Friday, July 22, 2016

7 Kelebihan Shawl Murah

7 Kelebihan Shawl Murah

Barang murah seperti shawl murah ini tak semestinya tak bagus, tidak berkualiti dan tak nampak cantik apabila dipakai.

Shawl Murah

Shawl murah memang mendapat tempat di kalangan wanita sekarang, tak kira golongan usia. Usah sempitkan mentaliti anda dengan pemilihan shawl berdasarkan harga kerana banyak persamaan yang anda boleh dapat dari kedua-dua shawl murah mahupun mahal.

Selain dari harganya yang murah, terdapat juga kelebihan lain yang anda mungkin boleh buat anda terkejut. Bahkan kalau kena padanannya, shawl murah pun mampu membuatkan anda tampil lebih fashionable. Jom ketahui kelebihan shawl murah.

1. Boleh didapati di mana sahaja

Anda tidak perlu bersesak-sesak pergi ke pusat membeli belah atau butik-butik tudung terkenal semata-mata untuk membeli shawl.

Walaupun shawl murah ini dijual di merata tempat, namun fungsinya tetap sama iaitu untuk menutup aurat.

2. Menjimatkan wang

Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Anda mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan seharian anda.

Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa kata anda bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, anda juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.

3. Tetap cantik

Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Anda perlu pandai memilih dan bergaya dengan pemilihan shawl murah.

Jika anda membeli shawl yang berjenama sekalipun, tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk menggayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga.

3. Pelbagai pilihan dan corak

Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak anda tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang anda beli turut dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama?

Pasti anda merasa menyesal bukan.

Jika anda bijak memilih dan bijak bergaya tentu ramai yang tidak dapat bezakan antara shawl murah dan berjenama.

4. Penggunaan fabrik yang sama

Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama yang anda beli turut di jual di pasar malam.

Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama sahaja.

Tidak dapat dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut lain.

5. Fesyen yang sering bertukar-tukar

Pembaziran berlaku apabila barang yang anda beli hanya dipakai untuk beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang sering bertukar ganti.

Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend bertukar-tukar, anda tidak akan merasakan ia sebagai satu pembaziran jika membeli shawl murah berbanding shawl berjenama.

6. Kepuasan yang berbeza

Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tetapi jika anda mendapat pujian yang melimpah ruah dari rakan-rakan tentang shawl yang anda gayakan walaupun harganya murah, tentu anda akan lebih berpuas hati.

7. Jumlah kuantiti yang dapat dibeli

Apabila anda membeli shawl murah, anda mungkin dapat membelinya dengan kuantiti yang lebih berbanding jika anda membeli shawl berjenama yang agak mahal, anda mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.

Jenis-Jenis Shawl
  • Chiffon Beaded Shawl
  • Cotton Shawl
  • Pashmina Shawl
  • Egyptian Shawl
  • Cotton Gypsy Shawl
  • Satin Shawl
  • Plain Shawl Swarovski
  • English Shawl
  • Knitted Shawl
  • Silk Shawl
  • Designer Shawl

Kesimpulan

Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan anggun. Tak kisah, murah ataupun mahal. Membeli dengan hasil titik peluh sendiri sekalipun sehelai shawl murah, namun ia tetap bermakna!

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: Wom

Thursday, July 14, 2016

Gaya Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Paling Digilai Masa Kini

Gaya Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Paling Digilai Masa Kini

Pompadour, fesyen rambut wanita yang namanya diambil sempena nama Madame de Pompadour, gundik Raja Louis XV, kini lebih tipis di bahagian tepi dan bersambung dengan jambang dan janggut, manakala rambut di bahagian tengah dibiarkan lebat dan beralun.

Pompadour Style

Rambut ‘Pompadour’ juga merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll 1950-an dan 1960-an, Elvis Presley adalah antara fesyen rambut yang digilai remaja lelaki masa kini.

Pakar dandanan rambut di Salon Hair Groom, Chille Wong berkata golongan lelaki kini amat sensitif dengan fesyen rambut dan sering memastikan rambut mereka sentiasa kelihatan bergaya mengikut trend semasa.

Selain ‘Pompadour’, satu lagi gaya rambut yang semakin digilai golongan remaja lelaki di negara ini ialah ‘Undercut’ kerana ia membuatkan lelaki kelihatan lebih segak dan kemas.

Undercut Style
Undercut - Michael (James Darmody).

“Undercut merupakan gaya rambut yang menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas.

"Ia adalah gaya potongan rambut klasik belah tepi dengan mempunyai garisan,” katanya kepada.

Chille menjelaskan, gaya rambut watak James Darmody yang dipegang Michael dalam siri Broadwalk Empire itu sesuai bagi lelaki yang mempunyai rambut lurus dan bergelombang dan ia juga bersesuaian untuk pelbagai acara atau majlis.

“Fesyen rambut ‘Undercut’ juga digemari ahli sukan terutama pemain bola sepak kerana kemas dan bergaya,” katanya.

Menurutnya semua gaya rambut bergantung kepada jenis rambut yang dimiliki sama ada lembut, nipis atau tebal.

Uppercut Style
Uppercut Style.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia, A.K Selvan Krishnan berkata ketika ini terdapat trend remaja lelaki lebih gemar menghabiskan masa dan duit untuk rambut yang bergaya.

Beliau berkata pelbagai gaya rambut termasuk ‘Uppercut’, ‘Undercut’ dan ‘Mohawk’ dipengaruhi bintang bola sepak serta penyanyi antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo dan Justin Bieber.

Beliau berkata fesyen rambut yang diperagakan merupakan trend semasa yang tidak mempunyai jangka masa yang tetap.

“Fesyen rambut dapat dilihat menjadi-jadi dalam kalangan remaja lelaki khususnya dalam lingkukan usia 18 hingga 25 tahun dan fesyen rambut juga bergantung pada kerjaya seseorang,” jelasnya.

Mohawk Style
Mohawk Style.

Selvan berkata fesyen rambut juga mendatangkan masalah apabila pelajar sekolah rendah dan menengah terikut-ikut dengan fesyen rambut yang popular, sedangkan ia bertentangan dengan peraturan sekolah.

“Selalunya pelajar sekolah yang memotong rambut mengikut fesyen seperti ini akan datang balik pada keesokan harinya untuk gunting semula selepas ditegur oleh guru,” katanya.

Banyak lagi fesyen rambut yang turut menarik perhatian remaja lelaki seperti Fade, Man Bun, Top Knot, Swoop dan Bed-head, dan mereka hanya perlu ‘tepuk dada tanya selera’ untuk kelihatan trendy, jelas Selvan.

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

Sumber: SH

Thursday, May 19, 2016

Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad Tudung SiComel

Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad Tudung SiComel

Instant Shawl Kupu-kupu Edisi Terhad adalah Instant Shawl Hybrid Istimewa TudungSiComel yang dijahit secara Dwi Tone menggunakan materiel Cotton Prada Original berkualiti Korea Istimewa Lembut dan Selesa.

INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD
Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad (Klik gambar).

Edisi Terhad. Hanya 40 helai sahaja dihasilkan bagi setiap warna (10 warna) untuk menjamin ianya kekal Eksklusif.

Jadi yang sempat memilikinya hanyalah Si Comel yang istimewa sahaja (^_^).

Ianya mampu membuatkan Si Comel tampak lebih kemas dan selesa namun tetap bergaya (^_^)

Bunga-bunga tepi dijahit terus dan dihasilkan khas dengan potongan istimewa kanak-kanak. Ini bagi memastikan ianya MUDAH dipakai, TIDAK PERLU menggunakan pin. Mudah dibasuh, LEMBUT dan pastinya SELESA (^_^)

Saiz

INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD [2].gif
INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD [3].gif
Klik gambar.

Instant Shawl ini dihasilkan dengan 3 saiz khas untuk Si Comel berusia 5-8 tahun, 8-12 tahun dan Ibu (Free saiz).

Bersaiz badan sederhana:
  • Size SS 5-8 tahun
  • Size S 8-12 tahun
  • Saiz Dewasa/Free saiz (TERHAD)

Cuba bayangkan sekiranya Si Comel puan menggayakannya nanti, pasti comel sangat dan pastinya ramai yang akan berkata, woww...comelnya Si Comel awak bertudung, shawl lagi tue (^_^)

Untuk melihat koleksi klik SINI

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, May 08, 2016

TudungSiComel Koleksi Terbaik Tudung Kanak-kanak

TudungSiComel Koleksi Terbaik Tudung Kanak-kanak

'Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya.'

Tudung si comel [4]

LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

TudungSiComel merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.

Sekarang ini ada pelbagai jenis tudung comel untuk kanak-kanak. Terdapat banyak gaya yang menjadi pilihan ibu bapa untuk si kecil dari segi reka bentuk, kualiti dan jenis kain.

Tudung si comel [2]

LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Anda pasti akan bersetuju bahawa kanak-kanak yang memakai tudung akan kelihatan lebih comel apabila dilindungi dengan warna-warna yang indah.

Variasi dan kombinasi tudung si comel ini biasanya berwarna-warni dan apabila dipakai oleh sikecil ianya kelihatan sangat cute.

Tudung si comel [3]

LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Adalah satu kegembiraan apabila melihat gaya dan penampilan si kecil ini. Pasti tersenyum sahaja ibubapa melihat gaya comel mereka.

Permintaan tudung comel untuk kanak-kanak semakin meningkat setiap hari. Agak sukar untuk mendapatkan kualiti yang terbaik.

Tudung si comel

LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Belikan anak anda sehelai tudung hari ini.

Mesti semakin comel sikecil anda nanti..:)

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, May 07, 2016

Koleksi Tudung Hijab Terkini SimpleHijab

Koleksi Tudung Hijab Terkini SimpleHijab

Anda sedang mencari tudung hijab terbaik, berkualiti dan murah? Kami cadangkan kedai online simplehijab.co sebagai pilihan anda untuk mendapatkannya..

Simplehijab

Pelbagai koleksi tudung hijab denga jenama seperti LOVELIA, ELOISA, CHANTAL, CLAUDYA daan CASSANDRA untuk anda pilih melalui kedai online simplehijab ini.

Menampilkan gaya tudung hijab moden dan terkini dengan harga yang ditawarkan amat bersesuaian dengan kualiti tudung hijab yang disediakan.

Simplehijab [2]

Kelebihan membeli tudung hijab melalui Simplehijab.co adalah, pihak simplehijab turut menyediakan tutorial cara untuk mengguna dan mengayakan tudung hijab agar nampak lebih cantik, kemas, selesa dan menawan.

Simplehijab [3]


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 05, 2016

Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

Tudung atau dengan nama lain scarf atau hijab merupakan pakaian yang menutup bahagian kepala wanita.

Terdapat pelbagai jenis koleksi tudung di pasaran Malaysia buat masa sekarang seperti tudung Syria, tudung bawal, tudung satin, shawl, tudung labuh dan paling baru adalah Instant Shawl.

Koleksi tudung bagi wanita sememangnya akan melengkapkan lagi pakaian selain daripada mengikut syariat Islam.

Disini kami kongsikan kepada anda laman web yang menjual tudung melalui online dengan koleksi pilihan tudung terkini dan fesyen terbaru untuk pembeli shopping kedai online.

SweetMuslimah


Laman web: SweetMuslimah.com

Produk-produk yang dibawakan SweetMuslimah adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti.

Produk-produk yang disediakan juga lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik namun bukanlah cantik yang meletop-letop.

TudungSiComel

TudungSiComel

Laman web: TudungSiComel.com

TudungSiComel merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.

BACA INI JUGA: Senarai Affiliate Terbaik Dan Lumayan Di Malaysia 2017

-SENTIASAPANAS.COM

Koleksi Shawl Terbaik Tudung Online!

Koleksi Shawl Terbaik Tudung Online!

Tudung Online merupakan butik online yang menampilkan koleksi shawl terbaik yang menggabungkan fesyen kontemporari, kesederhanaan dan kreativiti.

Tudung Online

Tudung Online menjual rangkaian koleksi shawl bukan sahaja berkualiti tinggi, malah mampu dimiliki.

Terpenting bagi Tudung Online adalah perniagaan yang patuh shariah Islam yang menuntut kaum Hawa berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.

Dilancarkan pada tahun 2013, Tudung Online menjual dan mengedar shawl serta pakaian muslimah kontemporari dan bersederhana. Namun masih mengutamakan nilai estetika dan keperluan budaya para muslimah di Malaysia.

Tudung Online juga mempunyai aspirasi untuk menjadi sebuah perniagaan online, mengetengahkan nilai-nilai Islamik sejati serta mengambil kira kualiti tanpa mengenepikan fesyen terkini.

Tudung Online juga amat menekankan serta mengamalkan sistem jual beli dan pelaburan berlandaskan ajaran Islam.

Tudung Online [2]

Setiap shawl yang dipilih untuk diperagakan oleh Tudung Online semestinya memberikan kesan elegan, keselesaan dan menepati citarasa fesyen muslimah kontemporari yang terkini.

Semoga perjalanan anda ke Studio Muslimah, pasti memberi 1000 manfaat kepada diri anda serta insan-insan yang mendampingi anda.

InsyaAllah.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, May 04, 2016

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk yang disediakan juga lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik namun bukanlah cantik yang meletop-letop.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Semua produk muslimah yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti yang ditetapkan dan hanya produk terbaik dipasaran khusus dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

SweetMuslimah juga menyediakan Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

Koleksi Tudung SweetMuslimah


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Koleksi ini adalah bagi membantu pelanggan SweetMuslimah mendapatkan tudung yang terkini dari pelbagai jenama secara MUDAH dan Selamat.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM