Isnin, September 24, 2018

Hutang PTPTN Perlu Dibayar Tapi Janji Manifesto Mesti Ditunai


"Apa pun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar," memetik kata-kata Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik dan sedikit pandangan saya sebagai manusia biasa, seharusnya seorang menteri harus berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan agar tidak menyinggung hati para-para peminjam PTPTN serta pengundi.

Lawak Hutang PTPTN

Pada dasarnya kita sangat bersetuju bahawa sebagai peminjam perlulah membayar pinjaman atau hutang itu, tetapi YB harus ingat bahawa di dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang secara jelas menyatakan bahawa, 'Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam'.

Saya yakin dan percaya bahawa disebabkan manifesto ini juga merupakan antara pemacu kemenangan HARAPAN dan menarik ramai pengundi muda untuk mengundi HARAPAN dalam PRU14.

Untuk pengetahuan menteri juga, sekiranya pada PRU14 HARAPAN tidak mengeluarkan sebarang manifesto ataupun apa yang ingin ditawarkan kepada pengundi jika dapat memerintah Malaysia, kita yakin dan percaya Dr Maszlee pun tidak boleh menjadi menteri pada saat ini.

Puji langkah mansuh senarai hitam

Kerajaan HARAPAN sepatutnya perlu memohon masa untuk melaksanakan segala janji dan kursusnya mengenai PTPTN bukannya mengeluarkan kenyataan yang menyinggung hati para pengundi.

Kita memuji langkah kementerian memansuhkan senarai hitam ke atas peminjam.

Hutang perlu dibayar dan manifesto perlu ditunaikan

Kita tahu bahawa manifesto bukan kitab suci yang perlu dikuti tetapi dalam masa yang sama tugas anda untuk menunaikan janji yang ditawarkan adalah perlu, bimbang janji itu menjerumus ke arah munafik seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

“Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

JANJI PEMBANGKANG DULU

Ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menjelaskan pinjaman pendidikan mereka kerana terpengaruh dengan janji pembangkang terdahulu.

Terdapat banyak faktor mengapa peminjam tidak menjelaskan pinjaman tabung berkenaan, selain tidak memiliki pekerjaan tetap.

Walaupun diakui ada sebahagiannya memang sengaja tidak mahu membayarnya walaupun mereka sudah punyai pendapatan tetap bagaimanapun, ada juga faktor lain yang menyebabkan mereka tidak bayar misalnya masih lagi tidak bekerja, ada yang bekerja tetapi pekerjaan mereka masih di bawah tahap kelulusan yang mereka miliki.

Jika diteliti banyak lagi faktor lain, tetapi juga ramai yang tidak bayar hutang sebenarnya kerana terpengaruh dengan janji pembangkang dahulu yang menjadi kerajaan sekarang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata ramai peminjam PTPTN sebagai TIDAK ANANAH menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Mahathir berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Kenyataan tersebut diselar Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sendiri membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan yang bergaji kurang RM4,000 sebulan.

Bekas pengerusi PTPTN turut berkongsi pengalaman beliau bahawa aliran pusingan kewangan perbadanan itu pernah mengalami kemerosotan akibat janji pembangkang dahulu.

Ramai yang tidak membayar pinjaman. Kenapa mereka tidak mahu bayar? Ini kerana terpengaruh dengan mainan politik dan janji populis pembangkang ketika itu.

Menjelang PRU13, ramai terpedaya kononnya “hutang PTPTN akan dihapuskan".

Kesannya aliran kewangan PTPTN begitu teruk akibat ramai tidak membayar pinjaman kerana terpengaruh dengan janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan PTPTN, katanya.

JANGAN HINA ANAK MUDA

Tidak adil untuk menggelar semua peminjam yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka sebagai tidak malu dan tidak amanah.

Ini kerana lebih ramai peminjam kategori itu yang berdepan masalah, bukan sengaja tidak membayarnya.

Mengakui memang ada peminjam seperti yang dinyatakan Mahathir, lebih ramai yang gagal berbuat demikian kerana belum mendapat pekerjaan atau bergaji rendah.

Kita menghormati Dr Mahathir dan memahami beban ekonomi negara, tetapi kita harus akui ada golongan miskin bandar dan miskin tegar, selalunya kelompok ini sukar untuk membayar kerana menanggung banyak beban seperti mula menyara keluarga selepas tamat belajar.

Dalam budaya kita, jika seorang itu belajar di universiti, harapan besar keluarga untuk mereka membantu keluarga yang lebih besar.

Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.

Dalam manifesto PRU lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000, selain membuang nama mereka yang tidak membayar dalam senarai hitam imigresen.

Sistem pendidikan negara adalah menumpukan kepada pembinaan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), pada masa sama institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berkembang dan dipotong peruntukan.

Biasiswa juga semakin berkurangan, maka semakin ramai lepasan sekolah yang tiada pilihan selain ke IPTS.

Maka dalam Buku Harapan yang lalu, fokus untuk mencipta kerja dengan gaji lebih tinggi, meningkatkan gaji minima dalam tempoh lima tahun dan penangguhan bayaran PTPTN sehigga gaji RM4,000, model sama digunakan di luar negara seperti Australia dan Britain.

PH baru memerintah beberapa bulan dengan misi untuk memperbaiki ekonomi, untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan, gaji permulaan yang baik dan memahami masalah sebenar peminjam, maka tidak wajar semua peminjam PTPTN di label sebagai tidak amanah.

JANGAN LUPA DIRI

Rakyat sedang melihat dan menilai anda sebagai kerajaan. Melihat janji-janji anda, melihat gerak kerja anda dan menentukan anda pada PRU15 nanti.

Memohon maaf jika perlu dan meminta diberikan masa jika tidak mampu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini | malaysiakini2 | malaysiakini3

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon