Tuesday, April 11, 2017

Tahukah Anda Jenis, Bentuk Dan Asal Usul Nama Galaksi Dalam Sistem Suria Kita?

Tahukah Anda Jenis, Bentuk Dan Asal Usul Nama Galaksi Dalam Sistem Suria Kita?

Perkataan galaksi diambil dari nama galaksi kita, Bima Sakti (Milky Way), dengan menggunakan perkataan Yunani iaitu gala (umumnya galaktos) yang bererti susu.

Galaksi ialah kumpulan bintang yang tebentuk dari protogalaksi, tarikan graviti dan komponen galaksi yang mengorbit satu pusat bagi mengekalkan galaksi tersebut.

Galaksi Bima Sakti

Bima Sakti

Galaksi Bima Sakti merupakan galaksi berbentuk spiral yang terdapat antara 200 hingga 400 bilion lebih bintang.

Galaksi ini menunjukkan rupa jalur cahaya di langit malam melintasi seluruh sfera cakerawala apabila dilihat dari bumi.

Teras galaksi Bima sakti berbentuk palang yang dikelilingi cakera gas, debu dan bintang yang membentuk empat struktur lengan yang berlingkar-lingkar keluar dalam corak pilin logaritma.

Jenis Galaksi

Terdapat tiga jenis galaksi menurut morfologi, yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu galaksi spiral, elips dan tak beraturan.

Ketiga-tiga jenis galaksi ini berbeza bentuk dan penampakannya. Daripada hasil pemerhatian ahli astronomi, galaksi spiral didapati sebanyak 80%, galaksi elips 17% dan galaksi tak beraturan sebanyak 3% ditemui di angkasa lepas.

1. Elips

Elips

Penampakan galaksi elips berbentuk bundar sehingga berbentuk bola pepat. Struktur galaksi elips tidak terlihat dengan jelas.

Galaksi elips mengandungi sedikit ruang antara bintang yang mengandungi bintang-bintang tua. Contoh galaksi berbentuk Elips adalah M87.

Galaksi M87 adalah galaksi elips raksasa yang terdapat dalam Rasi Virgo.

2. Spiral

Galaksi ini terdiri dari sebuah piringan bintang-bintang yang berputar, materi antara bintang, serta tonjolan pusat yang terdiri atas bintang-bintang tua.

Selain dari itu, terdapat lengan-lengan dari spiral yang menjulur keluar dari tonjolan pusat dengan bintang-bintang tua terdapat dalam kumpulan bintang yang berjumlah ratusan dan berbentuk bola.

Galaksi spiral berputar dengan cepat yang membuatkan galaksi ini memipih dan membentuk bidang galaksi.

Contoh galaksi spiral adalah galaksi andromeda dan Galaksi Bima Sakti di mana planet Bumi berada.

3. Tak Sekata

Magellan Galaxy

Galaksi yang memiliki bentuk khusus terdiri daripada bintang-bintang tua dan juga muda.

Contoh Galaksi Tak Sekata adalah awan galaksi magellan besar dan awan galaksi magellan kecil yang hanya berjarak sekitar 180,000 tahun cahaya dari Bima Sakti.

Galaksi tak beraturan mengandungi banyak gas dan debu.

Ciri-Ciri Galaksi

Setiap galaksi mempunyai ciri–ciri tersendiri.
  • Galaksi mempunyai cahaya sendiri, jadi sumber cahaya tersebut tidak berasal dari pantulan.
  • Galaksi–galaksi lain dapat terlihat berada di luar Galaksi Bima Sakti.
  • Antara galaksi satu dengan galaksi yang lain mempunyai jarak jutaan tahun cahaya.
  • Galaksi mempunyai bentuk–bentuk tertentu, seperti Elips, Spiral, Berpalang, dan Tak Sekata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Tahukah Anda Berapa Banyak Satelit (Bulan) Planet Dalam Sistem Suria Kita?

Tahukah Anda Berapa Banyak Satelit (Bulan) Planet Dalam Sistem Suria Kita?

Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi objek lain yang lebih besar.

Satelit+Planet

Bulan merupakan satelit bagi bumi manakala bumi dan planet lain merupakan satelit bagi matahri.

Dan tahukah anda semua berapa banyak satelit (bulan) yang terdapat di dalam sistem suria kita? Jom baca.

Satelit Planet

1. Planet Utarid dan Zuhrah tiada satelit planet.

2. Bumi mempunyai satu satelit planet yang dipanggil Bulan.

3. Marikh

Phobos dan Deimos. Kedua-dua ditemui pada tahun 1877 oleh Asaph Hall. Orbit mereka hampir bulat serta bergerak ke permukaan rata pada garisan lintang planet. Kedua-dua planet berketul dan gelap.

4. Musytari

Mempunyai 67 bulan. Kebanyakannya berbentuk elips dan bertentangan dengan putaran planet.

IO merupakan salah satu bulan daripada empat bulan Musytari yang ditemui oleh Galileo Galilei pada 7 Januari 1610.

Dengan diameter berukuran 3,642 kilometer, IO terdiri daripada batuan silikat yang mengelilingi leburan besi atau pusat besi sulfida.

Permukaan IO mempunyai lebih daripada 400 gunung berapi aktif menjadikan geologinya sangat aktif.

5. Zuhal

Memiliki 53 bulan antaranya Titan. Ahli astronomi Belanda, Christiaan Huygens menemui Titan pada 25 Mac 1655 selepas Galileo menemui bulan Musytari.

Nama lain bagi Titan ialah Zuhal VI.

Zuhal mempunyai awan dan atmosfera serta tasik pada permukaan.

6. Uranus

Mempunyai 27 bulan yang terbentuk daripada separuh ais dan batu.

Miranda, bulan yang kecil dan ahli astronomi yang menemuinya ialah Gerard Kuiper pada 16 Februari 1948 di Balai Cerap McDonald.

Nama lain bulan ini ialah Uranus V. Rata-rata permukaannya dilitupi ais, dengan ketumpatan rendah yang mungkin mengandungi batu silikat dan sebatian organik.

7. Neptun

Mempunyai 13 satelit, antaranya Triton yang ditemui oleh William Lassell pada 10 Oktober 1846, sebesar planet kerdil Pluto dan mengorbit ke belakang bertentangan arah putaran Neptun.

Permukaannya terdiri daripada nitrogen beku, kerak dan mantel ais manakala terasnya daripada batu dan logam di mana jisimnya ialah dua pertiga jisim bulan.

Minimum ketumpatannya kira-kira 2.061 gram per sm padu dan kandungan ais pada airnya dianggarkan sebanyak 15-35%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Thursday, April 06, 2017

Komet Paling Terkenal, Ciri Fizikal Dan Orbitnya

Komet Paling Terkenal, Ciri Fizikal Dan Orbitnya

Komet merupakan gumpalan batu, ais dan tanah yang mengelilingi matahari di angkasa dipercayai berasal daripada awan Oort.

Comet

Orbit komet berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet serta berubah disebabkan tarikan planet besar.

8 Komet Paling Terkenal

1. Komet Halley
  • Nama rasmi ialah 1P/Halley.
  • Dilihat dari Bumi setiap 75-76 tahun sekali.
  • Ditemui oleh Edmond Halley pada 8 March 1986.

2. Komet Hale-Bopp
  • Nama rasmi ialah C/1995 O1 dan digelar Great Comet 1997.
  • Terang dan boleh dilihat dengan mata kasar.
  • Ditemui oleh Alan Hale Thomas Bopp pada 23 Julai, 1995.

3. Komet Encke
  • Nama rasmi 2P/Encke.
  • Ditemui oleh Johann Franz Encke pada 17 January 1786.
  • Ditemui oleh Alan Hale Thomas Bopp pada 23 Julai, 1995.

4. Komet Hyakutake
  • Nama rasmi ialah C/1996 B2.
  • Mengorbit matahari setiap 15,000 - 72,000 tahun sekali.
  • Ditemui oleh Yuji Hyakutake pada 30 Januari 1996.
  • Hyakutake adalah komet dengan ekor terpanjang yang diketahui sehingga kini.

5. Komet West
  • Mengorbit matahari setiap 558,000 tahun sekali.
  • Ditemui oleh Richard M. Barat, seorang jurugambar pada 10 Ogos 1975.

6. Komet Ikeya-Seki
  • Nama rasmi ialah C/1965 S1, 1965 VIII dan 1965f.
  • Ditemui oleh Kaoru Ikeya dan Tsutomu Seki pada 18 September 1965.
  • Salah satu komet paling terang pernah dilihat dan juga dikenali sebagai Komet Besar pada tahun 1965.

7. Komet Kohoutek
  • Nama rasmi ialah E1 C/1973, 1973 XII dan 1973f.
  • Ditemui oleh Luboš Kohoutek pada 7 Mac 1973.
  • Komet Kohoutek dijangka akan mengorbit matahari sekali lagi 75,000 tahun dari sekarang.

8. Komet Shoemaker-Levy
  • Nama rasmi ialah D/1993 F2).
  • Komet Shoemaker-Levy menjadi terkenal selepas melanggar Planet Jupiter pada tahun 1994 yang lalu.

Ciri fizikal Komet

Atmosfera yang sangat nipis terdiri daripada arus debu dan gas di sekeliling komet, disebut 'koma' apabila menghampiri Matahari.

Terdapat dua ekor raksasa yang terbentuk pada koma akibat tekanan radiasi dan angin matahari iaitu ekor debu mengikut arah pergerakannya dan ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari.

Perkara ini berlaku kerana angin matahari mempengaruhi ion gas debu.

Saiz diameter nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya kurang dari 50 km, manakala saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 km lebar dan ekor komet pula boleh mencapai lebih 150 juta km (1 AU) panjang.

Koma dan ekor komet yang berbeza bentuk dan saiz membalikkan cahaya matahari. Lebih dekat komet dengan matahari, lebih panjang ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.

Ciri Orbit Komet

Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama mengikut tempoh masa orbitnya.
  • Jangka masa pendek adalah kurang dari 200 tahun.
  • Jangka masa panjang adalah melebihi 200 tahun.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Friday, February 24, 2017

7 'Planet Bumi' Terbaharu Ditemui Saintis!

7 'Planet Bumi' Terbaharu Ditemui Saintis!

Pengkaji antarabangsa mengumumkan penemuan menakjubkan tujuh planet terbaharu seakan-akan Bumi, yang dikesan mengelilingi sebutir bintang kecil di galaksi Bima Sakti.

Trappist-1 System

Penemuan luar biasa planet baru itu merupakan harapan paling cerah setakat ini bagi kehidupan di luar Sistem Suria, menurut laporan kumpulan pengkaji angkasa yang diterbitkan menerusi jurnal saintifik ternama Nature.

Tujuh planet terbaharu itu sama saiz dan jisim planet bumi, malah hampir keseluruhan kawasannya berbatu-batu.

Tiga daripada planet baru tersebut sesuai sekali dengan lautan-lautan air yang menggalakkan kehidupan wujud.

Paling penting, lokasinya hampir dengan Bumi dan kemalapan bintang kerdil merah ini yang dipanggil Trappist-1, akan membolehkan saintis astronomi mengkaji atmosfera setiap satu planet itu dan mencari isyarat kimia bagi aktiviti biologi.

“Kami sudah mengambil langkah yang penting terhadap usaha pencarian kehidupan di luar sana,” kata pengarang bersama kajian tersebut, Amaury Triaud, seorang saintis di Universiti Cambridge, Britain.

“Sehingga sekarang, saya tidak rasa kami mempunyai planet-planet yang sesuai sebelum penemuan ini. Kini kami ada sasaran yang betul,” katanya dalam satu taklimat media.

Sistem Trappist-1, yang hanya sejauh 39 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi, didapati mempunyai jumlah terbesar planet bersaiz Bumi dan diketahui mengelilingi sebutir bintang.

Ia juga dikenal pasti mempunyai jumlah paling banyak “zon iklim sederhana” – tidak terlalu panas hingga air menyejat dan tidak terlalu sejuk hingga air menjadi beku.

Trappist-1

Penemuan Trappist-1 adalah bukti bahawa galaksi Bima Sakti, mungkin dihuni berpuluh-puluh bilion dunia sama seperti bumi kita – lebih banyak daripada yang disyaki sebelum ini.

Yang menakjubkan, pakar ilmu falak mungkin melihat ke tempat yang salah ketika membuat kajian mereka selama ini, jelas Michael Gillon, seorang profesor di Universiti Liege di Belgium.

“Idea bagus pendekatan ini ialah mengkaji planet-planet di sekeliling bintang-bintang paling kecil galaksi ini, dan yang hampir dengan kita,” kata beliau yang juga pengarang utama kajian itu.

“Itu sesuatu yang belum dilakukan oleh sesiapa sebelum kami – kebanyakan ahli astronomi biasanya cuma fokus terhadap bintang-bintang seperti Matahari,” katanya lagi.

Gillon dan pasukannya mula jejaki Trappist-1 – bintang kerdil “ultracool” dengan kurang 10 peratus jisim Matahari – menerusi teleskop khas pada tahun 2010 dan tahun 2016 yang lalu melaporkan ada tiga planet berada di dalam orbitnya.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Sumber: mynewshub

Friday, December 05, 2014

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Untuk mengira berapa luas alam semesta yang sebenarnya, kita tidak boleh mengira dengan ukuran batu atau kilometer.

Alam Semesta

Ukuran luas alam semesta yang ada buat masa ini ialah mengukurnya dengan kelajuan cahaya iaitu 186 ribu batu sesaat.

Ini kerana, berapa lama cahaya mengambil masa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam setahun adalah panduan yang kita ada dan boleh diguna pakai. Dan jarak perjalanan cahaya ialah 5,879,000,000,000 batu setahun!

Disebabkan sesetengah bintang adalah terlalu jauh, walaupun ia sudah meletup dan hilang, kita masih dapat melihat cahayanya di langit pada waktu malam.

Hakikat sebenarnya, bintang tersebut sudah tidak wujud lagi. Ia sepatutnya tidak ada lagi ditempatnya. Tetapi kita masih dapat melihat bintang tersebut sebab cahaya terakhirnya belum sampai kepada kita.

Untuk memahami betapa luasnya langit, kita boleh melihat kepada kiasan yang dikemukakan oleh Robert Jastrow, bekas pengarah Pusat Goddard NASA.

Bayangkan Matahari adalah sebesar sebiji oren. Pada skala tersebut, Bumi hanya bersaiz sebutir pasir yang mengelilingi Matahari pada jarak 30 kaki.

Planet Musytari pula adalah 11 kali lebih besar daripada Bumi dan mengelilingi Matahari pada jarak satu blok rumah.

Planet Saturn pula berada dua blok lebih jauh dan Pluto (bukan lagi sebuah planet), yang paling jauh dalam Sistem Solar ini berada 10 blok rumah dari Matahari.

Pada skala yang sama, purata jauhnya di antara bintang-bintang adalah 2 ribu batu. Bintang terdekat dengan Matahari kita iaitu Alpha Centauri adalah 1,300 batu jauhnya.

Pada skala yang sama, galaksi adalah kluster bintang-bintang yang dipisahkan sejauh 2,000 batu. Kesemua kluster buah oren tersebut (galaksi) mempunyai diameter selebar 20 juta batu.

Bayangkan, ini hanyalah kiasan atau model luasnya angkasa langit yang kalau kita hamparkan diatas permukaan Bumi - butiran pasir dan buah-buahan oren sebagai planet.

Realiti sebenar angkasa amatlah hebat serta sangat luas.

Saintis sendiri tidak mampu menggambarkan berapa sebenarnya keluasan angkasa lepas dan jarak sebenar di antara galaksi-galaksi.

Subhaanallah..

BACA INI JUGA: Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi

-SENTIASAPANAS.COM