Sunday, July 14, 2013

Persamaan Antara Alvin-Vivian Dan Binatang!


Merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang semakin melampau dua insan yang sungguh malang, Alvin dan Vivian. Kita tertanya-tanya adakah kepintaran yang mereka miliki telah membawa mereka kembali kepada suatu alam lain dimana kebodohan dianggap sebagai sesuatu yang patut dibanggakan?


Khas buat mereka berdua yang terlalu malang, sebenarnya perbuatan bodoh yang mereka lakukan tiada tara bodohnya dialam maya. Hanya mereka yang terlalu rosak akhlaknya sanggup melakukan apa yang mereka  berdua lakukan, kemudiannya berbangga..

Sesungguhnya sifat mereka berdua hanya layak dibandingkan dengan binatang...

1) Sifat mereka hari ini seumpama binatang yang hanya berupa manusia sahaja.

2) Mereka sebenarnya telah bertukar menjadi binatang yang melata.

3) Mereka bersikap seperti  harimau dan singa, kononnya garang dan menerkam siapa saja.

4) Mereka bersifat seperti buaya membaham apa sahaja menjadi makanannya.

5) Mereka bersifat seperti biawak, memakan bangkai tidak lagi memikirkan baik buruknya. Selagi boleh dimakan, makan apa saja.

6) Mereka bersifat seperti ular sawa yang menipu daya, membelit orang dan menelannya. Selepas itu tidur berlingkar kerana kekenyangan berbulan lamanya.

7) Mereka bersifat seperti beruang nampak baik sahaja, tidur mata tidak terbuka. Namun apabila terjaga dia memeluk orang dan mencakar badan dan muka.

8) Mereka bersifat seperti tikus mengganggu orang di waktu malam. Tidak boleh tidur orang dibuatnya. Dia mengganggu keselesaan orang lain, hinggakan orang tidak senang dan tenang dibuatnya.

9) Mereka bersifat seperti lalat membawa kuman merata-rata. Berlakulah penyakit di mana-mana di kalangan manusia.

10) Mereka bersifat seperti babi, memakan kekotoran yang begitu buruk dan menjijikkan. Tanpa segan silu dan malu yang penting kenyang. Apa orang hendak orang kata, katalah peduli apa.

11) Kalau manusia sudah bersifat binatang, bagaimana lagi hendak diperlakukan, selain dilayan seperti binatang.

12) Maka dia pun tersingkir dan terpinggir oleh masyarakatnya.

13) Terlalu asing dipandang sebagai manusia, melainkan sebagai binatang.

14) Wahai Tuhan bila lagilah Engkau hendak datangkan BALA kepada mereka berdua?

15) Agar sifat-sifat KEMANUSIAAN mereka dipulihkan semula.

16) Supaya alam ini bersih daripada angkara jijik mereka.

17) Kerana begitulah perasaan setiap hati manusia yang masih bersih jiwanya..

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon