Friday, August 16, 2013

Justin Bieber Pemilik Baru Rumah Agam 'Neverland' Michael Jackson?

Justin Bieber Pemilik Baru Rumah Agam 'Neverland' Michael Jackson?

Apa sahaja yang dilakukan oleh artis ini selalu menjadi perhatian. Bermula dengan perangainya yang suka mencari masalah hingga ke kisah percintaan yang tidak kesampaian.


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang sering dikatakan comel oleh peminatnya iaitu Justin Bieber.

Terbaru, Bieber sekali lagi menarik perhatian media dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Dikhabarkan, Bieber kini ingin lari daripada kehidupan sibuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ingin mencari kediaman yang lebih tenang dan mendamaikan.

Menurut portal hiburan Sunday People, Bieber dikatakan telah menghantar beberapa orang untuk melihat rumah mendiang Raja Pop dunia, Micheal Jackson di Neverland.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Bieber, penyanyi itu ada bertanyakan tentang perkara ini kepada mereka dan ia dipersetujui oleh pihak pengurusan.

“Kami setuju dengan idea Bieber untuk menyepi seketika apatah lagi sejak kebelakangan ini penyanyi itu banyak dikaitkan dengan gosip yang tidak menyenangkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Malah, ada gosip yang sebenarnya telah membuatkan Bieber sendiri tertekan seperti gosip menendang seorang model dan meludah kepada salah seorang peminatnya.

“Ada baiknya jika Bieber mengambil langkah untuk berehat seketika," jelas pihak pengurusan Bieber.

Selain rumah mendiang Jackson, Bieber juga dikatakan telah melakukan tinjauan di tiga buah rumah agam yang lain.

Namun, kemungkinan besar Bieber akan membeli Neverland kerana Jackson telah menjadi idolanya sejak daripada dahulu lagi. -Utusan

Saturday, July 13, 2013

Justin Bieber Minta Maaf Caci Gambar Bill Clinton

Justin Bieber Minta Maaf Caci Gambar Bill Clinton

Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini.


Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton."

Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu.

Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu.

Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu.

Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." -AP

Friday, July 12, 2013

Justin Bieber Kencing Dalam Baldi Restoran

Justin Bieber Kencing Dalam Baldi Restoran

Imej Justin Bieber terus merudum ekoran tersebar klip video terbaru memaparkan dia kencing ke dalam bekas mop sebuah restoran.


Berdasarkan klip diperoleh laman sesawang TMZ, Bieber dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh itu di sebuah restoran tidak dikenal pasti di New York awal minggu ini.

Berdasarkan reaksinya, Bieber dipercayai tidak menganggap tindakan itu boleh menjadi isu, malah dia ketawa sepanjang aksinya dirakam.

Di akhir klip itu, Bieber menyembur sekeping gambar bekas Presiden AS, Bill Clinton dengan cecair pembersih dan mencarut: “F**k Bill Clinton!”

Apabila dihubungi media, wakil Bieber enggan memberi komen terhadap aksi berkenaan.

Sejak akhir-akhir ini, penyanyi pop berusia 19 tahun itu jarang menjadi perhatian kerana karya muzik berbanding kerenah yang dilakukannya.

Antaranya, keterlanjuran menulis di Twitter, mengambil dadah dalam bas serta mencatat mesej tidak sensitif dalam buku tetamu di sebuah muzium.

Paling baru, Bieber dilarang menggunakan kemudahan sukan tertutup di Las Vegas selepas gagal membayar bil bernilai AS$1,600 (RM5,068) untuk diri sendiri dan rakannya.

Bieber cuba mempertahankan dirinya dengan menggunakan alasan kononnya dia masih muda dan sering melakukan kesilapan. Ibunya pula menganggap Bieber anak yang baik dan cuma perlukan sedikit perubahan.



-Agensi

Saturday, June 01, 2013

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Isu memiliki seorang anak bersama wanita bernama Mariah Yeater, nampaknya masih belum berakhir. Siapa sangka, pelantun yang baru berusia 15 tahun ini terpaksa berdepan dengan isu sehebat ini.


Menerusi saman yang difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, Yeater meminta Bieber membayar nafkah dan kos perbelanjaan bayi mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Justin Bieber enggan membayar nafkah yang diminta itu. Bagi Bieber itu adalah satu fitnah, namun berbeza pula bagi segelintir peminatnya.


"Sehingga kini, Bieber masih dikecam teruk kerana isu itu. Sekiranya dia memang bapa kepada bayi itu, maka dia harus segera bertanggungjawab," kata sumber.

-Sinarharian

Thursday, April 25, 2013

Justin Bieber Tak Peduli Datuk Hidup Merempat

Justin Bieber Tak Peduli Datuk Hidup Merempat

Datuk kepada bintang pop remaja, Justin Bieber membidas cucunya itu kerana tidak pernah menghulurkan wang kepadanya, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.


Lelaki itu, George Bieber dikatakan menetap bersama isterinya, Kathy di sebuah kabin usang yang mempunyai dua bilik tidur di Mitchell, Kanada.

George berkata, penyanyi lagu Boyfriend itu menyedari tentang keuzurannya tetapi dia tidak menghulurkan pertolongan.

"Kekayaan Bieber mungkin bernilai £70 juta (RM325.2 juta) tetapi kami tidak pernah menikmati wangnya," dedah George seperti dipetik akhbar The Sun.

Menurut lelaki berusia 61 tahun itu, satu-satunya hadiah yang diterima daripada Bieber, 19, ialah sebuah televisyen.

Sementara itu, jurucakap Bieber enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan George.

Namun, satu sumber yang rapat dengan Bieber memberitahu akhbar dalam talian MailOnline dakwaan tersebut tidak benar dan berniat jahat.

-Agensi

Thursday, April 04, 2013

Justin Bieber Marah Ibu Gara-gara Tatu

Justin Bieber Marah Ibu Gara-gara Tatu

Penyanyi Justin Bieber bertengkar dengan ibunya, Pattie Mallette gara-gara remaja tersebut menambah lagi lakaran tatu pada badannya.


Seperti dipetik ShowbizSpy pada Rabu, selepas mengukir tatu berbentuk burung hantu, Justin menambah lagi koleksi tatu berbentuk huruf X di lengan kirinya.

Sebelum ini, Justin dilaporkan telah berjanji dengan ibunya untuk tidak menambah tatu di mana-mana bahagian badannya.

Ibunya menzahirkan perasaan kesal dalam salah satu program bual bicara sambil menunjukkan gambar terbaharu penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Justin kecewa dengan tindakan ibunya dan bertindak memarahi wanita tersebut.

“Tidak usah bercakap berkenaan tatu lagi, ini adalah tubuh saya,” ujar Justin.

-mStar