Saturday, July 27, 2013

Alvin-Vivian Takut Ancaman Bunuh!

Alvin-Vivian Takut Ancaman Bunuh!

Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee – yang dikenali umum sebagai Alvivi – mungkin perlu berasa bimbang dengan keselamatan mereka sekarang apabila telah dibebaskan dengan ikat jamin.


Peguam pasangan itu, Chong Joo Tian, berkata, jika terdapat sebarang ancaman dibuat terhadap mereka, mereka akan “membuat laporan polis dan meminta perlindungan polis”.

“Tetapi ini adalah langkah awal keselamatan kerana ikat jamin baru diberikan,” katanya kepada The Star Online.

Pasangan itu telah dihujani dengan ancaman selepas mereka mencatatkan ucapan ‘Ramadan’ yang menimbulkan kontroversi pada laman peminat Facebook mereka.

Semua pengguna Facebook dan Twitter berlainan agama dan latar belakang dan kaum serta-merta mengutuk pasangan ini melalui media sosial.

Ramai telah mengancam kesejahteraan mereka di Facebook dan berkongsi butir-butir peribadi mereka seperti alamat, nombor kad pengenalan, dan butiran saudara-mara.

Gambar pasangan ini dengan kapsyen ‘KILL – Jika anda mencederakan atau membunuh ‘sampah’ ini di depan saya, saya akan bertindak seolah-olah tidak melihatnya juga telah tersebar di Facebook.

Kutukan bertalu-talu membawa Alvivi menulis ‘tweet’ dari akaun Twitter mereka kini yang telah dinyahaktifkan, merayu supaya ia dihentikan.

Mereka berkata ancaman begitu menyebabkan mereka tidak selesa dan mereka tidak dapat makan atau tidur.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian berhujah anak-anak guamnya itu telah menerbitkan permohonan maaf terbuka melalui laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter malah turut menukar gambar yang memaparkan Bak Kut Teh itu kepada gambar karipap dan ketupat.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan melalui tweet adalah sebelum permohonan maaf terbuka dibuat.

”Facebook telah disekat, permohonan maaf dah dibuat dan saya percaya anak guam saya telah menyesal apabila ditahan. Jadi, apa lagi pendakwaan mahu?,” kata peguam terbabit.

Joo Tian turut membangkitkan isu, Alvin telah diletakkan di lokap berasingan dengan banduan lain (isolation detention) yang disifatkan sebagai satu bentuk hukuman.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh tidak sempat dibawa ke mahkamah petang ini untuk dibebaskan dan akan dibawa semula pagi esok bagi perintah pembebasan.

Ishak bagaimanapun menyifatkan, tidak wajar peguam itu menyamakan penahanan berasingan sebagai satu bentuk hukuman.

Hakim Azman mencelah bagi meredakan keadaan: ”Kalau letak sekali takut kena hentam. Kesian kat dia. Kita pun nak jaga dia. Tengok betapa prihatinnya pihak pendakwaan.”

[Sumber]

Monday, July 22, 2013

Alvin-Vivian Adalah Contoh Pelajar Cemerlang Yang Tidak Berakal

Alvin-Vivian Adalah Contoh Pelajar Cemerlang Yang Tidak Berakal

Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi dakwaan mahkamah kerana menghina agama Islam melalui laman sosial baru-baru ini dianggap sebagai pemusnah kepada keharmonian masyarakat.


Pengerusi Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak (YPKBTR), Datuk Chew Yin Keen berkata, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, adalah contoh golongan pelajar cemerlang yang tidak bermoral.

“Pelajar cemerlang yang tidak bermoral seperti Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tidak bermakna dan perbuatan mereka adalah pemusnah kepada masyarakat harmoni.

“Pelajaran cemerlang sahaja tidak mencukupi kerana ia juga harus mempunyai nilai-nilai murni yang baik,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan YPKBTR memberi penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 baru-baru ini.

Menurutnya, seramai 112 pelajar menerima anugerah masing-masing dan hadiah bernilai lebih RM16,000.

Justeru beliau berharap anugerah itu dapat memberi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan seterusnya mempunyai masa depan yang cerah.

“Ini bukan sahaja tidak menghampakan harapan ibu bapa malah memberi manfaat kepada masyarakat dan juga negara,” katanya.

[Sumber]

Friday, July 19, 2013

Alvin-Vivian Masuk Penjara Dilarang Ikat Jamin

Alvin-Vivian Masuk Penjara Dilarang Ikat Jamin

Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.


Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. -Astroawani

Kenapa Alvin-Vivian Tidak DilepaskanDengan Ikat Jamin


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah pada Khamis kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

“Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.

“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)” bersama logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. –BERNAMA

Thursday, July 18, 2013

Alvin-Vivian Mengaku Tidak Bersalah Depan Hakim

Alvin-Vivian Mengaku Tidak Bersalah Depan Hakim

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.


Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

(Baca: Penjara Setahun Terlalu Ringan Untuk Alvin Dan Vivian)

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ''Alvin and Vivian - Alvivi'' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

-Bernama

Penjara Setahun Terlalu Ringan Untuk Alvin Dan Vivian

Penjara Setahun Terlalu Ringan Untuk Alvin Dan Vivian

Memang teruk Alvin Tan dan Vivian Lee dikecam pelbagai pihak, khususnya muslimin dan muslimat di Malaysia, berhubung “jenaka biadap” yang jelas menghina dan mencemar Islam yang dibuat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Di saat umat Islam di seluruh dunia sedang beribadah menjalankan rukun Islam yang ke-empat, Alvin dan Vivian dilihat seolah-olah “menjolok sarang tebuan”. Dan bila mereka “disengat” sedikit, mereka menggelupur bagai “disembelih”…

Cuba melepaskan diri dari terus dikecam, dua budak Cina ini telah memohon maaf secara terbuka dan dilaporkan telah disoal-siasat oleh pihak berkuasa. Khabarnya mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara jika disabitkan kesalahan di mahkamah.

Pertamanya, saya ingin ulangi pendirian saya sebelum ini dengan menegaskan bahawa mereka berdua itu tidak layak sama sekali untuk memohon maaf berhubung perlakuan melampau mereka itu.

Sebabnya, perlakuan terkutuk itu dilakukan di saat mereka dalam keadaan sedar, waras dan mampu berfikir secara rasional. Saya yakin Alvin dan Vivian tidak di bawah pengaruh dadah, alkohol atau gila ketika mereka mencabar kesabaran umat Islam di bulan puasa itu.

Justeru itu, sebarang permohonan maaf dari kedua individu itu adalah sama sekali tidak relevan.

Memandangkan mereka telah memohon maaf secara terbuka baru-baru ini, dukacita saya jelaskan pada mereka berdua bahawa saya sama sekali tidak dapat menerima permohonan maaf mereka itu. Dalam erti kata lain, saya tidak akan memaafkan kesalahan “jenaka biadap” tersebut.

Bukanlah saya mahu menidakkan sifat pemaaf yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap kesalahan dua budak Cina itu. Namun pada saya, kesalahan dan kebiadapan kedua mereka itu perlu dihukum sekeras-kerasnya sebagai satu pengajaran pada seluruh individu lain di negara ini.

Selama ini sudah berkali-kali Islam dan kepentingannya di negara ini sengaja dicabar oleh beberapa pihak. Namun walaupun beribu-ribu laporan polis dibuat, tiada sebarang tindakan atau hukuman dijatuhkan pada mereka.

Dalam ertikata lain, tiada pun hukuman yang mampu membuat mereka serik dan tidak lagi mengulangi tindakan kurang ajar merek itu. Hasilnya, Islam terus dicabar di Malaysia sehingga hampir mencetus ketegangan yang menyaksikan kita semua terpaksa “mengalah” dan memaafkan mereka.

Pada saya, selagi tiada hukuman atau “judicial precedent” yang tepat dengan kesalahan melampau mereka itu, selagi itulah hati umat Islam di negara ini akan terus tercalar. Saya khuatir, sekiranya umat Islam di Malaysia terpaksa selalu memendam perasaan, risau juga kalau-kalau “gunung berapi” itu akan tercetus jua suatu hari nanti, bukan?

Pada hemat saya, hukuman setahun penjara maksimum adalah tidak memadai sama sekali sebagai hukuman pada Alvin dan Vivian. Bukanlah saya mahu memperkecilkan sistem perundangan di negara ini, tapi pada saya hukuman itu terlalu ringan jika diukur pada tindakan dan kesannya.

Katakanlah Alvin dan Vivian didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Saya yakin, mereka berdua akan memfailkan rayuan atas hukuman tersebut. Kalau rayuan itu diterima hakim, saya yakin hukuman untuk pasangan biadap itu akan dikurangkan ke beberapa bulan di penjara sahaja.

Cukupkah dengan penjara selama setahun atau beberapa bulan itu? Bagaimana dengan hati dan kesucian Islam yang mereka cemar itu? Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan majoriti rakyat di negara ini beragama Islam. Bolehkah “luka” itu dipadam dalam tempoh setahun?

Selain itu, dapatkah hukuman itu menghentikan mana-mana individu dari melakukan provokasi melampau terhadap Islam di negara ini?

Saya fikir, 5 tahun pun belum tentu saya dapat memaafkan Alvin dan Vivian. Dan saya juga yakin bahawa hukuman itu tidak akan sama sekali menghentikan sebarang serangan melampau terhadap Islam dan kepentingannya di Malaysia.

Justeru itu, saya menggesa agar pihak berkuasa melakukan sesuatu yang wajar mengikut justifikasi keadilan sebenar terhadap Alvin dan Vivian. Hukuman yang berat wajar dijatuhkan pada mereka sebagai satu pengajaran, tapi perlulah adil dari sudut Islam.

Saya tidak ada masalah untuk memaafkan mereka, tetapi mereka perlu memeluk Islam terlebih dahulu, mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan jadi penganut Islam yang lebih hebat dari Ustaz Ridhuan Tee. Kalau Alvin dan Vivian boleh buat begitu, barulah saya sudi maafkan mereka.

Maaflah. Saya bukanlah bersikap “ortodoks” dalam soal ini. Namun saya yakin hukuman setahun penjara tidak memadai dan hanya hukuman berhikmah yang berlandaskan Islam sebenar sahaja mampu memadam api kemarahan umat Islam terhadap tindakan melampau itu.

Janganlah Alvin dan Vivian salahkan saya serta umat Islam lain atas kemarahan ini. Kalau berani buat, maka beranilah mereka tanggung akibatnya. Selagi itu, terimalah kemarahan kami hingga akhirnya. Redha sajalah, kan?

[Sumber]

Wednesday, July 17, 2013

Benarkah Vivian Lee Penyokong Kuat BN?

Benarkah Vivian Lee Penyokong Kuat BN?

Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.


Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar. Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali. Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia. Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya.


Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional. Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia.

Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah. Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.

(Baca: Persamaan Antara Alvin-Vivian Dan Binatang!)

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan.

Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam. Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan. Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?

Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu. Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan? Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.

Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya. Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi. Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP. Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC. Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap! Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah. Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?

Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa. Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita? Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela.

[Sumber]

Tuesday, July 16, 2013

Akhirnya Pasangan Sundal Alvin-Vivian Tunduk Malu Depan Kamera!

Akhirnya Pasangan Sundal Alvin-Vivian Tunduk Malu Depan Kamera!

Pasangan seks murahan, Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya tunduk dihadapan kamera walaupun sebelum ini mereka bersifat ghairah melampau jika berada di hadapan alat berkenaan.


Semalam, kedua pasangan itu terutama Vivian yang diacu lensa jurugambar media hanya tunduk dan bertindak pasif ketika meninggalkan pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

(Baca: Persamaan Antara Alvin-Vivian Dan Binatang!)

Agak kelakar… mereka sangat berani berbogel di hadapan kamera dan berkongsi video lucah kepada umum, kenapa pula perlu tunduk di hadapan kamera wartawan walaupun berpakaian sempurna?

Ketika keluar …mereka diiringi oleh dua orang pegawai polis dipercayai dari Ibupejabat PDRM Bukit Aman.

Nyata kali ini mereka goyah apabila pihak SKMM dan PDRM bertindak secara serius dalam isu tersebut.

Mereka yang bertindak mengikut hawa nafsu dan tidak berfikir akan kesan tindakan akhirnya tunduk dengan lunas undang-undang.

Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara tetapi ia mesti berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

Mereka yang sebelum ini dilihat berani berhadapan dengan masyarakat nampaknya malu untuk berdepan dengan media.

Wakil media yang menunggu mereka selesai memberikan keterangan kepada SKMM selama lebih 10 jam hanya menerima komen ringkas daripada Alvin.

“No komen.. Tiada apa yang perlu dikatakan di sini. Jangan tanya kami, tanya kepada SKMM.

“Kami telah memohon maaf di Youtube dan kami ikhlas,” komen Alvin ringkas.

Persoalannya sekarang… apakah pasangan tersebut benar-benar insaf dengan apa yang dilakukan oleh mereka itu?



Perkasa Tolak Permohonan Maaf Alvin & Vivian


Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang kuat memperjuangkan isu melibatlkan Melayu dan Islam menolak sekeras-kerasnya video meminta maaf pasangan biadap blogger seks Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan umat Islam minggu lalu dengan gambar sup Bak Kut Teh mereka itu.

Menurut kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tindakan media yang menyiarkan video permohonan maafnya juga adalah tidak berfaedah.

“Perkasa menolah permohonan maaf budak biadap, Alvin dan Vivian. Apa faedah televisyen dan media menyiarkan berita mohon maaf mereka itu. Tahun lalu sebuah akhbar menyiarkan iklan makanan “Babi Panggang” sebagai makanan pada bulan Ramadhan apabila menyebutnya sebagai Ramdhan Delights,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.

“Banyak lagi peristiwa hina Islam, Melayu dan Raja-Raja, cukup-cukuplah,” katanya.

Semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah pun menyoal siasat Alvin dan Vivian selama lebih 10 jam selepas keluar dari pejabat SKMM pada pukul 9.30 malam selepas tiba pada pukul 10.45 pagi.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik gambar dengan kata-kata “Selamat Berbuka Puasa” dengan Bak Kut Teh sejenis hidangan sup dibuat daripada babi dengan menyertakan juga paparan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, mereka juga mencetuskan isu apabila sengaja merakam aksi seks mereka berdua dan kemudia memuatnaik video berkenaan kepada orang ramai melalui laman web mereka dan laman Facebook mereka.

Hari ini, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, kedua-dua mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 didakwa serentak dengan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dibawah Akta Hasutan 1948 Alvin dan Vivian boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi kesalahan pertama dan boleh dipenjarakan sehingga maksium lima tahun bagi kesalahan kedua dan seterusnya jika disabitkan kesalahan.

[Sumber]