Saturday, January 27, 2018

Benarkah Wanita Mandul Ibarat Dicabul Jin?


Benarkah dakwaan kononnya wanita mandul dilaknat oleh Allah SWT kerana tidak mampu melahirkan anak dan diibaratkan seperti rahimnya dicabul oleh makhluk ghaib atau jin?

Benarkah Wanita Mandul Ibarat Dicabul Jin?

Kenyataan mengarut itu secara tidak langsung telah mencetuskan kemarahan beberapa pihak dan kebimbangan ramai terutama bagi kaum Hawa yang masih belum mempunyai zuriat setelah lama mendirikan rumah tangga.

Menyedari perkara tersebut cuba disensasi pihak tidak bertanggungjawab, seorang pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi dari Kementerian Kesihatan Malaysia tampil memberikan penjelasan daripada sudut logik perubatan.

Pencerahan berkenaan juga untuk merungkai persoalan punca wanita terbabit tidak mampu mengandung dan ia langsung ternyata tiada kena mengena dengan unsur mistik sebagai mana ditularkan netizen.

Kata Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak fenomena wanita tidak hamil dikenali Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) sebagai merujuk empat doktor yang pertama kali menjumpai penyakit nadir itu.

Menurut beliau, MRKH adalah kongenital yang mana ianya sudah berlaku sejak sebelum dilahirkan lagi. Ia sering menyerang kaum wanita dan mengganggu sistem peranakan.

Keadaan ini menyebabkan bahagian faraj dan rahim tidak berkembang meskipun pada luaran nampak seperti perempuan normal.

Golongan wanita yang mengalami penyakit ini biasanya masih mempunyai genetik seperti wanita biasa iaitu kromosom (46, XX) dan sepasang ovari yang berfungsi secara normal.

Namun ujar beliau lagi, mereka yang dilanda penyakit ini selalunya akan mengalami masalah kelewatan haid yang pertama walaupun sudah mencecah usia 16 tahun.

Selain itu, mereka yang mengalami masalah ini juga akan berhadapan dengan kesukaran untuk hamil kelak tetapi boleh mendapatkan zuriat melalui kaedah assisted reproduction yakni pemindahan rahim.

Kadang-kala perempuan yang mempunyai sindrom MRKH akan mengalami ketidaknormalan pada sistem anggota tubuh badan yang lain.

Antaranya seperti pembentukan buah pinggang yang tidak normal, masalah pada rangka tulang belakang, masalah pendengaran dan juga masalah jantung.

Bagaimanapun, sindrom ini belum dapat dipastikan puncanya, malah pakar perubatan juga gagal untuk mengesan penyakit ini sehinggalah perempuan berkenaan mencecah usia akil baligh.

Hakikatnya, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh menerangkan punca seseorang wanita itu tidak boleh hamil dan ia sama sekali tiada kaitan dengan unsur tahyul.

Justeru daripada anda melemparkan tohmahan negatif yang tidak masuk dek akal ini, maka adalah lebih baik jika kita bermuhasabah diri kerana isu ini turut disentuh Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “Seorang mukmin itu apabila sangat menginginkan anak (namun tidak mendapatkannya), di syurga ia akan mengandungnya, menyusuinya dan tumbuh besar pantas, sebagaimana ia menginginkannya.”

(Riwayat Tirmidzi, no. 2563; Ibnu Majah, no. 4338. Al-Hafizh Abu Thahir dengan mengatakan bahawa taraf sanad hadis ini adalah hasan).

Berdasarkan sabda baginda SAW, kebanyakan ulama berpendapat bahawa bagi yang menginginkan anak, namun tidak mendapatkannya di dunia, maka ia akan mendapatkannya di syurga kelak.

Oleh itu janganlah sewenang-wenangnya melampiaskan kata-kata nista tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Sesungguhnya, diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata sesuatu yang menyakitkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon