Tuesday, November 28, 2017

Pendaki Hebat Gunung Everest Yang Takut Sebutir Pasir!


Nama Sir Edmund Percival Hillary tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke puncak gunung Everest.

Sir Edmund Percival Hillary (kiri).

Pendaki kelahiran New Zealand ini merupakan orang pertama yang sampai ke puncak gunung pada ketinggian melebihi 29 ribu kaki, ditemani pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay.

Sebelum itu, Edmund pernah melakukan ekspedisi untuk menakluki Everest pada tahun 1951, namun gagal.

Sejak tahun 1920an, banyak ekspedisi pendakian dilakukan untuk menawan puncak dunia itu tetapi semuanya gagal.

Kejayaan Edmund pada tahun 1953 telah membuka pintu kepada pendaki-pendaki lain untuk turut sama menakluki Everest.

Edmund pernah ditanya, sebagai seorang pendaki sejak usia remaja dan telah banyak menghabiskan waktu menjelajah alam ini, apa yang paling ditakutinya ketika melakukan pendakian? Sebutir pasir!

Itulah jawapan Edmund kepada pertanyaan itu.

Dia tidak takut cuaca yang ekstrem, entiti misteri mahupun jurang yang dalam tetapi, yang paling ditakuti Edmund hanyalah sebutir pasir.

Katanya, sebutir pasir yang masuk terselit di celah-celah jari kaki boleh membawa malang terhadap pendaki.

"Ia kecil, hanya sebutir pasir namun, apabila masuk ke dalam kulit kaki dan ke dalam kuku, lama-kelamaan kaki akan terkena jangkitan lalu mula membusuk.

"Semakin lama kaki semakin sakit, lemah dan akhirnya tidak dapat digerakkan lagi.

"Itu bermakna malapetaka untuk seorang pendaki," kata Edmund.

***

Kita sering berasa takut dan risau dengan hal-hal besar yang adakalanya belum tentu ada di depan mata, lalu mengabaikan perkara kecil yang tanpa kita sedar sebenarnya boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia?

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Kisah yang memberi inspirasi..

    Kadang-kadang kita ambil mudah benda yang remeh sebab tak memberi kesan dalam jangka masa pendek..

    Namun dalam jangka masa panjang ia boleh memberi impak yang besar kepada kita dan pada masa itu baru kita sedar namun segalanya mungkin dah terlambat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon