Thursday, March 01, 2018

Tudung BeLofa SOLD OUT, Neelofa Mohon Maaf Isu Kelab Malam


Sekalipun dilanda kontroversi ketika pelancaran tudung terbaru dari Naelofar Hijab, Turban BeLofa tetap habis terjual sehari selepas pelancaran tudung berkenaan di Zouk, Kuala Lumpur.

Tudung BeLofa SOLD OUT, Neelofa Mohon Maaf Isu Kelab Malam

Kesemua 45 warna Be Lofa Turban dijual hanya secara atas talian pada harga RM73 (Semenanjung Malaysia) dan SGD36 untuk pelanggan di Brunei dan Singapura.

Walaupun pelancaran koleksi ini dikecam ramai, ianya tidak pun menjejaskan jualan tudung terbaru Naelofar Hijab ini.

Khabarnya ramai yang kecewa kerana tidak dapat membeli turban ini.

Neelofa hilang lebih 40k pengikut di Instagram

Neelofa kehilangan puluhan ribu pengikut di Instagram susulan kontroversi kerana menganjurkan majlis pelancaran koleksi tudung di kelab malam.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh laman socialblade.com, Neelofa kehilangan sejumlah besar pengikutnya sejak tercetusnya insiden berkenaan.

Semakan juga mendapati Neelofa terus menerima kecaman sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram.

'Saya benar-benar menyesal'

Tudung BeLofa SOLD OUT, Neelofa Mohon Maaf Isu Kelab Malam

Selepas berdiam diri, Neelofa akhirnya tampil memohon maaf menerusi akaun Twitter peribadinya.

Menerusi tiga posting pada jam 11 malam itu, pengacara MeleTop itu memohon maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif kerana memilih tempat tersebut.

"Setelah memahami dan merefleksikan apa yang telah berlaku selepas pelancaran NH (Naelofar Hijab) pada 26 Februari lalu, saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan tempat tersebut," tulisnya pada entry pertama.

Tidak mahu lagi memandang ke belakang, Neelofa berkata, pihaknya akan terus memastikan pemakaian hijab berpotensi untuk maju ke hadapan.

Bahkan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mengambil tanggungjawab selepas semuanya yang berlaku.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan yang dibuat dan saya juga belajar daripada kesilapan.

"Saya jauh daripada sempurna dan saya menghormati pendapat dan maklum balas anda.

"Saya benar-benar sangat menyesal dengan apa yang berlaku," ujarnya.

Neelofa juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tetap memberi sokongan dan memahami keadaannya kini.

"Kami akan memberikan perhatian yang lebih besar pada masa akan datang untuk memastikan kami melindungi imej hijab," tulisnya lagi.

Rata-rata netizen menyambut baik permohonan maaf yang dibuat Neelofa dan menyifatkan ini ruang yang baik buatnya untuk belajar daripada kesilapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

sumber: thevocket | mk | sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon