Thursday, March 20, 2014

Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Setiap tahun, ekuinoks musim bunga bermula pada 20 Mac atau 21 Mac. Menariknya, salah satu dari hari tersebut dikatakan akan berlaku fenomena pelik di mana semua orang boleh mengimbangi telur sehingga berdiri tegak, tanpa bantuan ahli silap mata!

Hari Telur Berdiri

Justeru, bagi anda yang ingin mencuba, nantikan tarikh tersebut yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Tapi sebelum itu, ada baiknya anda menyediakan beberapa biji telur terlebih dahulu. Jenis telur, sama ada telur ayam, puyuh atau itik, semua boleh digunakan.

Dengan syarat, telur tesebut mestilah mentah, segar dan tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Apabila tiba harinya nanti, cubalah tegakkan telur-telur tersebut. Kalau tidak berjaya, jangan berputus asa kerana kejadian alam semesta ini berlaku setiap tahun.

Begitulah yang selalu dihebohkan apabila ekuinoks musim bunga bakal tiba. Sebenarnya, fenomena telur berdiri sudah menjadi bahan bualan sejak zaman dahulu kala lagi.

Sejarawan Itali, Girolamo Benzoni, pernah menulis tentang 'Telur Columbus' dalam bukunya, History of The New World, yang diterbitkan pada tahun 1565.

Telur Columbus menceritakan tentang kemampuan Christopher Columbus mengajar cara mendirikan telur tanpa memegangnya.

Suatu hari, beliau menghadiri sebuah acara jamuan makan untuk menerima penghargaan di atas pencapaian hebat menemui dunia baru.

Tiba-tiba datang seorang lelaki melecehkan penemuan itu dengan mengatakan sesiapapun boleh mendakwa perkara yang sama.

Terusik dengan kata-kata sedemikian. Columbus mencabar para hadirin untuk membuat telur berdiri tanpa memegangnya. Ramai yang mencuba, tetapi gagal!

Dia kemudian menunjukkan caranya dengan mengambil sebiji telur dan memecahkan sedikit bahagian bawahnya. Lalu, telur itu diletakkan di atas meja dan ia pun berdiri tanpa dipegang.

Ekuinoks
Matahari dikatakan berada tepat diatas Khatulistiwa Bumi.

Mungkin pada zaman itu, Columbus masih belum mengetahui tentang adanya fenomena telur berdiri. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya idea berkenaan mungkin telah memberi ilham kepada orang terdahulu sehingga akhirnya kejadian alam semesta ini diketahui ramai.

Orang Cina dikatakan telah memulakan perbuatan mengimbangi telur sebelum dipopularkan di Barat. Ia dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina.

Berlaku setahun sekali iaitu pada tahun baru lunar dalam masyarakat Cina dan ekuinoks musim bunga di Barat. Dipercayai, pada saat itu semua telur boleh berdiri jika ditegakkan.

Sejauh mana kebenarannya, ilmuwan belum mencapai kata sepakat mengenai kejadian unik ini. Ertinya, ada ilmuwan bersetuju manakala ada juga yang menganggap ia hanya satu perbauatan mengimbangi, tiada kena-mengena dengan ekuinoks musim bunga.

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.

Lup Choon  - Fenomena Telur Berdiri [2]
Terpegun melihat telur berdiri.

Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.

Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.

Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.

Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.

Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.

Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.

Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!

Lup Choon  - Fenomena Telur Berdiri [3]
Kesabaran sangat penting.

Tambahnya lagi, jika seseorang tidak sabar, jumlah telur yang boleh ditegakkan adalah sangat rendah atau mungkin langsung tidak berjaya.

Bagaimanapun, Ghigo tetap mengakui bahawa peratusan telur yang dapat diseimbangkan dengan lebih baik hanya pada hari ekuinoks musim bunga.

Maka beliau berpendapat, hari ekuinoks ialah waktu terbaik untuk mendirikan telur tanpa memegangnya.

BACA INI JUGA: Telaga Ajaib Yang Sangat Menakjubkan Di Portugal

-Sentiasapanas.com

Friday, October 26, 2012

248 Tahun Untuk Mengelilingi Matahari

248 Tahun Untuk Mengelilingi Matahari

Tidak banyak fakta yang diketahui saintis mengenai planet Pluto. Pluto mempunyai empat bulan, Charon, Nix, Hydra dan P4. Bulan yang terakhir disebut P4 kerana baru ditemui. Nama rasminya ialah "Cerberus".

Dwarf planets

Pluto merupakan salah satu tempat paling sejuk diantara 9 planet dalam kumpulan sistem suria kita. Suhu permukaannya sekitar -225 darjah selsius. Saintis mengandaikan planet Pluto terdiri dari 70 peratus batu dan 30 peratus permukaannya diliputi oleh gas nitrogen.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari.

Orbit Pluto tidak seperti lapan planet lain. Orbitnya sangat elips dan mempunyai jarak sekitar 5.87 juta kilometer dari matahari. Ada masanya Pluto berada pada posisi lebih dekat ke Bumi dibandingkan Neptune, planet kelapan.

Ketika pertama kali ditemui pada tahun 1930, Pluto diyakini lebih besar daripada Merkuri (Utarid) dan mungkin lebih besar daripada Bumi. Ketika ini, Pluto berdiameter 1.352 kilometer, 20% lebih kecil daripada Bumi.

Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Wednesday, October 17, 2012

Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi!

Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi!

Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.

Planet PH1

Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.

PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.

Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.

"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.

Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.

Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.

Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.

Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com