Thursday, September 06, 2018

Apa Itu Penyakit Saraf, Punca, Tanda Dan Rawatannya


Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang, sama seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf menghantar isyarat maklumat ke seluruh tubuh badan manusia.

Apa Itu Penyakit Saraf, Punca, Tanda Dan Rawatannya

Sakit saraf bukan saja melibatkan saraf yang berada di anggota tubuh seperti tangan dan kaki. Ia menyebabkan rasa kebas, tiada kekuatan untuk bergerak dan ada kalanya terasa sakit cucuk mencucuk.

Sakit saraf juga menyebabkan pesakit mengalami sukar bernafas, masalah penghadaman dan masalah penglihatan dan pendengaran.

Apa yang lebih merisaukan, ia boleh menyebabkan rasa kemurungan, tidak bersemangat dan letih pada diri pesakit.

Fungsi elemen fizikal dan psychological telah terjejas dan usaha rawatan juga agak lama. Harus bersabar memberikan sokongan dan rawatan.

ADA 3 JENIS SARAF DALAM TUBUH KITA:

1. Saraf deria

Saraf ini menyampaikan maklumat dari kulit dan otot ke saraf tunjang dan otak kita. Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan kita berasa sakit dan lain-lain lagi sensasi.

2. Saraf Motor

Saraf ini mengawal pergerakan dan tindakan kita dengan menyampaikan maklumat dari otak dan saraf tunjang ke otot kita.

3. Saraf autonomik

Saraf ini mengawal aktiviti seperti kadar jantung, tekanan darah, penghadaman, dan pengawalan suhu.

TANDA-TANDA KEROSAKAN SARAF

Bila berlaku kerosakan pada saraf, biasanya kita akan alami tanda-tanda berikut.

1. Kerosakan pada saraf deria
  • Sakit mencucuk.
  • Sangat sensitif pada sebarang sentuhan.
  • Rasa kebas dan kesemutan.

2. Kerosakan pada saraf motor
  • Hilang keseimbangan badan.
  • Otot lemah dan hilang kawalan otot.
  • Kekejangan otot.

3. Kerosakan pada saraf autonomic
  • Rasa pening semasa dalam keadaan berdiri.
  • Kadar denyutan jantung yang tidak normal/sesak nafas semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Peluh berlebihan atau kurang berpeluh.
  • Masalah penghadaman.
  • Masalah pundi kencing.
  • Masalah penglihatan.

PUNCA KEROSAKAN SARAF

1. Autoimun

Penyakit autoimun seperti sclerosis, sindrom Guillain-Barre (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf periferal), myasthenia gravis, lupus dan penyakit radang usus.

2. Kanser

Kanser boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf di dalam pelbagai cara.

Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.

3. Saraf terhimpit/trauma

Apa-apa sahaja yang menyebabkan trauma (termasuk pembedahan) atau saraf terhimpit akibat tumor atau masalah lain boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

4. Diabetes

Hampir 70% daripada penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf.

5. Kesan sampingan ubat dan bahan-bahan toksik

Ubat-ubatan seperti kimoterapi untuk kanser dan ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat HIV dan juga bahan-bahan toksik termasuk plumbum, arsenik dan merkuri, boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.

6. Penyakit neuron motor

Neuron motor adalah saraf di dalam otak dan tulang belakang yang berkomunikasi dengan otot seluruh badan anda.

Penyakit-penyakit yang menjejaskan saraf ini, termasuk sklerosis lateral amyotrophic, juga dikenali sebagai ALS atau penyakit Lou Gehrig, boleh menyebabkan kerosakan saraf menjadi semakin teruk.

7. Kekurangan nutrisi

Kekurangan nutrien tertentu, termasuk vitamin B6 dan B12, boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

8. Penyakit berjangkit

Penyakit berjangkit tertentu mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan. Ini termasuk penyakit Lyme, virus herpes, HIV dan hepatitis C.

RAWATAN SAKIT SARAF ATAU KEROSAKAN SARAF

1. Bersenam

Semestinya senaman sangat membantu dalam apa juga masalah kesihatan. Orang yang sihat pun digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, apatah lagi orang yang kurang sihat.

Cuma kena amalkan senaman yang sesuai keadaan kesihatan.

2. Makan makanan yang berkhasiat

Perut merupakan punca segala penyakit. Itu sebab Rasulullah amalkan makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Makan pula bukan sebarangan, pastikan makanan yang diambil berkhasiat dan diambil secara sederhana.

3. Kekalkan berat badan sihat

Berat badan sangat penting. Lebih berat badan, akan mengundang pelbagai masalah. Banyak sekarang program untuk kekalkan berat badan secara online, yang penting perlu konsisten dan disiplin.

4. Boleh cuba rawatan akupunktur

Rawatan akupunktur sebagai rawatan alternatif boleh membantu masalah saraf. Sakit saraf dapat dikenalpasti di mana sakitnya. Akupuntur sangat sesuai untuk dicuba.

5. Pengambilan suplemen yang sesuai

Supplemen adalah makanan tambahan untuk sel dan saraf. Pengambilan nutrisi yang mencukupi membantu mengurangkan sakit saraf.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rahsiaummi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon