Wednesday, September 26, 2018

Mujahid Tidak Bersikap Adil Terhadap Zakir Naik


Sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.

Mujahid Tidak Bersikap Adil Terhadap Zakir Naik

Tidak mustahil kenyataan Dr Mujahid yang menghina dan menganggap Dr Zakir Naik mencaci agama lain didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan tokoh tersebut sebelum ini.

Dr Mujahid harus malu dan melihat kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap Dr Zakir Naik kerana pernah menganggap program Dr Zakir Naik adalah program perbahasan ilmiah.

Dr Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke Malaysia.

Jika Dr Mujahid tidak bersetuju dengan kaedah pendebatan yang dianjurkan, maka beliau boleh berbincang dari aspek teknikal.

Jangan sentuh sensitiviti melampau sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap Dr Zakir Naik. Sikap apologetik Dr Mujahid sangat naif sehingga membuat tuduhan melulu.

Sikap tidak profesional tersebut telah menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain.

Berbeza dengan cara Dr Mujahid menangani isu LGBT, beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi alternatif kepada golongan ini.

Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik, beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut.

Demikian juga beliau boleh membuat pertemuan dengan Dr. P. Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatan Dr. P. Ramasamy dengan pertububan pengganas LTTE.

Adakah sebenarnya Dr. Mujahid didorong atau berada dibawah kawalan dan cengkaman pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Dr Zakir Naik?

BERIKUT KAMI SIARKAN SEMULA PANDANGAN KONTROVERSI MUJAHID TERHADP ZAKIR NAIK.

Dakwah Dr Zakir mencaci agama lain -Mujahid

Kaedah berdebat dengan merendah atau menghina agama lain tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik.

Sambil memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik yang sering dianggap merendahkan agama lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kaedah itu tidak sesuai dengan budaya negara ini.

“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin.

Mujahid berkata, segelintir umat Islam suka merendahkan maruah agama lain dengan mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, sedangkan Islam itu tidak membezakan sesiapa.

Katanya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengaitkan sebarang bangsa dengan Islam.

“Jangan sempitkan fahaman kita kerana itu hanya akan menyebabkan orang lain berasa Islam itu sempit.

“Perkembangan dakwah dalam Islam juga tidak pernah mengamalkan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain.

“Islam tidak pernah mempraktikkan memaki hamun apatah lagi mencerca agama lain,” katanya.

Beliau menegaskan umat Islam tidak seharusnya terhimpit dengan perkauman sempit kerana ia akan menghalang perpaduan kaum yang wujud di negara ini.

Tegas beliau, sebagai negara majmuk umat Islam seharusnya menerima perbezaan itu dengan berfikiran terbuka dan saling memahami antara satu sama lain.

Katanya negara ini tidak wujud secara spontan malah ia terbina daripada pelbagai kaum, agama dan etnik.

“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat.

“Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya.

Mujahid berkata sebagai kerajaan baharu, peranan dimainkan tidak sekadar menjaga Islam tetapi lebih daripada itu memastikan keharmonian negara terpelihara.

Beliau arif mengenai perkara berkenaan dan Malaysia baharu yang dilaungkan bermaksud tekad untuk mengembalikan keaslian kendiri masyarakat negara ini yang sebelum ini ‘dirompak’ hingga menyebabkan ia memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat.

“Malaysia baharu bukan bermakna kita mahu lupakan sejarah atau membuang segala peruntukan dalam perlembagaan sebaliknya memperbaharui apa yang seharusnya diperoleh rakyat.

“Rakyat boleh pilih sama ada kekalkan kehendak mengiktiraf kepelbagaian itu sebagai identiti atau biarkan perkauman sempit membelenggu minda yang nyata tidak memberi sebarang manfaat,” katanya.

Sementara itu Azizan, berkata sejak ditubuhkan pada sejak tahun 1992 pihaknya sudah mengadakan lebih daripada 60 dialog berhubung agama di dalam dan luar negara yang antara lain bertujuan memberi kefahaman antara masyarakat di negara ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: harakahdaily | hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon