Friday, May 03, 2013

Wanita Dalam Video 'Panas' Mustafa Ali Adalah Isterinya?


Setelah hampir tiga minggu dilanda konstrovesi berhubung video yang dikaitkan dengan dirinya, setiausaha agung PAS akan menjawab perkara berkenaan malam ini di Marang, Terengganu.


Kenapa Mustafa memilih malam ini yang kira-kira sehari sebelum rakyat Malaysia membuang undi? Sedangkan beliau mempunyai masa yang panjang sebelum ini untuk menjelajah seluruh negara untuk menerangkan perkara sebenar. Lagi persoalan yang ditimbulkan kenapa beliau tidak membuat laporan polis sehingga kini jika beliau mengatakan video itu fitnah?

Memilih hari ini sebagai hari untuk membuat penjelasan supaya pembohongannya tidak sempat dijawab oleh pihak yang mendedahkan perkara tersebut. Apabila tidak sempat dijawab atau disanggah, beliau berharap orang akan percaya kata-katanya.

Strategi 48 atau 24 jam terakhir sudah tidak relevan di zaman sekarang dimana segala berita akan tersebar dengan pantas. Di zaman pilihanraya dulu-dulu mungkin sesuai.

Mengikut maklumat dari sumber dalaman PAS, antara perkara yang akan dilakukan Mustafa Ali malam ini,
  • Beliau akan mengumumkan bahawa wanita dalam video berkenaan adalah isterinya dan menunjukkan surat nikah yang tarikhnya back dated. Surat nikah berkenaan diperolehi di Thailand yang diruskan oleh Husam Musa.
  • Isteri Mustafa Ali akan turut serta dalam majlis berkenaan dan mengatakan apa yang berlaku terhadap suaminya adalah fitnah.
  • Mustafa Ali akan bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak mengikut cara sumpah yang sebenar.

Kita tunggu dan lihat setakat mana mereka mampu untuk menipu rakyat Malaysia bagi menutup kebenaran dan menegakkan pembohongan PAS.

[Sumber]

3 comments

  1. Iskkk Iskkk...kita tunggu jee...

    ReplyDelete
  2. Blog dungu...menyesal aku baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah memberikan kita semua petunjuk dan hidayah..amiin

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon