Friday, May 03, 2013

Wanita Dalam Video 'Panas' Mustafa Ali Adalah Isterinya?

Wanita Dalam Video 'Panas' Mustafa Ali Adalah Isterinya?

Setelah hampir tiga minggu dilanda konstrovesi berhubung video yang dikaitkan dengan dirinya, setiausaha agung PAS akan menjawab perkara berkenaan malam ini di Marang, Terengganu.


Kenapa Mustafa memilih malam ini yang kira-kira sehari sebelum rakyat Malaysia membuang undi? Sedangkan beliau mempunyai masa yang panjang sebelum ini untuk menjelajah seluruh negara untuk menerangkan perkara sebenar. Lagi persoalan yang ditimbulkan kenapa beliau tidak membuat laporan polis sehingga kini jika beliau mengatakan video itu fitnah?

Memilih hari ini sebagai hari untuk membuat penjelasan supaya pembohongannya tidak sempat dijawab oleh pihak yang mendedahkan perkara tersebut. Apabila tidak sempat dijawab atau disanggah, beliau berharap orang akan percaya kata-katanya.

Strategi 48 atau 24 jam terakhir sudah tidak relevan di zaman sekarang dimana segala berita akan tersebar dengan pantas. Di zaman pilihanraya dulu-dulu mungkin sesuai.

Mengikut maklumat dari sumber dalaman PAS, antara perkara yang akan dilakukan Mustafa Ali malam ini,
  • Beliau akan mengumumkan bahawa wanita dalam video berkenaan adalah isterinya dan menunjukkan surat nikah yang tarikhnya back dated. Surat nikah berkenaan diperolehi di Thailand yang diruskan oleh Husam Musa.
  • Isteri Mustafa Ali akan turut serta dalam majlis berkenaan dan mengatakan apa yang berlaku terhadap suaminya adalah fitnah.
  • Mustafa Ali akan bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak mengikut cara sumpah yang sebenar.

Kita tunggu dan lihat setakat mana mereka mampu untuk menipu rakyat Malaysia bagi menutup kebenaran dan menegakkan pembohongan PAS.

[Sumber]

Thursday, May 02, 2013

Gempar! Saiful Bukhari Sumpah Laknat Depan Kaabah!

Gempar! Saiful Bukhari Sumpah Laknat Depan Kaabah!

Saiful Bukhari mengakui bapanya, Azlan Mohd Lazim telah dihasut membuat kenyataan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan hari ini mendedahkan sebuah klip video beliau membuat sumpah laknat kedua di tempat suci umat Islam Kaabah. Saiful berkata sangat jelas bapanya dihasut kerana individu yang mengatur sidang media tertutup tersebut adalah pemimpin PKR Datuk Johari Abdul.

Gempar! Saiful Bukhari Sumpah Laknat Depan Kaabah!

“Bukankan jelas, individu yang mengatur sidang media tertutup tersebut adalah pemimpin PKR Datuk Johari.

“Saya tidak tahu siapa yang menghasut bapa saya tetapi yang jelas pemimpin parti tersebut yang rapat dengan bapa saya,” kata Saiful dalam satu sidang media di Hotel The Club, Bandar Utama di sini.

Semalam Azlan, 60, dalam satu sidang media telah menarik kenyataan maafnya kepada Anwar sekeluarga yang dibut pada 8 Mac lalu serta mengakui telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian, malah Johari ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata rakyat boleh menilai sendiri sama ada dua beranak tersebut bercakap benar ataupun tidak.

Saiful berkata beliau lega dan bersyukur kerana bapanya sudah menyedari kesilapan yang dilakukan, serta mempertahankan kes liwat yang melibatkan dirinya dengan Anwar adalah benar dan bukan satu konspirasi politik.

“Saya bersyukur dan lega ... ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kes liwat Anwar dan saya adalah benar, ia bukan satu konspirasi,” kata Saiful lagi.

Sejurus selepas itu, Saiful menayangkan satu klip video yang direkodkan di Mekah menunjukkan beliau melafaz sumpah laknat buat kali kedua yang dilakukan pada bulan April tahun lepas semasa mengerjakan Umrah.

“Selepas saya membuat sumpah dihadapan Kaabah, saya rasa amat lega dan hilang segala tekanan yang saya hadapi selama ini.

“Saya mengakui selepas keputusan di mahkamah lalu, saya tidak tenang dan kecewa ... akhirnya saya mengambil keputusan untuk menenangkan diri ke Mekah,” tambah beliau lagi.

Pada 8 Mac lalu, The Malaysian Insider melaporkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sejurus selepas itu, Azlan pada 11 Mac dengan rasminya menghantar borang keahlian untuk menyertai PKR bagi bersama-sama parti tersebut untuk berkempen pada pilihan raya umum ke-13.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Tonton video sumpah laknat Saiful


Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

[Sumber]

Wednesday, May 01, 2013

Mustafa Ali Sedia Berbogel Bukti Video Seks Palsu

Mustafa Ali Sedia Berbogel Bukti Video Seks Palsu

Setelah gagal mengadakan upacara sumpah laknat di Masjid Rusila minggu lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memaklumkan kepada semua media yang beliau akan mengadakan sidang media khas Jumaat ini (3 Mei 2013) untuk menjelaskan dakwaan video seks yang dikaitkan dengannya.

Mustafa Ali

Maklumat dari sumber dalam PAS menyebut, tindakan ini dibuat setelah beliau melihat, identiti rakan wanitanya dalam video tersebut juga telah disebarkan, termasuk alamat rumah, nombor kereta dan sebagainya di Internet.

Katanya kepada seorang kenalan rapat, “kalau aku seorang yang menghadapi dakyah ini tidak mengapa, tapi bila dah membabitkan orang lain, maka aku perlu tampil menjelaskan keadaan”.

Laman ini dapat merasakan tekanan yang maha hebat ke atas Mustafa sekarang. Beliau khabarnya bukan sahaja diserang dari luar, malah turut diserang dari dalam dalam PAS sendiri. Seperti yang kita semua sedia maklum, memang ada kelompok dalam PAS yang mahu melihat Mustafa disingkirkan.

Sehinggakan ada sumber menyebut Mustafa sedia berbogel untuk membuktikan bahawa video tersebut adalah palsu dan dia bukan lelaki dalam video tersebut – sampai ke tahap itu sekal iltizamnnya untuk membersihkan nama!!

BACA INI JUGA: Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan Tuduhan Skandal Dengan Isteri Orang!

Tuesday, April 16, 2013

Giliran Harakahdaily Pula Kena Saman

Giliran Harakahdaily Pula Kena Saman

Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily agar memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Pas.


Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

-Sinarharian

Friday, April 12, 2013

Video Skandal Seks Setiausaha PAS Wayang UMNO?

Video Skandal Seks Setiausaha PAS Wayang UMNO?

Semakin dekat tarikh pilihanraya dan penamaan calon 2013 bakal diadakan, semakin banyak berita-berita politik yang keluar dari kedua-dua belah pihak. Dan berita terkini, dipercayai satu video seks mirip seorang pemimpin tertinggi pembangkang dipercayai telah tersebar.


Cerita pasal video liwat Anwar Ibrahim bersama mahasiswa yang masih belum tamat, datang pula satu lagi video seks yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Parti PAS iaiti Mustafa Ali bersama dengan seorang wanita yang dipercayai berketurunan Indonesia. Lihat gambar-gambar di bawah.


Kami serahkan pada anda untuk menilai gambar-gambar dari video di atas.

[Sumber]

Thursday, April 11, 2013

Kenapa Janji Pakatan Turunkan Harga kereta Satu Pembohongan?

Kenapa Janji Pakatan Turunkan Harga kereta Satu Pembohongan?

PR menuduh BN tiru mereka. BN pun turut sama menuduh kononny PR tiru mereka. Sebenarny tiada siapa tiru siapa?


Aku akan buktikan pada anda segala maklumat ini saya perolehi dari blog Rafizi dan juga dari MOF (Ministry of Finance).

Negara memperolehi pendapatan daripada: (Aku bercakap dalam situasi kerajaan sekarang);

1) Duti Eksais
2) Penjualan AP ( Bagi kereta import)

Sekarang mari kita lihat bagaimana Strategy Rafizi: (Boleh rujuk pada Blog dia disini).

Strategy PR:
  1. Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
  2. Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP.
  3. Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.

Strategy BN:
  1. Menurunkan Duti Eksais sebayk 20 - 30 % secara berperingkat.
  2. Mengekalkan penjualan AP (Bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan).

Dari kedua-dua strategy ini, sudah jelas beza yang ketara antara keduanya. Mari kita lihat impak kepada rakyat dan negara bagi kedua-dua strategy ini:

Pakatan Rakyat (Rafizi) vs BN

1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebyk RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebyk 4 %.

2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat-peringkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut:

(Dalam unit billion)
  • 2013: 7.0
  • 2014: 7.3
  • 2015: 7.6
  • 2016: 7.9
  • 2017: 8.2
  • 2018: 8.5
  • 2019: 8.9
  • 2020: 9.2

2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10,000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelong AP dengan harga bermula RM 10,000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan Import. Dan hanya mereka yang berduit sahaja akan membida AP dengan harga yang mahal.

2.2) Menurut beliau juga, pendapatan dari lelongan AP inilah yang digunakan secara maksimum untuk 3 tahun pertama (2013-2015).

**Boleh rujuk blog beliau

2.3) Beliau juga sedar bahawa, dengan lelongan AP juga masih tidak mampu mengatasi defisit yang ada. Oleh itu, beliau mencadangkan suntikan modal sebanyak RM2 billion untuk 2 tahun pertama (2013 - 2014) dan 1 billion (2015 - 2017).

Persoalannya, dari mana sejumlah wang ini akan diperolehi?

3) Amat malang sekali, pengiraan secara kasar Rafizi adalah silap. Beliau hanya menunjukkan aliran tunai positif untuk 5 tahun pertama. Namun aliran tunai selepas itu sebenarnya adalah negatif. Dari jumlah angka yang ditunjukkan pun sebenarnya telah menuju ke arah defisit. Malah pengiraan beliau juga tidak tepat. Mari kita sama-sama rungkaikan.

4) Berikut adalah formula pengiraan aliran tunai

4.1) Income
  1. Pendapatan dari lelongan AP ( rujuk 2.1) +
  2. Peruntukan tahunan (rujuk 2.2) +
  3. Cukai tambahan dari domestic consumption (Rujuk blog Rafizi)

4.2) Kehilangan duti eksais secara berperingkat selama 5 tahun
  1. 2013: 1.4 ( - 20% x Total duti eksais)
  2. 2014: 2.9 ( - 40% x Total duti eksais)
  3. 2015: 4.5 ( - 60 % x Total duti eksais)
  4. 2016: 6.3 ( - 80% x Total duti eksais)
  5. 2017: 8.2 ( - 100% x Total duti eksais)
  6. 2018: 8.5 ( - 100% x Total duti eksais)
  7. 2019: 8.9 ( - 100% x Total duti eksais)
  8. 2020: 9.2. ( - 100% x Total duti eksais)

** dalam unit billion

4.3) Aliran tunai

(4.1) - (4.2)=
  • 2013: 2.88
  • 2014: 1.648
  • 2015: -0.70272
  • 2016: -4.1792384
  • 2017: -5.78900992
  • 2018: -5.8365703168
  • 2019: -5.897233129472
  • 2020: -5.97152245465088

**Dalam unit billion

Mari kita lihat Manifesto BN

1) Saya mengambil secara minima dan kasar. Katakanlah kerajaan menurunkan duti eksais sebyk 30% pada tahun pertama dan seterusnya (ini situasi yang paling teruk).

Total pendapatan negara:

(70% x Duti Eksais dari tahun berkenaan + penjualan AP).

** Penjualan AP setiap tahun secara purata adalah 66608 unit.

(rujukan dari blog pembangkang http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/isu-cukai-kereta-rm8-billion-akan.html)

Maka, aliran tunai negara dari 2013-2020 adalah:
  • 2013: 5.566
  • 2014: 5.762
  • 2015: 5.96584
  • 2016: 6.1778336
  • 2017: 6.398306944
  • 2018: 6.62759922176
  • 2019: 6.8660631906304
  • 2020: 7.11406571825562

**Dalam unit billion


Kesimpulan

1) Pada tahun 2020, pendapatan negara (BN) adalah RM 7.11 billion. Tetapi jika PR memerintah, pendapatan kita adalah defisit sebyk RM - 5.9 billion.

Adakah Rifizi tersalah tekan kalkulator?

Adakah Rafizi tertinggal angka @ Nilai seperti mana LGE?

Kenapa dalam blog dia hanya menunjukkn unjuran aliran tunai bagi 5 tahun saja. Cuba tunjukkn tahun ke 6.

2) Duti Eksais yang di perolehi oleh kerajaan hasil dari pembelian kereta import, maka keuntungan pendapatan yang diperolehi akan di manfaatkan kepada rakyat. Tetapi, jika PR memerintah, Defisit kerugian akan ditanggung oleh rakyat untuk manfaat kerajaan Pakatan Rakyat.

3) Niat Rafizi itu baik untuk memberi harga kereta yang murah kepada rakyat dengan menghapuskan duti eksais. Tetapi dengan menggunakan lelongan AP itu juga sebenarnya membebankan rakyat.

Saya bukanlah berlatar belakangkan bidang ekonomi @ sewaktu dengannya. Saya cuma lakukan basic calculation dalam masa 1 jam untuk memahami manifesto kedua-dua pihak. Dan saya rasa, anda semua boleh faham apa yang saya faham.

Oleh itu, terungkailah pembohongan Pakatan Rakyat hasil kerja saya selama 1 jam terhadap strategy penurunan harga kereta yang dicipta oleh pakatan rakyat selama 2 tahun itu.

Undi di tangan anda. Jangan sampai kena tipu. (^_^))

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Wednesday, April 10, 2013

Tolong Jangan Panggil Anwar Al-Juburi

Tolong Jangan Panggil Anwar Al-Juburi

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohd. Kazim Elias adalah antara penceramah yang sering dilabel serta difitnah ulama kerajaan hanya kerana beberapa siri ceramahnya yang dikatakan TIDAK SENADA dengan parti pembangkang.


Untuk lebih adil, apa kata kita renung sejenak petikan ceramahnya baru-baru ini yang menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam ceramah itu juga ada bahagian menarik untuk kita renungkan bersama.

Antaranya;

”Saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Anwar Al-Juburi, saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Rosmah Puaka, saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Najib Altantuya, saya tak suka tuan-tuan guna perkataan Pok Nik!.



”Cubalah berpolitik dalam perkataaan yang baik...serban pakai, jubah pakai tapi mulut tak terpakai...ingat, memaki sesama Islam adalah fasik!,” tegasnya.

-Mynewshub