Friday, July 15, 2016

Spesifikasi Dan Harga Model Sedan Perodua Bezza

Spesifikasi Dan Harga Model Sedan Perodua Bezza

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif tempatan dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan, kini Perodua tampil pula dengan model sedan.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza

Model baharu itu diberi nama Perodua Bezza, merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan dan ada 9 perkara menarik mengenainya yang anda wajib tahu.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [5]

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu gabungan manual dan auto.

Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [3]

PERODUA Sedan 1.0 Liter
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Premium X (manual dan auto)
  • Advance (auto sahaja)

Anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [4]

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu itu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar daripada boot Toyota Vios dan Nissan Almera.

Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri keselamatan termaju, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD).

Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

Perodua Bezza turut memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda 2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [6]

Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.

Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur.

Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc/Pandulaju.com.my

PERODUA Lancar Kereta Sedan Pertama Dan 9 Perkara Menarik Mengenainya

PERODUA Lancar Kereta Sedan Pertama Dan 9 Perkara Menarik Mengenainya

Perodua Bezza, model sedan sulung syarikat automotif PERODUA, bakal dilancarkan dalam masa terdekat, sekaligus menyediakan lebih banyak pilihan model kepada orang ramai.

PERODUA Lancar Kereta Sedan

Selepas berjaya dengan kereta kompak sehingga mengungguli jualan kenderaan di pasaran tempatan sejak lebih 20 tahun lalu terutama menerusi model Kancil, MyVi dan Axia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini tampil dengan model sedan.

Berikut adalah 9 perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua Bezza sedan terbaru itu.

1. Bakal Dikeluarkan Dengan Enjin 1.0 liter dan 1.3 liter

PERODUA Lancar Kereta Sedan [1]

PERODUA sedan itu akan dikeluarkan dalam dua variasi enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Enjin 1.0 yang digunakan adalah enjin yang sama menghidupkan Axia (tapi dengan modifikasi) manakala enjin 1.3 adalah enjin yang baharu.

2. Model pertama keluaran PERODUA menggunakan kepakaran reka bentuk tempatan

PERODUA Lancar Kereta Sedan [2]

PERODUA sebelum ini mengeluarkan kereta-keretanya berasaskan blueprint reka bentuk kereta lain. Tapi bagi sedan pertamanya, PERODUA mengambil keputusan untuk mereka bentuk sendiri keretanya menggunakan kemahiran tempatan.

3. Enjin dihasilkan di kilang PERODUA/Daihatsu di N. Sembilan

PERODUA Lancar Kereta Sedan [3]

Enjinya juga dihasilkan secara tempatan di kilang terbaru PERODUA/Daihatsu di Negeri Sembilan.

4. Varian 1.3 Mengguna Enjin Baharu iaitu 1NR-VE dwi VVT-i

PERODUA Lancar Kereta Sedan [4]

Enjin 1.3 yang bakal digunapakai dalam varian Premium X dan Advance adalah enjin baharu. Rasanya ramai yang akan membeli varian ini bagi merasai sendiri enjin baru ini selain lebih kuasa yang akan dihasilkan.

5 - Dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.8 km/l

PERODUA Lancar Kereta Sedan [5]

PERODUA dan jimat minyak berpisah tiada!

6. Varian 1.3 Advance dilengkapi dengan sistem Eco-Idle (Varian Advance)

PERODUA Lancar Kereta Sedan [6]

Varian 1.3 Advance juga dilengkapi dengan sistem Eco-Idle dimana enjinnya akan mati sendiri apabila dalam keadaan Idle (seperti menunggu lampu isyarat). Dan sistem ini juga akan menghidupkan enjin secara automatik apabila pemandu menekan pedal minyak.

7. 5 bintang ASEAN NCAP

PERODUA Lancar Kereta Sedan [7]

Yup, model sedan ini merupakan model PERODUA pertama yang menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Tak dinafikan, ianya satu langkah kehadapan oleh PERODUA.

8. Dilengkapi dengan VSC (Varian Advance)

PERODUA Lancar Kereta Sedan [8]

PERODUA sedan Advance pula juga dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Tambah lagi 1 bintang bagi variasi Advance.

9. Harga dianggarkan antara RM30,000 hingga RM55,000

PERODUA Lancar Kereta Sedan [9]

Melihatkan kepada harga yang ditawarkan, tidaklah jauh mana jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan mampu milik. Jika dilihat dalam konteks harga, nyata sekali PERODUA sedan ini dicipta bagi menyaingi model PROTON saga.

BACA INI JUGA: Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai September 2016

Sumber: Siakapkeli/Careta

Wednesday, June 03, 2015

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Di Malaysia

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Di Malaysia

Berikut adalah 7 motorsikal terbaik bagi penunggang yang baru berjinak-jinak dengan motorsikal berkuasa besar di Malaysia yang mampu memberi keseronokan tanpa mengancam kesejahteraan anda, segalanya bergantung pada kawalan anda sendiri.

1. Kawsaki Ninja 250 SE

Kawsaki Ninja 250 SE

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, dua silinder selari DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda sukakan gaya yang sporty dan rekaan terkini, ini adalah satu permulaan yang sempurna. Ninja 250 sangat tepat untuk anda belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul. Platform terbaik untuk anda untuk melangkah keseterusnya.

2. Honda CBR 250 R

Honda CBR 250 R

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api.
Transmisi: 6-kelajuan

Merupakan versi baru CBR 250 4 silinder yang sangat popular dahulu, CBR 250 R adalah jawapan Honda kepada Ninja 250. Model yang ringan dan ramping sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasai tork dari legasi CBR Fireblade.

3. KTM Duke 200

KTM Duke 200

Sesaran: 200cc
Enjin: 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda mahukan gaya Eropah dan multi-purpose. KTM Duke 200 jawapanya, lengkap dengan komponen terbaik seperti WP dan ABS, ini adalah model yang ringan, lincah dan penuh gaya. KTM CKD Malaysia juga turut memasang model Duke 390 dan Duke 650 sebagai tambahan pilihan pada peminatnya.

4. Kawasaki Z250

Kawasaki Z250

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6 kelajuan

Diasaskan dari model Ninja 250, Z250 merupakan streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000 dan Z800 yang agresif, gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih urban.

5. Ducati Monster 696

Ducati Monster 696

Sesaran: 696cc
Enjin: L-Twin, 4 lejang 2 injap Desmo sejukan udara, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 6 kelajuan

Ducati, jenama Itali yang tak perlu di ragui kehebatanya, walaupun merupakan model terkecil Ducati dan sedikit besar dari model pilihan yang lain, kuasanya masih mampu di kawal dengan gaya yang pasti memukau mata di mana sahaja bagi yang mahukan gaya mewah, tetapi agak sedikit mahal.

6. Naza Blade 250R EFI

Naza Blade 250R EFI

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang 75 V-Twin 8 injap DOHC, sejukan minyak, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 5 kelajuan

Boleh dikatakan sebagai pesaing terdekat Honda dan Kawasaki dalam kelas 250, namun menawarkan harga yang lebih berpatutan. Juga tersedia dalam 650cc, mengunakan enjin yang diasaskan dari model Suzuki SV, Blade 250 tetap ada gaya tersendiri disamping kuasa dan penjimatan ekonomi.

7. Kawasaki VN II 250

Kawasaki VN II 250

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang V-2 silinder DOHC 8 injap, sejukan cecair
Transmisi: 6 kelajuan

Sports-Cruiser terkecil dalam kelasnya dan juga dari Kawasaki, menawarkan keselesaan dan kemudahan pengendalian dengan kuasa tork yang cukup hebat untuk sebuah cruiser sekecil ini. Untuk peminat cruiser yang mahukan model permulaan, ini adalah model yang anda patut miliki.

BACA INI JUGA: Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia

Sumber: Arena-motor.blogspot.com

Saturday, May 23, 2015

10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

Harga bukan menjadi satu masalah buat ramai jutawan kerana apa yang penting bagi mereka adalah memiliki kereta paling eksotik dalam koleksi mereka.

Apa yang anda akan terbayangkan jika kereta tersebut berada dalam kategori kereta 'supercar' atau 'hypercar'? Pastinya kemewahan, kelajuan dan semestinya pada harganya yang amat mahal.

Berikut merupakan 10 jenis 'supercar' dan 'hypercar' paling mahal di dunia!

Zenvo ST1
Harga: RM4.39 juta

Zenvo ST1

Kereta buatan Denmark ini hanya dihasilkan sebanyak 15 unit sahaja. Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 375km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.9 saat sahaja.

Apa yang membuatkan kereta ini sangat eksklusif adalah setiap pembeli akan mendapat khidmat servis di mana-mana sahaja berada.

Bermakna mereka akan menerbangkan pakar ke serata dunia di mana pembeli berada untuk memastikan kereta pembeli sentiasa berada dalam keadaan baik.

Maybach Landaulet
Harga: RM4.94 juta

Maybach Landaulet

Kereta ini adalah kereta sedan paling mahal di dunia yang berada dalam pasaran dan ia boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 5.2 saat.

Kereta sedan ini mempunyai pelbagai fungsi mewah antaranya kerusi urut di belakang dan banyak lagi.

Kereta mewah ini sangat sesuai untuk golongan Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pemandu peribadi.

Lamborghini Reventon
Harga: RM5.73 juta

Lamborghini Reventon

Sebuah lagi kereta Lamborghini yang tersenarai dalam kereta termahal adalah Lamborghini Reventon. Apa yang membuatkan kereta ini mahal adalah ia edisi terhad iaitu hanya 20 unit sahaja dihasilkan.

Reventon mampu mencapai kelajuan maksima pada 339km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100 dalam masa 3.3 saat.

Koenigsegg Agera R
Harga: RM5.73 juta

Koenigsegg Agera R

Ya, kereta ini memang sudah untuk disebut kerana boleh membuatkan anda lidah anda terbelit. Unit dan eksotik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai Agera R ini.

Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 418km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100 dalam masa 2.8 saat.

Namun kelajuan kereta ini telah dihadkan kepada 378km/jam secara elektronik. Jika anda mahu pada kelajuan 418km/jam, anda perlu menandatangi dokumen pengecualian.

Aston Martin One-77
Harga: RM6.63 juta

Aston Martin One-77

Kereta yang popular dengan filem perisik terkenal dunia "James Bond" ini salah sebuah kereta mewah dan ia hanya dihasilkan sebanyak 77 unit sahaja.

Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima pada 354km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 3.4 saat.

Pagani Zonda Cinque Roadster
Harga: RM6.63 juta

Pagani Zonda Cinque Roadster

Sekali pandang pastinya akan membuat sesiapa sahaja terpukau dengan kecantikan kereta dan juga merupakan antara kereta paling eksotik di dunia.

Setanding dengan reka bentuknya yang menawan, Pagani Zonda Cinque Roadster ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 349km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 3.4 saat.

Bugatti Veyron Super Sports
Harga: RM8.6 juta

Bugatti Veyron Super Sports

Sebelum ini Buggati Veyron Super Sports merupakan antara kereta paling termahal di dunia iaitu berharga RM8.6 juta.

Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 430km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.5 saat.

Walaupun tidak lagi memegang takhta kereta termahal di dunia, namun baru-baru ini mereka telah mengumumkan tidak akan menghasilkan lagi kereta ini dan pastinya harga kereta ini akan naik pada masa hadapan.

Lykan Hypersport
Harga: RM12.18 juta

Lykan Hypersport

Orang Arab sememangnya terkenal dengan kereta-kereta mewah, jadi demi cinta terhadap kereta mewah ini sebuah syarikat di Dubai, W Motors telah menghasilkan kereta 'hypercar' yang dipanggil Lykan Hypersport.

Dijana dengan 6 twin-turbo enjin yang mana menghasilkan sebanyak 750 kuasa kuda, Lykan Hypersport mampu memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.8 saat dan boleh mencapai kelajuan maksima pada 394km/jam.

Bagaimanapun, tidak semua orang boleh membelinya kerana kereta ini hanya dibina sebanyak tujuh buah sahaja.

Lamborghini Veneno
Harga: RM16.12 juta

Lamborghini Veneno

Satu dunia sudah mengetahui mengenai Lamborghini kerana mereka sangat terkenal dengan kereta-kereta keluaran mereka yang berharga jutaan ringgit.

Terbaru, mereka muncul dengan model terbaru iaitu Lamborghini Veneno yang berharga sekitar RM16.12 juta.

Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 355km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 2.8 saat.

Apa yang membuat kereta ini tersenarai dalam kereta eksotik adalah hanya tiga buah sahaja akan dihasilkan setiap tahun.

Maybach Exelero
Harga: RM28.65 juta

Maybach Exelero

Maybach adalah syarikat pengeluar kereta buatan German yang menghasilkan kereta-kereta mewah dan kereta termahal yang pernah mereka hasilkan adalah Maybach Exelero iaitu kereta konsep.

Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat.

Maybach Exelero hanya dihasilkan sebuah sahaja, jadi tidak hairanlah harga kereta ini sangat mahal iaitu sekitar RM28.65 juta.

*Harga dalam RM berubah mengikut tukaran matawang semasa.

BACA INI JUGA: Koleksi Supercar Dalam Filem Need For Speed

Sumber: Tupai.com.my

Thursday, April 09, 2015

Gambar Protan Saga FLX Terbaharu Yang Sangat Awesome!

Gambar Protan Saga FLX Terbaharu Yang Sangat Awesome!

Sebut sahaja Proton Saga, pasti terlantas di fikiran anda sebuah kereta basic yang mempunyai rekaan yang ‘boleh la’ dan sesuai untuk golongan pertengahan.

Protan Saga FLX

Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya reka bentuk luaran kereta tersebut tetap sama.

Namun, siapa sangka rekaan konsep daripada saudara Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3 Dimensi, mampu memberikan impak yang amat luar biasa pada pandang pertama Proton Saga.

Sedikit info mengenai saudara Idiyaz, beliau merupakan salah seorang tenaga kerja dalam penghasilan animasi 3D untuk siri animsi Rimba Racer yang sedang hangat ketika ini .

Mari lihat beberapa rekaan menarik konsep yang diilhamkan oleh beliau.

Protan Saga FLX [2]
Protan Saga FLX [3]
Protan Saga FLX [4]

Dari sudut hadapan, ia seakan Model Honda Civic FB dan di bahagian belakang pula seakan model Renault Megane.

Sememangnya rekaan yang cun dan amat menepati citarasa orang muda.

Memang tak payah modified apa dah kalau beli Proton ni.. Cuma tukar sport rim kepada saiz yang lebih besar sikit, pergh tangkap shahdu terus.

Kami tertanya juga, mengapalah pihak Proton tidak mengambil peraka-pereka yang sebegini di dalam penghasilan model keretanya kan..

Jika macam ini punya imaginasi, kereta Lotus punya design pun hampir tewas. Malah rasanya rekaan ini lebih menarik..

Semoga Proton mampu mengeluarkan rekaan-rekaan yang setanding seperti ini dan seterusnya mampu mengangkat jenama Malaysia setaraf dengan gergasi-gergasi pengeluar kereta dunia.

BACA INI JUGA: 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, December 29, 2014

Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia

Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia

Mungkin kerana faktor harga mampu milik, Perodua Kancil mula mencuri perhatian. Ianya menjadi pilihan ramai untuk dimiliki sebagai kereta pertama mahupun kereta kedua.

Ini di bantu pula oleh beberapa faktor lain seperti kemerosotan ekonomi pada penghujung 90an, kenaikan harga minyak, kualiti yang diyakini serta kemerosotan dan kejatuhan kepercayaan kepada model-model kereta lain.

Kereta kompak atau kereta kecil dalam segmen A dan B ini terus mendapat permintaan dan menjadi pilihan rakyat negara ini apabila beberapa model Perodua seterusnya seperti Kenari, Kelisa dan Kembara memberi impak positif dan semakin mendapat kepercayaan rakyat.

Terima kasih diucapkan kepada rakan blogger, Relakssminda kerana menulis artikel menarik mengenai kereta-kereta kecil mampu milik, malah memiliki rekabentuk yang hebat untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Berikut beberapa pilihan model kereta kecil dalam segmen A dan B selain dari model Perodua yang mendapat perhatian dipasaran kenderaan Malaysia buat masa kini.

Proton Iriz
RM41,152 - RM60,602

Proton Iriz

Suzuki Alto
RM44,888 - RM54,888

Suzuki Alto

Hyundai i10
RM51,329 - RM55,325

Hyundai i10

Kia Picanto
RM53,290 - RM58,160

Kia Rio

Mitsubishi Mirage
RM60,199 - RM64,091

Mitsubishi Mirage

Suzuki Swift
RM65,888 - RM79,388

Suzuki Swift

Honda Jazz
RM70,704 - RM85,314

Honda Jazz

Kia Rio
RM71,822 - RM77,666

Kia Rio

Mazda 2
RM82,322

Mazda 2

Peugeot 208
RM83,480 - RM93,220

Peugeot 208

Smart
RM83,934 - RM90,604

Smart

Ford Fiesta
RM84,542 - RM93,888

Ford Fiesta

Volkswagen Polo
RM88,628

Volkswagen Polo

Audi A1
RM179,900 - RM209,000

Audi A1

Mini Cooper
RM179,900 - RM249,000

Mini Cooper

Mercedes A Class
RM198,888 - RM238,888

Mercedes A Class

Yang mana satu jadi pilihan anda? Kereta semuanya kecil tetapi selain dari rekabentuk, dan spesifikasi, faktor harga juga berbeza-beza mengikut varian jenama.

BACA INI JUGA: 3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Sumber: Relakssminda