sukses dan dipuji peminat kerana keaslian wajahnya.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Sumber: Fatygirl

Sunday, November 08, 2015

Penyanyi K-Pop Dikritik, Menyanyi Tak Pakai Seluar Dalam!

Penyanyi K-Pop Dikritik, Menyanyi Tak Pakai Seluar Dalam!

Pendatang baru dalam industri hiburan K-pop, kumpulan Bambino yang baru sahaja membuat kemunculan pertama mereka pada Jun lalu kini sudah pun dilanda kontroversi.

Bambino

Kumpulan penyanyi yang terdiri daripada empat gadis iaitu Dahee, Hadam, Minhee dan Eunsol itu mendapat perhatian meluas selepas salah seorang daripada mereka dirakam tidak memakai seluar dalam ketika membuat persembahan baru-baru ini.

Rakaman video amatur peminat mereka yang mendakwa Hadam tidak memakai seluar dalam ketika menarikan lagu berjudul New Thang dari penyanyi Redfoo itu, telah menjadi viral.

Video itu telah ditonton lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik di laman YouTube.

Bambino [2]

Barangkali ini adalah satu taktik semata-mata untuk mendapat publisiti serta menaikkan nama kumpulan yang baru sahaja bertapak dalam industri hiburan Korea Selatan.

Sebelum ini, ahli kumpulan Girls Day juga pernah dihentam peminat yang mendakwa mereka seperti sengaja mahu menayang seluar dalam ketika menghadiri mana-mana majlis. –Agensi/Mynewshub

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri



Sunday, August 23, 2015

9 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

9 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Di sebalik populariti artis Korea, ternyata ramai di antara mereka mempunyai masalah jiwa yang tidak dapat diselesaikan sehingga mereka nekad membunuh diri ketika berada di puncak kemahsyuran.

Populariti dan pendapatan yang tinggi nampaknya bukan pengukur kebahagiaan bagi artis-artis ini.

Mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu yang menyebabkan mereka mengalami kemurungan dan mengakhiri hidup dengan cara membunuh diri.

Berikut adalah 9 Artis Korea Yang Mati Membunuh Diri.

Jeon Mi Sun

Artis Korea Membunuh Diri

Pihak polis mengesahkan kematian pelakon Korea Jeon Mi Sun, pada Jun 2019 adalah kerana bunuh diri, ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara.

Difahamkan, Mi Sun juga berdepan dengan masalah kemurungan akibat beberapa peristiwa yang berlaku pada keluarganya.
Sebelum kejadian, ada ahli keluarganya telah meninggal dunia dan ibunya juga sakit. Disebabkan keadaan itu nampaknya Mi Sun mengalami depresi.

Dia telah menghubungi bapanya pada jam 1:04 pagi dan dianggarkan kematiaannya berlaku kira-kira 2 jam kemudian.

Mi Sun dikenali sebagai pelakon sekitar tahun 1990 dan popular dalam berapa siri seperti Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.

Han Chae Won

Han Chae Won

Han Chae Won membunuh diri di rumahnya pada 25 Ogos 2011. Sebelum membunuh diri, Chae Won telah membuat catatan dalam laman peribadinya.

"Saya benar-benar tak tahu mengapa. Saya hanya ingin menghentikan penderitaan dan berhenti menangis. Dan ini boleh diselesaikan jika saya meraih kejayaan, tapi ....." tulis Chae Won.

U Nee

U Nee

Pada Januari 2007, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan pelakon ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan.

Ibunya mengesahkan U Nee mengalami kemurungan. Dia juga sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lain yang menimpa kehidupan artis tersebut.

Song Ji Seon

Song Ji Seon

Song Ji Seon membunuh diri dengan cara yang ekstrem. Pengacara cantik ini mati setelah terjun dari apartment tingkat 19 di Seochodong pada 23 Mei 2011.

Banyak spekulasi mengatakan keputusan Song Ji Seon untuk membunuh diri kerana skandal cintanya dengan atlet baseball, Im Tae-Hoon.

Song Ji Seon pernah mendedahkan kisah cintanya dengan atlet tersebut tetapi atlet itu menafikan pengakuan wanita cantik ini. Im Tae-Hoon menafikan pernah mempunyai hubungan dengan pengacara tersebut.

Dia merasa sakit hati dengan penafian Im Tae-Hoon. Ketika mencurahkan isi hatinya, "Jika tak boleh mengambil saya, sekurang-kurangnya memberi aku kekuatan. Hati saya sangat sakit," tulis Song Ji Seon pada sepucuk surat pada 7 Mei 2011.

Jung Da Bin

Jung Da Bin

Pelakon dan penyanyi Jung Da Bin, juga mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui menggantung dirinya di pangsapuri kekasihnya di Seoul. Peristiwa itu berlaku pada 10 Februari 2007.

Namun, tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatan di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan. Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin.

"Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasakan saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya merasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti kanak-kanak. Saya merasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti.

Dan di saat yang sama saya mendapatkan nasihat. Saya merasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja."

Choi Jin Sil

Choi Jin Sil

Artis popular Korea ini ditemui mati membunuh diri dengan cara menggantung dirinya di bilik mandi di rumahnya di Seoul.

Sebelum meninggal, Choi Jin Sil sempat menulis mesej. Dia meminta agar ada yang menjaga anak-anaknya walau apa pun yang terjadi.

Alasannya sama dengan artis Korea lain yang membunuh diri, kemurungan! Choi Jin Sil mengalami kemurungan sejak 2004 selepas bercerai.

Menurut salah sahabtnya, Choi Jin Sil sangat tertekan dengan perceraian. Dia juga mengalami masalah hutang.

Lee Eun Joo

Lee Eun Joo

Pelakon dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartmennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005.

Yang menyedihkan lagi, artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini melakukan membunuh diri selepas beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.

Dia meninggal dengan cara memotong urat tangannya dan menggantung diri. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan bogel di 'The Scarlet Letter'.

Sebelum membunuh diri, Lee Eun Joo sempat menulis pesanan untuk ibunya. Dia menulis mesej itu dengan darahnya sendiri.

"Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tidak merasa hidup. Saya tak mahu mengecewakan mama lagi" pesan Lee Eun Joo.

Jang Ja Yeon

Jang Ja Yeon

Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian rakyat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru dalam dunia seni hiburan. Dia ditemui mati membunuh diri di rumahnya.

Jang Ja Yeon menulis, sebelum dia mengambil keputusan menamatkan hidupnya, bahawa dia dieksploitasi dan juga didera secara seksual semasa berkarier dalam dunia hiburan.

Dalam tujuh catatan yang dibuat oleh artis yang berlakon di siri 'Boys Before Flowers' ini, dia menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan di Korea.

Dia mendakwa dipaksa menjadi hamba seks untuk orang-orang kaya demi kariernya sebagai artis.

Woo Seung Yoon

Woo Seung Yoon

Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan. Woo Seung Yoon mati membunuh diri di saat fenomena bunuh diri sedang dibicarakan di Korea.

Artis ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia muda 24 tahun.

Dia ditemui pada waktu pagi di rumahnya dalam keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri dirumahnya pada 27 April 2009. Punca bunuh diri artis cantik ini kerana mengalami kemurungan yang berpanjangan.

Salah seorang ahli keluarga mengatakan bahawa Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani rawatan kerana kemurungan.

Namun, dia tak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan untuk membunuh diri.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 12, 2015

10 Pelakon Wanita Korea Paling Popular 2015

10 Pelakon Wanita Korea Paling Popular 2015

Korea dikenali seluruh dunia dengan pelakon, penyanyi dan band K-pop yang kacak dan cantik. Kelebihan ini telah berjaya menakluk industri filem dan fesyen. Di bawah adalah senarai 10 pelakon wanita Korea paling popular pada tahun 2015.

10. Son Ye Jin

Son Ye Jin

Pelakon wanita 32 tahun ini memulakan kerjaya lakonannya kembali pada tahun 2000. Penampilan pertamanya adalah di dalam kisah 'on the Secret Tears Series''. Chihwaseon adalah filem yang membuatkan dia menjadi terkenal.

Pelakon itu berjaya menyertai di Festival Filem Cannes. Beliau juga membintangi dalam filem-filem seperti Snow April, "A Moment to Remember" dan The Classic. Selama bertahun-tahun, dia telah menerima kira-kira 30 anugerah untuk hasil kerja beliau.

9. Yoon Eun Hye

Yoon Eun Hye

Pelakon yang cantik berusia 30 tahun ini dengan mudah berada di senarai 10 teratas. Dia telah memasuki dia lakonan dan nyanyian hampir separuh daripada hidupnya.

Dia juga merupakan sebahagian daripada kumpulan gadis K-pop V.O.X.

Dengan lebih 6 album muzik atas namanya, dia juga adalah seorang pelakon berbakat. Goong (2006) dan Coffee Prince (2007) adalah filem popular yang dibintanginya.

8. Ha Ji Won

Ha Ji Won

Dilahirkan pada tahun 1978, dia adalah pelakon yang cantik dan berbakat. Prestasi sulungnya dalam teater pada tahun 2000 telah membuatkan dia memenangi anugerah pelakon terbaik.

Persembahan dia dalam “Sex is Zero dan kemudian di “True or Dare” melihatkan pujian dan kritikan. Pada tahun 2003, dia memainkan watak Chae-oak, dalam drama TV popular "Damo".

Prestasinya membuatkan dia berjaya dinamakan sebagai pelakon yang paling promising di Korea Selatan.

7. Han Ga In

Han Ga In

Dia adalah model yang berjaya dan juga pelakon yang popular. Prestasinya dalam "Bad Guy Moon" menjadikanya perhatian umum. Dia berlakonn dalam "The Great Queen Seondeok", sebuah drama popular di Korea Selatan.

Dia juga telah muncul dalam pelbagai iklan syarikat penerbangan. Kemahirannya amat mengagumkan dan ini ditambah pula dengan kecantikannya membuat dia salah satu pelakon yang paling cantik di Korea.

6. Park Shin Hye

Park Shin Hye

Kecantikannya adalah salah satu pelakon paling muda di Korea. Dia memulakan dunia lakonannya ketika di gred enam lagi. Baru berusia 24, dia mempunyai kerjaya yang hebat dalam dunia industri perfileman.

Dia belakon dalam "Stairway To Heaven", sebuah drama TV popular di Korea. Dia juga berlakon dalam "Flower Boy Next Door" dan Goong S. Di samping itu, dia juga terkenal sebagai seorang penyanyi yang berbakat dan penari yang hebat.

5. Shin Min Ah

Shin Min Ah

Pelakon 32 tahun yang cantik dan juga seorang model telah mencapai kejayaan yang luar biasa dikedua-dua bidang tersebut. Dia memulakan kerjaya modelingnya bersama majalah Kiki.

Selama bertahun-tahun, dia telah dipaparkan dalam pelbagai iklan filem komersial. Dia adalah salah seorang yang paling dicari dalam dunia filem komersial di negaranya.

Selain bertindak dalam pelbagai drama TV dan filem, dia juga telah diketengahkan di dalam banyak video muzik K-Pop.

4. Kin Tae Hee

Kin Tae Hee

Walaupun berusia 34 tahun dia sangat dikehendaki oleh penonton filem dengan keindahan mempesonakannya dan kemahirannya yang mengagumkan.

Dia telah melakonkan di dalam produksi seperti "Love Story in Harvard" dan "Stairway To Heaven". Kecantikannya juga telah berhasil dalam industri fesyen. Dia juga telah bekerjasama dengan beberapa jenama yang paling terkenal di dunia termasuk Samsung dan Toyota.

3. Lee Da Hae

Lee Da Hae

Pelakon berusia 30 tahun dengan mudah tersenarai kerana kecantikannya yang menakjubkan dan bakatnya di skrin. Dia telah memainkan peranan penting dalam filem popular seperti "My Girl" dan "Miss Ripley".

Selain itu, dia juga dikenali kerana dunia pemodelan seluruh dunia. Dia juga telah bekerja di beberapa jenama yang paling terkenal dalam industri fesyen. Dia juga berbangga menjadi kebanggaan dalam Tarian tradisional Korea.

2. Park Min Young

Park Min Young

Dia tanpa keraguan adalah salah seorang wanita yang paling cantik dan berbakat dalam industri filem TV dan pemodelan. Berusia 28 tahun juga telah diketengahkan di dalam produksi TV seperti "City Hunter" dan "Sungkyunkwan Scandal".

Dia membuat debut di skrin besar dengan "The Cat". Dia juga telah diketengahkan di dalam banyak video muzik K-Pop dan iklan yang popular. Dia telah membintangi iklan daripada syarikat-syarikat seperti LG, Korean Air dan Pizza Hut.

1. Song Hye Kyo

Song Hye Kyo

Dengan kecantikannya walaupun berusia 32 tahun menjadikannya berada di nombor satu. Pelakon cantik ini membuat kemunculannya pada tahun 1996. Selepas berehat panjang dia muncul pada tahun 2000 apabila dia berlakon dalam drama "Autumn in My Heart".

Dia telah menjadi popular dengan peminatnya yang ramai di seluruh Asia. Dia juga membintangi "My Girl", yang memenangi banyak pujian.

Berlakon dalam filem Hollywood-indie "Make Yourself At Home" memperkenalkannya kepada penonton Amerika. Dia juga dianggap sebagai salah seorang wanita paling cantik di Korea.

BACA INI JUGA: Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

Sumber: Electricalsembangkosong

Friday, January 16, 2015

Ada Apa Dengan Mamat Korea?

Ada Apa Dengan Mamat Korea?

Tertarik dengan satu artikel bertajuk, Ada Apa Dengan Mamat Korea? yang ditulis seorang individu menggunakan nama ‘Cik Beah’, SP ingin berkongsikan semula artikel ini yang rasanya sangat sesuai dan wajib dibaca terutama oleh para peminat fanatik Kpop!

Korean-Celebrity
Gambar hiasan.

Ini kerana, isu kontroversi Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!, B1A4 sewaktu mini konsert mereka di negara ini masih lagi hangat diperkatakan.

Jom baca..

Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

“What do you like about Korea?” Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

“Oh, I really like the music. I’m a fan of Big Bang.” Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

“Really? I don’t know that. I don’t listen to the young people’s music, because I cannot understand them.” Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan ‘Korea yang sebenar’. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai ‘bitter’.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya ‘bunga’ di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat ‘dimanjakan’ oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan ‘menyebok’. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

‘Why you are praying? You are wasting your time. Don’t pray.”

“You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya).”

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

“You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don’t go home early.” –> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke’hipokrit’an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang ‘comel’ tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please… Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu’alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio.
https://www.facebook.com/cikbeahosem/photos/a.597391270271267.1073741826.473308922679503/926995060644218/?type=1&theater

Sumber:
http://www.lemonpic.com/ada-apa-dengan-mamat-korea