Saturday, March 23, 2013

Sekali Lagi Nurul Izzah Hina Anggota Polis!

Sekali Lagi Nurul Izzah Hina Anggota Polis!

Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!!! Itulah antara perumpamaan yang sering digunakan oleh masyarakat kita, bagi mengambarkan persamaan sifat dan perwatakan antara seorang bapa dan anak. Contohnya sekiranya bapanya merupakan seorang penipu, penyamun, penyangak, peliwat, penzina dan sebagainya (tidak ditujukan kepada sesiapa) sedikit sebanyak perangai buruknya itu akan diwariskan kepada anaknya.


Dan ternyata perumpamaan itu amat tepat dan sesuai sekiranya dibuat perbandingan antara sifat Anwar dengan anak kesayangannya itu. Ini kerana acapkali dua beranak ini dilihat mencabuli hak dan kebebasan bersuara yang diberikan dengan mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina.

Sebagai salah seorang Naib Presiden di dalam sebuah parti ‘Anak Beranak’ yang dikenali sebagai PKR, Nurul Izzah ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan sikap kurang ajar.

Berucap di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah pada 20 Mac yang lalu, Nurul Izzah mengatakan bahawa polis di negara tidak mempunyai kerja lain selain mengintip para pimpinan pakatan pembangkang.

Atau dalam bahasa mudah, dia mengatakan bahawa pencerobohon bersenjata yang diketui oleh Kiram di Sabah adalah disebabkan kerana pasukan polis terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mengintip pergerakan Anwar sehingga gagal menjaga perairan negara.

Tak habis-habis mereka di kalangan pembangkang khususnya PKR cuba menarik perhatian rakyat dari terus memberikan perhatian dan simpati terhadap tragedi berdarah yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara itu.

Sandiwara, konspirasi, kematian polis dan tentera di Sabah tidak syahid dan berbagai-bagai lagi kenyataan bodah lagi biadap telah dikeluarkan mereka, yang bertujuan untuk menghina dan merosakkan intergriti pasukan beruniform itu.

Namun, apabila menyedari ketelanjuran yang telah dilakukan itu, dia dengan pantas menafikan, kononnya kenyataan itu telah diputar belitkan oleh media. Sedangkan semua mereka yang hadir pada program ceramah itu, mendengar jelas setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

Nampaknya, perangai seorang PENIPU dan suka memutar belitkan fakta ini sudah menjadi kebiasaan dan sebati dengan dirinya. Contohnya, tentu ramai yang masih ingat kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, yang suatu ketika dahulu mahu agar rakyat negara ini diberikan hak kebebasan dalam memilih agama dan tidak terkecuali kepada bangsa Melayu dan mereka yang telah beragama Islam.

Apabila ia mendapat bantahan dari majoriti rakyat, dia segera menyalahkan media dan Umno yang kononnya cuba memfitnah dirinya. Sedangkan apabila diteliti semula rekod rakaman kenyataan tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud menyokong ideologi ‘Pluralisme’ (kesamarataan dalam agama).

Inilah yang dikatakan perangai yang saling tidak tumpah dengan bapanya yang sering meletakkan kesalahan kepada media yang hanya melaporkan berita berdasarkan konsep jurnalisme ‘5W-1H’ (who, what, where, when, whay dan how).

Namun apabila satu-satu laporan berita yang dikeluarkan oleh wartawan tersebut tidak menepati citarasa dan kehendak mereka, istilah saman akan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengugut para petugas media.

Strategi mereka mudah, iaitu menakut-nakutkan para wartawan agar mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang laporan. Maka dengan itu, pendekatan pakatan pembangkang untuk terus memperbodohkan masyarakat dengan isu fitnah apabila berceramah akan tercapai.

Kesimpulannya, apabila tiada sebarang laporan berita yang dikeluarkan, Anwar dan para pencacainya akan mengatakan, Umno/BN telah mencabuli hak kebebasan media dengan tidak memberikan sebarang liputan berkenaan program pembangkang.

Namun di masa yang sama, apabila para wartawan cuba melakukan tugas selari dengan prinsip dalam menunaikan tanggungjawab dan hak masyarakat untuk mengetahui kebenaran, mereka akan diugut dengan tindakan undang-undang.

Sungguh pelik ‘Hak Kebebasan Media’ yang ingin diperjuangankan oleh pakatan pembangkang ini. Semoga rakyat yang bijak di negara ini dapat menilai agenda buruk dan sonsang yang cuba diterapkan oleh pakatan pembangkang.

You ulang, I saman!!!!!

[Sumber]

Wednesday, March 20, 2013

Menurut Ustaz Azhar Idrus, Kita Boleh Menghasut Jika Untuk Kebaikan

Menurut Ustaz Azhar Idrus, Kita Boleh Menghasut Jika Untuk Kebaikan

Ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.


Jika diamati ‘fatwa songsang’ pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan ‘fatwa songsang’ mengemparkan umat Islam seperti ‘mengundi Pas masuk syurga’ dan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’.

Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas’ dan sebagainya.

Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan.

Para peminat cerita barat, pasti pernah mendengar nama watak Robin Hood, seorang penyamun dan perompak yang diangkat sebagai tokoh kerana membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi moral, benar tindakan tersebut boleh dikatakan terpuji, namun sekiranya berlandaskan hukum ia TETAP berdosa dan satu perbuatan yang tercela. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menguna pakai kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’, kerana ia merupakan salah satu pendekatan ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan seruan Islam itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ‘Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya’

Bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi Muhammad S.A.W : Iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W ditanya : Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya. ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada di samping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar.

Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.

Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.

Sumber rujukan al-Quran dan Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

[Sumber]

Wednesday, March 13, 2013

Tahukah Anda Maksud Logo Dan Warna Bendera PKR?

Tahukah Anda Maksud Logo Dan Warna Bendera PKR?

Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.


Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (Rakyat) ini,” katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.


“Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

“Sebagai seorang mualaf, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad S.A.W. berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah,” katanya.

–BERNAMA

Tuesday, March 12, 2013

Wikileak Dedah Rancangan Nur Misuari Serang Sabah Pada 2007!

Wikileak Dedah Rancangan Nur Misuari Serang Sabah Pada 2007!

Satu komunikasi dari Embassy USA di Manilla ke State Department di Wahington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileak.


Dalam komunikasi tersebut adalah mengenai perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan dia bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu.

Wikileak mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.


Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

Baca sepenuhnya petikan dari komunikasi sepenuh SINI yang mana tersebut rancangan menyerang Sabah dan hubungan kembali dengan Awnar:

---------------------
Dreaming of Sabah...?
---------------------

¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a

MANILA 00001534 002 OF 002

strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once commented to MG Dolorfino that when the timing was right, "the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7 a.m." Misuari has also reportedly claimed that he personally was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's detention house on March 14. Kiram attended the March 18 MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only "true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to Kiram's chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino. During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had no intention of getting involved in Malaysia's internal affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace Panels reached an ancestral domain agreement.

BACA INI JUGA: Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa?

Sumber: Theunspinners

Sunday, March 10, 2013

PKR Nafi Bapa Saiful Dibayar RM1 Juta

PKR Nafi Bapa Saiful Dibayar RM1 Juta

Sambil menafikan PKR membayar RM1 juta kepada bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat pendedahan mengejutkan semalam, seorang pemimpin kanan parti itu yang didakwa mendalangi perkembangan itu menegaskan, beliau "bangga" kerana dapat membantu parti dan pemimpinnya.

Azlan Mohd Lazim.

"Ya, saya mengaku saya terlibat, saya yang menguruskan... saya bangga. Jadi apa isunya?

"Sebab saya pemimpin parti, memang saya bangga kerana dapat membantu parti dalam menghadapi situasi seperti ini... bapa Saiful datang jumpa kami, kami menyambut," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi.

Pemimpin pusat PKR itu diminta mengulas dakwaan beberapa media khususnya blog pro-Umno bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu membayar RM1 juta kepada Azlan Mohd Lazim untuk mengatakan pihak-pihak tertentu mendalangi strategi untuk memerangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat dipenjarakan buat kali kedua di bawah kes meliwat.

Anwar bebas daripada tuduhan 9 Januari 2012. Kes itu kini berada di peringkat rayuan.

Pagi semalam, Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa kes liwat kedua melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau.

Mengulas lanjut, Johari berkata, pihaknya tidak ada wang untuk membayar pihak-pihak tertentu.

"Saya tidak ada duit. Pengundi di kawasan saya tahu saya. Kami pun tidak akan berbuat demikian, bagi duit. Mungkin Umno dan mereka yang menyokong Umno beranggapan bahawa segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan wang.

"Tetapi kita kena ingat bahawa kesedaran diri untuk menyatakan kebenaran tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," katanya.

Johari menambah: "Bapa Saiful sendiri datang kepada kami bersama beberapa orang dan menyatakan hasrat mahu mendedahkan pengakuan beliau dan mahu bertemu dengan Datuk Seri Anwar."

"Beliau tidak mengenakan apa-apa syarat. Beliau tidak minta duit, jawatan atau apa-apa... cuma beliau kata beliau merasakan ada benda yang perlu didedahkan selepas mengetahui apa yang berlaku membabitkan anaknya, sepanjang lima tahun lalu," kata beliau.

Johari seterusnya berkata: "Jika Umno merasakan kami membayar bapa Saiful RM1 juta, apakah kami juga bayar bekas pegawai kanan tentera yang menyertai PKR baru-baru?"

"Apakah kami juga bayar ahli-ahli yang menyertai PKR sejak 1998, sejak reformasi... saya nak tanya. Ingat, kesedaran diri tidak boleh dibayar dengan duit," katanya lagi.

Johari juga berkata, kenyataan media yang dibacakan oleh Azlan sebenarnya disediakan oleh beliau sendiri.

"Kalau beliau tanya pun saya akan kata saya tidak ada duit... jika saya beri beliau, makna saya juga kena beri kepada semua yang lain. Saya tidak ada duit," katanya lagi.

-Sinarharian

Saturday, March 09, 2013

Panas! Gambar Pertemuan Azlan Lazim Dan Anwar Timbul Persoalan

Panas! Gambar Pertemuan Azlan Lazim Dan Anwar Timbul Persoalan

Sekeping gambar yang memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbul persoalan baru.


Pertemuan itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan ini.

Mengapa Azlan bertemu Anwar secara senyap dan kemudian muncul pula dakwaan anaknya dipergunakan?

Lebih pelik, Saiful sendiri tetap dengan pengakuan asal bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, hanya bapanya yang secara tiba-tiba berlainan pandangan.

Azlan Lazim juga juga didakwa sumber terdekat keluarga telah berselisih-faham dengan anaknya.

Apakah perkembangan terbaru ini satu kaedah yang terpaksa digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk mengalihkan perkaitan dirinya dalam isu Lahad Datu?

Apa pun, pertemuan bapa Saiful dengan Anwar membuka lembaran baru dalam dakwaan liwat tersebut.

[Sumber]

Friday, February 22, 2013

Wajarkah SPR Menghina Seluruh Anggota Tentera Malaysia?

Wajarkah SPR Menghina Seluruh Anggota Tentera Malaysia?

SPR dalam tajuk di atas tidak sama sekali menzahirkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi merujuk kepada salah satu portal paling berpengaruh milik pembangkang iaitu Suara Pakatan Rakyat (SPR).


Dalam banyak-banyak artikel yang pernah kami siarkan, kami tidak pernah berminat untuk sangkal.

Kami beri peluang kepada para pembaca sendiri menilai pandangan pembangkang dalam pelbagai isu.

Namun, hari ini, artikel Anggota ATM Hanya Layak Diludah!! kami rasakan perlu ada teguran yang dibuat.

Rencana itu berkaitan dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pertama sekali, kita tidak mendorong perlakuan rasuah. Tidak sama sekali menyokong perbuatan itu.

Namun, ada dua aspek penting dalam apa yang dilabelkan sebagai pendedahan oleh 4 pegawai tinggi ATM itu.

Pertama, rasuah berlaku dalam semua organisasi di hampir semua negara. Soalnya tahap mana ia berleluasa.

Andai kata ATM mempunyai masalah tersebut, mungkin ia melibatkan beberapa gelintir kecil anggotanya. Mungkin beberapa jumlah yang kecil ini yang sebenarnya layak diludah.

Tidak lojik jika puluhan atau ratusan ribu anggota ATM terlibat rasuah.

Justeru, melabelkan bahawa semua anggota ATM layak diludah, adalah amat melampau sekali.

Lupakah kita di kala kita nyenyak tidur di tilam yang empuk dan ada kalanya berhawa dingin, puluhan ribu anggota tentera kita bermalam di hutan tebal dan tengah lautan menjaga sempadan dari dicerobohi musuh.

Kita tidak sedar, mungkin tidak mau ambil tahu… tetapi selama puluhan tahun, jasa beberapa juta anggota ATM mengorbankan keselesaan hidup itulah yang memberikan kita ketenangan dan keyakinan peluru dari senjata musuh tidak akan menembusi kepala kita di malam atau siang hari.

Suka atau tidak…benci atau sayang…kita harus akui bahawa benteng kenteteraan negara adalah sebab mengapa musuh tidak mahu menjajah kita.

Jadi…jika ada beberapa yang mungkin terlibat dalam aktiviti rasuah, maka sama sekali tidak wajar semua anggota ATM wajar dilabel dengan persepsi buruk bahawa mereka layak diludah.

Dalam hal ini, bukan sekadar anggota berkenaan sahaja yang akan terasa hati, tetapi anggota keluarga juga pastinya terasa jika bapa, abang, adik atau sesiapa dari keluarga mereka yang jujur berkhidmat dalam ATM …digambarkan sebagai “layak diludah”.

Kepada SPR dan pembangkang…kalau tak nak puji pengorbanan mereka pun, janganlah kutuk tak tentu hala. Jagalah air muka mereka dan keluarga mereka sikit.

Aspek kedua, 4 pegawai tertinggi itu sepatutnya membawa kes mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berlari kepada media pembangkang dengan sekadar membawa air liur tanpa bukti yang kukuh bukanlah sesuatu yang bijak.

Nanti ada pula yang mendakwa 4 pegawai itu adalah pihak yang kecewa bila kontrak atau projek mereka ditolak kementerian.

Menggunakan air liur juga akan ada yang dakwa kalau dapat projek dah tentu senyap.

Tampil la dengan bukti yang kukuh bukan sekadar mewujudkan persepsi. Orang kita memang memang suka kalau ada orang bawak cerita buruk pasal orang lain…. takda bukti pun takpe…

Lagipun, kesemua yang membuat dakwaan itu adalah pegawai tinggi ATM, bermakna mereka bukan ‘kecil-kecil anak’ punya orang.

Kenapa semasa dalam perkhidmatan dahulu tidak tampil memperlihatkan keberanian perwira dan membuat aduan kepada SPRM. Kenapa berani bila sudah pencen?

Namun tak kisah la, mungkin aspek kedua itu tidak berapa penting di mata sesetengah orang. Yang penting ialah pendedahan.

Tetapi apa pun, aspek pertama iaitu secara membabi-buta melabelkan seolah-olah semua anggota ATM sebagai pengamal rasuah…adalah sangat melampau…

Sekali lagi kepada SPR – hormatlah sedikit kepada anggota-anggota ATM yang benar-benar jujur dalam perkhidmatan mereka.

[Sumber]

Friday, February 15, 2013

PR Sedia RM2 Billion Dana Khas Untuk Pilihan Raya?

PR Sedia RM2 Billion Dana Khas Untuk Pilihan Raya?

Benarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan komitmen peribadi untuk menyediakan dana khas sebanyak RM2 bilion menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini? Perkara itu dinyatakan oleh blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com).


Menurut blog tersebut, usaha sedang dilakukan untuk membawa masuk wang tersebut melalui jalan paling selamat dan gagal dikesan, dan alat yang paling penting adalah pasaran saham dan Bursa Malaysia.

“Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa.

“Perhatikan sahaja blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan," katanya.

Blog ini mendakwa, dana tersebut akan diagihkan ke kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dan boleh menang di seluruh negara.

“Peruntukan dana pilihan raya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudah pun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ (mengikut peraturan) dan terperinci," kata blog ini.

Katanya, dana khas ‘Huguan Siou’ itu tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik pakatan pembangkang.

-Utusan