Thursday, March 26, 2015

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Tanda tanya tentang punca kecelakaan pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa masih kabur kerana ia berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Pilot Panic

Namun menurut pakar, berdasarkan bukti dari suara perakam yang berjaya ditemui, salah seorang juruterbang gagal untuk masuk semula ke dalam kokpit setelah keluar sebentar akibat pintu terkunci.

Memetik laporan The New York Times, permulaan perjalanan tidak menampakkan sebarang masalah dan salah seorang pakar yang melakukan siasatan dari perakam, menyifatkannya sebagai ‘lancar’.

Namun demikian, pada satu masa, perakam audio berjaya merekodkan salah seorang dari juruterbang meninggalkan kokpit dan gagal untuk masuk semula.

“Individu di luar mengetuk secara perlahan, namun tiada tindak balas dari dalam.

“Dia kemudiannya mengetuk pintu itu secara kuat dan masih tiada jawapan,” ujar salah satu sumber.

Individu tersebut kemudiannya cuba memecahkan pintu untuk masuk kembali ke dalam kokpit.

Walau bagaimanapun, ketika banyak pihak mengandaikan teori tersebut bakal merungkai misteri pesawat tersebut terhempas, ia membangkitkan lebih banyak persoalan.

“Kami masih belum mengenalpasti sebab individu tersebut keluar dari kokpit. Namun pada saat-saat terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas, kami pasti seorang lagi juruterbang hanya mengendalikan pesawat secara berseorangan dan tidak membuka pintu.”

Lantas ia menjadikan misteri tersebut semakin kompleks dan memerlukan masa untuk terjawab.

Tambahan pula, mana-mana pihak masih gagal mendapat jawapan tentang aktiviti seorang lagi juruterbang sejurus sebelum pesawat menjunam.

Pesawat malang yang dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf, Jerman terhempas di Pergunungan Alps, Perancis hingga mengorbankan kesemua 150 penumpang termasuk kru.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Wednesday, March 25, 2015

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, disahkan sebagai tidak benar.

Bayi-duyung

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari berkenaan, seperti yang didakwa oleh berita palsu tersebut.

Beliau menyatakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial adalah palsu.

Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari tersebut, jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar katanya.

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, March 24, 2015

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Selepas tragedi pesawat Airbus A320 milik Air Asia terhempas di Laut Java, Indonesia bulan lalu, Airbus A320 sekali lagi terbabit dalam malapetaka apabila pesawat jenis itu milik Syarikat Penerbangan Jerman terhempas di Selatan Perancis sebentar tadi.


Gambar hiasan.

Pesawat Airbus A320 yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal tersebut dilaporkan terhempas di daerah Digne, selatan Perancis semasa dalam penerbangan ke Dusseldorf, Jerman dari Bacerlona, Sepanyol.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Perancis mengesahkan pesawat terbabit terhempas di kawasan pergununang Alps Perancis.



BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

Sumber: MYKMU.NET

Thursday, March 19, 2015

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengumumkan kenaikan itu hari ini (19/3/2015) berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

BACA INI JUGA: SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

Sumber: Sinarharian.com.my

Friday, March 13, 2015

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah ke sekolah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman maksimum RM300 dalam Op Roda yang mula dilancarkan di seluruh negara.

Op-Roda-2015
Gambar hiasan.

Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian selain melanggar undang-undang lalu lintas akan berdepan hukuman berat.

Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

Polis juga akan menyita motosikal selain mengeluarkan saman maksimum, RM300 kepada ibu bapa.

Polis juga mengingatkan agar pemilik motosikal tidak membenarkan kenderaan mereka ditunggang individu yang tidak mempunyai lesen.

PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015

Pemilik motosikal perlu memastikan kenderaan mereka:
  1. Dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.
  2. Pemilik motosikal juga bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen menunggang.
  3. Operasi ini termasuk dijalankan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu menggunakan kenderaan ini
  4. Polis akan mengadakan operasi untuk menyita motosikal sehingga pemilik motosikal tampil di balai untuk menuntut kenderaan mereka.

Kompaun maksimum RM300

Sepanjang tempoh operasi ini, polis akan mengenakan saman trafik dengan bayaran kompaun maksimum RM300 tanpa pengurangan.

Tindakan tegas dan operasi berkenaan ini dijalankan selepas penunggang motosikal menjadi penyumbang utama pada kadar kematian iaitu 61 peratus atau 122 kematian dalam Op Selamat 6 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kemalangan di jalan bandaran berjumlah 7,591 kes iaitu meningkat sebanyak 835 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, jalan persekutuan 3,554 kes (meningkat 519 kes), jalan negeri 3,187 kes (meningkat 439), lebuh raya 2,119 kes (meningkat 673).

Perangkaan kemalangan sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini juga mendapati bahawa mangsa berbangsa Melayu mencatat kematian tertinggi dengan 94 orang, diikuti Cina (41), India (31), bangsa lain (22) manakala warga asing 11 orang.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Sunday, March 08, 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik, 55, pelakon dan pelawak terkenal, meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak, jam 5 petang, 8 Mac 2015.

Harun Salim Bachik

Berita itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi untuk mengesahkan kesahihan khabar duka tersebut.

Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Al-Fatihah..

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Sumber: Berita Harian Online