Monday, November 11, 2013

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.


Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.

Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.

Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.

Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.

Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.

Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.

Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.

Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.

Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.

Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti.

Sumber: Mynewshub

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Mati Di Tembak

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Mati Di Tembak

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah dirumahnya sekitar jam 2 petang kelmarin, menambahkan lagi beberapa siri pembunuhan bersenjata yang sudah berlaku sebelum ini.

Mati Di Tembak

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Indera Mahkota, tiga suspek berpakaian jubah telah datang ke rumahnya sebelum kemudiannya menembak mangsa.

Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu kepada The Malaysian Insider mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.

Kata-kata terakhir

Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan.

Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.

Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.

"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.

"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya.

Syiah, Ajaran Sesat

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.

Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa.

"Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang tadi.

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Sumber: BERNAMA

Wednesday, October 30, 2013

Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu!

Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu!

Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Ardi Hamza

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

Ardi Hamza

“Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

“Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.

Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506.

Sumber: Utusan


Friday, October 25, 2013

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank Larikan RM450,000!

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank Larikan RM450,000!

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

Video pegawai AmBank ditembak ketika rompakan di bank.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek

Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.

Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Sumber: BERNAMA

Monday, October 07, 2013

Pelatih PLKN Didakwa Bunuh Rakan!

Pelatih PLKN Didakwa Bunuh Rakan!

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 September.

PLKN

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 September di dorm L1C dan L2C kem berkenaan.

(Baca: Pelatih PLKN Dipercayai Mati Dibunuh!)

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan kes disebut semula pada 11 Disember depan di Mahkamah Majistret Rompin.

Sementara itu, lima pelatih lain turut dihadapkan di mahkamah sama terhadap kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi.

Mohd. Firhan Hafizi Ismail, 23, dari Bukit Nikmat, Jerantut bersama dua lagi juvana berusia 17 tahun dari Parit Jawa, Muar, Johor dan Kampung Tanjung Pahang, Endau, Rompin didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada 1.30 tengah hari di dorm L1C kem itu pada 22 September.

Sumber: Bernama

Monday, September 30, 2013

Mati Ditikam Selepas Mengigau Nama Wanita Lain Dalam Mimpi

Mati Ditikam Selepas Mengigau Nama Wanita Lain Dalam Mimpi

Seorang wanita menikam teman lelakinya 31 kali selepas mangsa mengigau menyebut nama wanita lain ketika tidur.

Mimpi

Menurut laporan Xinhua, Hong Hui baring di sebelah teman lelakinya yang tidur apabila dia mendengar mangsa menyebut nama wanita lain.

Ia menyebabkan Hong berang dan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lalu menikam mangsa sebanyak 31 kali.

Hong kemudian terlena di sisi mayat teman lelakinya itu.

Bercakap di mahkamah, Hong Hui menyuarakan rasa kesalnya terhadap kejadian itu dan berkata, mereka berpacaran sejak sekolah menengah hingga ke universiti serta merancang untuk berkahwin.

Penggal kepala suami

Sementara itu, seorang isteri yang tidak tahan diganggu suaminya, seorang wanita muda memenggal kepala lelaki itu sebelum menyerah diri kepada polis.

Menurut laporan Times of India, wanita berusia 21 tahun itu adalah isteri kedua si mati.

Mangsa, penarik beca berusia 28 tahun dan tinggal di Tamil Nadu, sebelum ini berkahwin dengan wanita lain dan sudah mempunyai dua anak apabila berkahwin dengan suspek.

Hubungan antara kedua-dua wanita itu baik tetapi masing-masing tidak tahan dengan sikap si suami yang panas baran dan sering memukul kedua-dua isterinya sehingga mendorong mereka pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.

Si suami mengunjungi isteri keduanya Sabtu lalu dan merampas wangnya. Suspek bertindak menyerang lelaki itu, dengan mencampakkan serbuk cili pada muka mangsa.

Sebaik lelaki itu terjatuh, isterinya mengambil sabit dan memenggal kepala mangsa. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berhampiran bersama-sama dengan senjata yang berlumuran darah.

Menurut polis, mangsa mempunyai rekod aktiviti antisosial.

Bunuh bapa untuk warisi harta

Seorang wanita di Nanjing, China pula telah ditangkap kerana di dakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.

Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.

Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.

Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.

Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang.

-Agensi

Tuesday, September 24, 2013

Pelatih PLKN Dipercayai Mati Dibunuh!

Pelatih PLKN Dipercayai Mati Dibunuh!

Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Muhammad Suhaimi Norhamidi

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

Dibunuh Kerana Potong Barisan Semasa Sarapan

Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.

Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ia berikutan soal siasat daripada tiga pelatih berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan petang semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa bergaduh dengan pelatih lain termasuk tiga suspek pada tengah hari diikuti sekali lagi kira-kira jam 11.30 malam.

Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air kem itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Sumber: Mynewshub/Bharian