Wednesday, March 20, 2013

Justin Bieber Dituduh Cipta Publisiti Murahan

Justin Bieber Dituduh Cipta Publisiti Murahan

Lumrah bergelar selebriti pastinya tidak dapat lari dari kontroversi. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini penyanyi terkenal, Justin Bieber, dilihat semakin rancak meraih kontroversi.


Sikap Justin  dikatakan semakin teruk setelah berpisah dengan Selena Gomez. Malah media melaporkan Bieber sengaja mahu mencuri perhatian Gomez.

Bagaimanapun, Bieber menafikan perkara itu.

"Saya bukan sengaja menimbulkan kontroversi untuk mencuri perhatian sesiapa dan saya tidak mengharapkan perhatian sesiapa pun," kata Bieber.

-Sinarharian

Sunday, March 17, 2013

Justin Bieber Mohon Maaf Selepas Hina Lindsay Lohan

Justin Bieber Mohon Maaf Selepas Hina Lindsay Lohan

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh Justin Bieber membuatkan ramai yang berfikir, penyanyi muda itu perlu dihantar ke pusat pemulihan. Dan kerana perkara itu, Justin terus menyelar dakwaan tersebut.

Justin meminta maaf atas kekasaran bahasanya yang 
membuat perbandingan dengan Lindsay Lohan.

Menurut laporan The Sun, penyanyi kelahiran Kanada itu bertegas dia tidak akan masuk ke pusat pemulihan dan menolak dakwaan bahawa kelakuannya yang bermasalah seperti Lindsay Lohan, aktres yang mempunyai pelbagai masalah sosial.

"Jika ada yang berfikir saya akan ke pusat pemulihan, itu adalah satu perkara yang bodoh. Saya berusia 19 tahun dan mempunyai lima album yang hit. Selama saya berkembang dalam muzik, orang hanya menonton dan kemudian mengkritik setiap hari.

"Tetapi bagi saya apa yang dilakukan adalah luar biasa dan bagi yang membandingkan diri saya dengan Lindsay, cuba lihat dahulu hutangnya pada tahun 2012," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini Lindsay pernah dilaporkan bankrap gara-gara pelbagai hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Selain itu pelbagai masalah yang dilakukan juga kepada aktres tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian selepas memuatkan luahan perasaan di Instagram, Justin meminta maaf pula atas kekasaran bahasa yang ditulis itu.

-mStar

Friday, March 15, 2013

Justin Bieber Dikecam Berlengah 2 Jam Sebelum Persembahan

Justin Bieber Dikecam Berlengah 2 Jam Sebelum Persembahan

Penyanyi rock Britain, Noel Gallagher mengecam Justin Bieber yang berlengah selama dua jam sebelum membuat persembahan di arena The O2, London, Isnin lalu, hingga ramai anak muda pulang dengan rasa kecewa.


Ayah kepada tiga cahaya mata hasil perkahwinan de­ngan Sarah McDo­nald itu menegaskan dia memahami mengapa ramai ibu bapa merungut kesal de­ngan kejadian itu.

“Saya tidak pernah kenal Bieber secara peribadi tetapi membuatkan peminat menunggu hingga dua jam adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Ketika membuat persem­bahan di arena Wembley pada acara Give It Up For Comic Relief, Gallagher mengumumkan akan berehat seketika dari industri muzik seperti dilakukan David Bowie.

“Saya tidak mempunyai apa-apa hobi selain menulis tetapi jika berehat selama 10 tahun, pasti ada aktiviti akan dilakukan sepanjang tempoh itu,” katanya.

Hasil kutipan derma majlis itu disalurkan kepada pertubuhan Comic Relief. Selebriti turut menjayakan persembahan termasuk Emeli Sandi, Kasabian, Jessie J, Jimmy Carr, Jack Whitewall, Frankie Boyle, Eddie Izzard dan John Bishop.

-Hmetro

Thursday, March 14, 2013

Peminat Sanggup Beli Rambut Justin Bieber Dengan Harga RM123,600!

Peminat Sanggup Beli Rambut Justin Bieber Dengan Harga RM123,600!

Apabila bergelar artis terkenal, maka segala-gala yang berkaitan dengan diri seseorang selebriti itu amat berharga termasuk sehelai rambutnya.


Menurut sumber, khabarnya ada pihak yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli rambut Justin Bieber dengan harga £25,000 (RM123,600).

"Rambut tersebut juga disimpan dalam kotak kaca bersama tandatangan Justin khas buat peminatnya setianya," kata sumber.

-Sinarharian

Wednesday, March 13, 2013

Trend Berpakaian Justin Bieber Fesyen Terburuk Abad Ini

Trend Berpakaian Justin Bieber Fesyen Terburuk Abad Ini

Trend berpakaian Justin Bieber dengan seluar panjang terlondeh sehingga menampakkan seluar dalamnya dipilih sebagai trend fesyen paling buruk abad ini.


Ia berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh JonesandJonesfashion.com, kedai online yang meninjau fesyen sepanjang 13 tahun lalu.

Kaji selidik berkenaan meminta wanita memilih gaya yang seharusnya tidak wujud.

Remaja yang berseluar panjang di bawah pinggul dipilih lebih daripada seperlima responden atau 21 peratus. Mereka berkata, fesyen seumpama itu adalah kesilapan terbesar abad 21.

“Bintang pop seperti Justin Bieber menjadi contoh paling teruk dengan menggayakan fesyen seumpama itu,” kata responden.

Kajian itu juga mendapati, responden menolak beberapa fesyen lain, termasuk seluar diperbuat daripada kulit, memakai perhiasan murah dengan jumlah yang banyak dan seluar singkat (hot pants).

Penggunaan beg tangan tiruan pula dianggap sebagai gaya fesyen ‘menyedihkan’.

-Agensi

Wednesday, March 06, 2013

Ibu Justin Bieber Terkilan Anaknya Bertatu

Ibu Justin Bieber Terkilan Anaknya Bertatu

Justin Bieber kembali menghiasi tubuhnya dengan dua tatu terbaru iaitu logo daripada kumpulan hoki kesayangannya, The Stratford Cullitons pada bahagian bahu serta siri nombor dalam tulisan Roman.

Tatu terbaru Justin pada bahunya.

Bagaimanapun, ibu penyanyi berusia 19 tahun itu yang bernama Pattie Mallette tidak menyukai tindakan Justin yang ingin memenuhi tubuhnya dengan tatu.

"Sebenarnya saya kurang gemar apabila tubuh Justin dipenuhi tatu. Tetapi Justin sudah membuat keputusannya sendiri," kata Pattie kepada Entertainment Tonight.

Justin kini semakin berani mempamerkan tatu malah dia turut menunjukkannya dalam program The Late Show With David Latterman. Difahamkan Justin telah pun menghiasi tubuhnya sebanyak 10 tatu.

-mStar

Thursday, February 21, 2013

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Hasrat Justin Bieber untuk kembali bersama Selena Gomez mungkin tercapai, setelah bekas bintang Disney itu bersetuju untuk membicarakan hubungannya dengan Bieber.


Menurut Music News, Gomez sangat risau dengan tindakan liar Bieber sejak mereka berpisah.

"Dia (Gomez) sangat khuatir dengan Bieber dan semua tindakan liarnya. Bahkan pengurus Bieber, Scooter Braun telah meminta Gomez untuk bertemu dan memujuk Bieber.

"Jadi, demi memastikan Bieber meninggalkan perbuatan liarnya, Gomez kerap bersama Bieber dan memberikan nasihat," ujar salah satu sumber kepada majalah Look.

Bagaimanapun, sehingga kini, Gomez masih belum membuat keputusan sama ada mahu kembali semula atau sekadar berkawan.

-Sinarharian