Tuesday, June 02, 2015

Video Mangsa Ditetak Kes Samun Di 7-Eleven

Video Mangsa Ditetak Kes Samun Di 7-Eleven

Video rakaman CCTV kejadian rompakan melibatkan kedai serbaneka 7-Eleven di Aeon Alma, Bukit Mertajam kini menjadi viral apabila ia mula tersebar luas di laman Facebook hari ini.

Tetak

Rompakan pada jam 4.50 pagi itu didalangi dua individu bersenjatakan parang.

Berdasarkan rakaman, kedua-dua suspek dilihat menyerbu premis berkenaan sebelum salah seorangnya terus memeriksa pekerja di situ.

Sambil menghunuskan parang kepada mangsa, seorang lagi suspek kemudiannya merampas sejumlah wang dan beberapa kotak rokok.

Namun malang buat salah seorang daripada mangsa apabila di penghujung video, dia dilihat telah ditetak beberapa kali oleh perompak terbabit.

Merompak satu hal, lepas tu mencederakan mangsa pula… tak pasal-pasal mangsa yang tidak melawan terpaksa menanggung kesakitan.

Identiti suspek yang kesemuanya memakai topi keledar masih belum dikenalpasti.

Bagi kami, sebaik-baiknya kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7-Eleven diberikan alternatif seperti butang kecemasan sekiranya berlaku rompakan manakala lokasi-lokasi premis yang agak terpencil seharusnya dikaji semula atas faktor keselamatan.

Apa-apa pun, semoga kedua-dua perompak tersebut tidak mati dahulu sebelum bertaubat.

Hidup atas muka bumi Allah ni janganlah menyusahkan orang lain. Usah jadi sampah masyarakat!

BACA INI JUGA: Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!


Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 17, 2014

Video Kejadian Tetak Di Kedai 7Eleven Keningau

Video Kejadian Tetak Di Kedai 7Eleven Keningau

Polis Keningau telah menahan empat remaja lelaki warga tempatan lingkungan umur 18 hingga 22 tahun pada jam 2.10 petang Selasa lepas dalam satu lagi kejadian tetak.

Kena-tetak

Ia berikutan kejadian kes pukul menggunakan rantai kunci dan sebilah pisau pemotong daging terhadap seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun di sebuah kedai serbaneka 24 jam pada jam 12.38 tengah malam pada hari berkenaan.

Keempat-empat suspek ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan di sebuah rumah tidak bernombor di pekan Keningau.

Seorang lagi suspek dilaporkan masih bebas, namun sudah dikenali pasti dan kini sedang diburu polis.

Hasil siasatan polis mendapati punca kejadian merupakan kes balas dendam oleh suspek terhadap mangsa, dan pernah bergaduh sekali pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Pada masa kejadian, mangsa yang ingin membeli barang di kedai itu telah diserang oleh kelima-lima suspek.

Selepas kejadian, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak kaki dan lutut serta kening sebelah kanan. Mangsa menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan. Keempat-empat suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Oktober ini.

Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek yang ditahan, tiga daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Ampethamine.



Sumber:
http://www.theborneopost.com/2014/10/17/empat-remaja-tempatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul/