Friday, February 21, 2014

Video Pekerja PIZZA Hut Kencing Di Singki

Video Pekerja PIZZA Hut Kencing Di Singki

Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut.

Mingo County, West Virginia - Pizza Hut

Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

(Baca: Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!)

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi. -Mynewshub.my



Pembohongan CNN, Kisah Remaja Mati Direjam PALSU!

Pembohongan CNN, Kisah Remaja Mati Direjam PALSU!

Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.

Stoning of Soraya

Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.

Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.

(Baca: Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan)

Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.

Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari Agensi.

Tuesday, February 04, 2014

Nabil Aibkan Luna Maya, Terkantoi Kisah Hitam Sendiri!

Nabil Aibkan Luna Maya, Terkantoi Kisah Hitam Sendiri!

Kalau sesiapa berkesempatan menyaksikan program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) pada minggu separuh akhir yang berlangsung di Johor Bahru, Jumaat lalu, pasti anda tahu kontroversi yang menimpa Nabil Ahmad pada masa ini.

Nabil+Aibkan+Luna+Maya

Nabil dikatakan tidak mempunyai sensitiviti dengan lawak yang dipamerkannya apabila dengan beraninya mengaitkan kisah silam salah seorang juri tetap rancangan itu yang berasal dari Indonesia, Luna Maya.

Lantas, Nabil teruk dikecam sesetengah peminat program tersebut yang menyifatkan perbuatannya itu sangat biadap apabila memalukan seseorang di khalayak umum.

Bercakap mengenai perkara itu, Nabil menjelaskan di portal Ohbulan dengan berkata, “Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat.

"Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.

(Baca: Panas! Dewi Perssik Mengaku Onani Ketika Kesunyian)

“Saya bukan nak hina dia sebaba saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun.

"Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa,” ulasnya.

Berdasarkan penjelasan Nabil, peminat mula mengandaikan seolah-olah dia mengakui gambar kontroversinya satu masa dahulu adalah benar dan asli.

Nabil+Kantoi+Bercium

Ini kerana pada masa gambarnya itu hangat dan riuh di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan, Nabil bermati-matian mengatakan gambarnya bersama seorang pelakon wanita itu telah diedit atau superimpose.

Tak pasal-pasal kantoi sendiri!

Lain kali, kalau nak berlawak boleh, cumanya janganlah keterlaluan sehingga aib orang lain dibuka sama.

Bak kata Jep Sepahtu dalam satu lawaknya, “biar tak lawak, asalkan jangan biadap”.

Sumber: Mynewshub

Monday, January 27, 2014

Suami Kongsi Video Isteri Kantoi Curang Di YouTube!

Suami Kongsi Video Isteri Kantoi Curang Di YouTube!

Curiga dengan sikap isterinya yang malas dan jarang menyediakan keperluannya setiap kali balik ke rumah membuatkan seorang lelaki bertindak balik ke rumah lebih awal daripada kebiasaan.

Video isteri kantoi curang

Ternyata ‘terjahan’nya membongkar segala rahsia isterinya selama ini apabila dia mendapati wanita itu sedang berasmara dengan lelaki lain di atas katil.

Menyedari kehadirannya, ‘kekasih gelap’ wanita itu bergegas keluar dari bilik itu, manakala isterinya yang panik cuba menjelaskan perkara itu.

Bagaimanapun, suaminya yang merekodkan perbualan itu berkata:

“This will go on the internet, and wait until your mother and sister see it (Ia akan tersebar di internet, dan tunggu sehingga ibu dan kakak awak melihatnya).

“Nothing gets done around here, beds are never made, there is nothing to eat in the refrigerator (Tiada apa yang awak lakukan, katil tak pernah dikemas, tiada apa untuk dimakan dalam peti sejuk).

“I always wonder what you do with your time, and I caught you. I busted you (Saya selalu terfikir apa yang awak buat dengan masa yang ada, dan kali ini saya dapat jawapannya).”

Video tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh lelaki berkenaan ke YouTube dan beberapa laman web sebagai membalas dendam atas perbuatan isterinya itu.

Biar pun agak memalukan, ramai yang bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap wajar sebagai pengajaran kepada wanita itu.

Hai, tak tahulah nak cakap apa. Kasihan ada, padan muka pun ada.

BACA INI JUGA: Terbukti Wanita Juga Sebenarnya 'Gatal'

Tuesday, January 07, 2014

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Laman Facebook rasmi Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin iaitu DrMAZA.com sebelum ini dilihat memuatnaik gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang didakwanya sebagai pesawat yang digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

DrMAZA.com mendakwa hiasan itu adalah rupa dalaman pesawat baru kegunaan Najib dan ia disifatkan sebagai hiasan yang cantik dan ‘mewah’.

Penerangan berkaitan gambar itu turut menyatakan bahawa kos perjalanan ‘Putrajaya’ yang merujuk kepada Najib mencecah RM180 juta pada tahun 2012.

Penyiaran gambar itu hari ini dibongkar sebagai palsu oleh beberapa blog dan gambar berkenaan sebenarnya telah diambil pengendali laman DrMAZA.com dari sebuah laman web berkaitan jet korporat iaitu Corporate Jet Investor.

Terkantoi dengan fitnah berkenaan, DrMAZA.com hari ini membuat dua kenyataan memohon maaf menerusi laman Facebook itu.

Kenyataan maaf pertama melibatkan pihak Dr.MAZA.com mengakui kesilapan menyiarkan gambar itu yang diambil dari laman web lain.

“Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar ‘hiasan pesawat’ kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle.
Adapun kos RM180 juta untuk penerbangan tahun 2012 memang menjadi laporan kebanyakan media.

“Disamping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar,” menurut kenyataan maaf itu.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Bagi kenyataan maaf kedua, ia dibuat kepada Dr Mohd Asri dan juga kepada pengikut laman berkenaan atas penyebaran gambar yang sama.

“Pihak Dr Mohd Asri telah mengarahkan admin (pengendali) menarik balik gambar tersebut dan ia sudah pun ditarik semula, Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas, sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak pengendali,” katanya.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Bak kata pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Begitulah yang berlaku kepada laman Facebook rasmi Dr Mohd Asri kerana selepas kesilapan itu mereka menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook.

Dr Mohd Asri turut dilabel sebagai seorang penyebar fitnah ekoran tidak memeriksa dahulu kebenaran gambar yang digunakan oleh laman web Malaysian Chronicel sebelum menyiarkannya di laman Facebook.

Sebagai seorang agamawan dengan jumlah pengikut yang ramai, Dr Mohd Asri sepatutnya mengelakkan perkara-perkara sebegini daripada berlaku kerana ia membawa malu kepada nama baik dan menjejaskan reputasinya selaku pendakwah.

Tidakkah pihak pengendali yang dipilih oleh Dr Mohd Asri diingatkan supaya hanya mengambil berita atau gambar yang sudah dikenalpasti kebenarannya barulah ia disiarkan kepada orang ramai?

Dek kerana hendak cepat mendedahkan sesuatu kepincangan demi menarik perhatian ramai pihak dan mungkin berkeinginan untuk disanjung, laman DrMAZA.com menerika akibat buruk kerana tidak meneliti kesahihan maklumatnya terlebih dahulu.

Sumber: Mynewshub.my

Saturday, December 07, 2013

Isteri Kantoi Silap Hantar Sms Curang Kepada Suami

Isteri Kantoi Silap Hantar Sms Curang Kepada Suami

Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.

Gail Crocker

Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan.

Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.

Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.

SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.”

Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.

Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.

Gail Crocker

Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar.

“Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama.

“Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.

Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu. Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya.

Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.

Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada.

“Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.

Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. -Agensi

Friday, November 01, 2013

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Cium

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.

Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Cium
Cium
Cium

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Sumber: Mynewshub