Friday, February 15, 2013

PR Sedia RM2 Billion Dana Khas Untuk Pilihan Raya?


Benarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan komitmen peribadi untuk menyediakan dana khas sebanyak RM2 bilion menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini? Perkara itu dinyatakan oleh blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com).


Menurut blog tersebut, usaha sedang dilakukan untuk membawa masuk wang tersebut melalui jalan paling selamat dan gagal dikesan, dan alat yang paling penting adalah pasaran saham dan Bursa Malaysia.

“Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa.

“Perhatikan sahaja blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan," katanya.

Blog ini mendakwa, dana tersebut akan diagihkan ke kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dan boleh menang di seluruh negara.

“Peruntukan dana pilihan raya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudah pun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ (mengikut peraturan) dan terperinci," kata blog ini.

Katanya, dana khas ‘Huguan Siou’ itu tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik pakatan pembangkang.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon