Saturday, January 27, 2018

Simbol Murtad Topi Kon Sanbenito Umat Islam Wajib Tahu


Setiap kali menyambut perayaan tahun baru, majlis hari jadi dan sebagainya, topi berbentuk kon sering digunakan. Memang nampak menceriakan majlis, namun tahukah anda sejarah hitam di sebalik topi kon itu?

Simbol Murtad Topi Kon Sanbenito Umat Islam Wajib Tahu

Untuk pengetahuan anda, topi kon ada kaitannya dengan sejarah penindasan terhadap umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu.

Topi berbentuk kon itu dipanggil 'Sanbenito' namun generasi umat Islam hari ini masih ramai yang tidak tahu.

Dalam kajian Kristologi yang disampaikan oleh Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela berkuasa di Andalusia suatu ketika dahulu, ramai umat Islam telah dibunuh.

Namun, umat Islam akan diberi pengampunan dan jaminan hidup dengan syarat, keluar dari Islam.

Bagi membezakan antara orang Islam yang sudah murtad adalah dengan pemakaian baju seragam dan topi berbentuk kon Sanbenito tadi.

Penggunaan Sanbenito adalah sebagai simbol murtad untuk membezakan individu yang telah keluar dari Islam ataupun belum.

Ramai umat Islam diserata Andalusia telah dibunuh, kecuali mereka yang memilih untuk murtad dan memakai topi kon Sanbenito.

Dengan meletakkan Sanbenito di kepala, mereka akan selamat dan tidak akan dizalimi kerana sudah murtad.

Memburu orang Islam

Selepas agendanya menghapuskan Islam di Andalusia berjaya, Ratu Isabela seterusnya memburu umat Islam yang lari dan bersembunyi di Amerika Selatan.

Orang Islam yang ditangkap akan diseret dan dihadapkan ke hadapan lembaga penyeksaan oleh komuniti gereja.

Paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela untuk melaksanakan penyeksaan itu bernama Torquemada, seorang Yahudi yang dikenali sebagai 'pembunuh umat Islam Andalusia'.

Namun, bukan orang Islam sahaja yang diseret oleh lembaga penyeksaan tetapi juga orang Yahudi yang enggan masuk Kristian.

Ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang diseksa dengan memasukkan kayu runcing melalui dubur dan ada yang dipatahkan kaki serta tangan mereka.

Begitulah kejamnya penyeksaan mereka kepada yang menolak Kristian ketika itu.

Dan hari ini, selepas enam abad peristiwa kejam tersebut berlaku, ramai umat Islam diserata dunia tidak kisah mengenakan topi kon Sanbenito ketika menyambut perayaan.

Mereka bersuka-ria sambil membunyikan trompet di sana-sini.

Kasihan, mungkin mereka belum tahu makna topi kon yang ada diatas kepala itu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon