Friday, February 22, 2013

Wajarkah SPR Menghina Seluruh Anggota Tentera Malaysia?


SPR dalam tajuk di atas tidak sama sekali menzahirkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi merujuk kepada salah satu portal paling berpengaruh milik pembangkang iaitu Suara Pakatan Rakyat (SPR).


Dalam banyak-banyak artikel yang pernah kami siarkan, kami tidak pernah berminat untuk sangkal.

Kami beri peluang kepada para pembaca sendiri menilai pandangan pembangkang dalam pelbagai isu.

Namun, hari ini, artikel Anggota ATM Hanya Layak Diludah!! kami rasakan perlu ada teguran yang dibuat.

Rencana itu berkaitan dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pertama sekali, kita tidak mendorong perlakuan rasuah. Tidak sama sekali menyokong perbuatan itu.

Namun, ada dua aspek penting dalam apa yang dilabelkan sebagai pendedahan oleh 4 pegawai tinggi ATM itu.

Pertama, rasuah berlaku dalam semua organisasi di hampir semua negara. Soalnya tahap mana ia berleluasa.

Andai kata ATM mempunyai masalah tersebut, mungkin ia melibatkan beberapa gelintir kecil anggotanya. Mungkin beberapa jumlah yang kecil ini yang sebenarnya layak diludah.

Tidak lojik jika puluhan atau ratusan ribu anggota ATM terlibat rasuah.

Justeru, melabelkan bahawa semua anggota ATM layak diludah, adalah amat melampau sekali.

Lupakah kita di kala kita nyenyak tidur di tilam yang empuk dan ada kalanya berhawa dingin, puluhan ribu anggota tentera kita bermalam di hutan tebal dan tengah lautan menjaga sempadan dari dicerobohi musuh.

Kita tidak sedar, mungkin tidak mau ambil tahu… tetapi selama puluhan tahun, jasa beberapa juta anggota ATM mengorbankan keselesaan hidup itulah yang memberikan kita ketenangan dan keyakinan peluru dari senjata musuh tidak akan menembusi kepala kita di malam atau siang hari.

Suka atau tidak…benci atau sayang…kita harus akui bahawa benteng kenteteraan negara adalah sebab mengapa musuh tidak mahu menjajah kita.

Jadi…jika ada beberapa yang mungkin terlibat dalam aktiviti rasuah, maka sama sekali tidak wajar semua anggota ATM wajar dilabel dengan persepsi buruk bahawa mereka layak diludah.

Dalam hal ini, bukan sekadar anggota berkenaan sahaja yang akan terasa hati, tetapi anggota keluarga juga pastinya terasa jika bapa, abang, adik atau sesiapa dari keluarga mereka yang jujur berkhidmat dalam ATM …digambarkan sebagai “layak diludah”.

Kepada SPR dan pembangkang…kalau tak nak puji pengorbanan mereka pun, janganlah kutuk tak tentu hala. Jagalah air muka mereka dan keluarga mereka sikit.

Aspek kedua, 4 pegawai tertinggi itu sepatutnya membawa kes mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berlari kepada media pembangkang dengan sekadar membawa air liur tanpa bukti yang kukuh bukanlah sesuatu yang bijak.

Nanti ada pula yang mendakwa 4 pegawai itu adalah pihak yang kecewa bila kontrak atau projek mereka ditolak kementerian.

Menggunakan air liur juga akan ada yang dakwa kalau dapat projek dah tentu senyap.

Tampil la dengan bukti yang kukuh bukan sekadar mewujudkan persepsi. Orang kita memang memang suka kalau ada orang bawak cerita buruk pasal orang lain…. takda bukti pun takpe…

Lagipun, kesemua yang membuat dakwaan itu adalah pegawai tinggi ATM, bermakna mereka bukan ‘kecil-kecil anak’ punya orang.

Kenapa semasa dalam perkhidmatan dahulu tidak tampil memperlihatkan keberanian perwira dan membuat aduan kepada SPRM. Kenapa berani bila sudah pencen?

Namun tak kisah la, mungkin aspek kedua itu tidak berapa penting di mata sesetengah orang. Yang penting ialah pendedahan.

Tetapi apa pun, aspek pertama iaitu secara membabi-buta melabelkan seolah-olah semua anggota ATM sebagai pengamal rasuah…adalah sangat melampau…

Sekali lagi kepada SPR – hormatlah sedikit kepada anggota-anggota ATM yang benar-benar jujur dalam perkhidmatan mereka.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon