Friday, October 20, 2017

Keunikan Tasik Bukit Merah Yang Ramai Rakyat Malaysia Tidak Tahu


Pada tahun 1885, landasan kereta api pertama di Tanah Melayu telah dibina antara Taiping dengan Port Weld, kemudian pada tahun 1900, penjajah membina sebuah lagi stesen kereta api di Bukit Merah.

Tasik Bukit Merah

Stesen kereta api ini menjadi pengangkutan utama penduduk ketika itu yang merentasi tasik Bukit Merah.

Tasik Buatan Pertama Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, tasik Bukit Merah adalah tasik buatan manusia tertua di Malaysia yang di bina pada tahun 1906.

Ketika itu, sebuah empangan telah dibina yang kemudian menenggelamkan sebahagian kawasan ini, lalu membentuk tasik air tawar dengan keluasan 40 kilometer persegi dengan kapasiti takungan kira-kira 70 juta meter padu air.

Air dari empangan ini sebahagiannya dialirkan ke kawasan sawah padi di sekitarnya menerusi dua buah terusan iaitu Terusan Besar dan Terusan Selinsing.

Satu-satunya Landasan Kereta Api Merentas Tasik

Semasa pendudukan tentera Jepun dahulu, penduduk di sekitar Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak yang akan dibawa melalui stesen kereta api.

Tahukah anda, stesen kereta api Bukit Merah ini adalah satu-satunya landasan kereta api merentasi tasik di Malaysia.

Dikatakan bahawa, pemandangan matahari terbenam ketika menaiki kereta api ini sangat indah memukau mata.

Setelah berpuluh tahun memberikan khidmatnya, laluan asal stesen kereta api Bukit Merah akhirnya di tutup pada 30 Julai 2013.

Ia kemudiannya digantikan dengan jambatan landasan berkembar yang baru, juga merentasi tasik Bukit Merah.

Jambatan Kereta Api Terpanjang

Jambatan landasan kereta api baru ini sepanjang 3.5 kilometer, menjadikan ia jambatan kereta api terpanjang di Malaysia dan terpanjang merentasi tasik.

Pada tahun 1997, sebuah taman tema air iaitu Bukit Merah Laketown Resort telah dibuka di sini dan menjadi salah sebuah pusat pelancongan terkenal di Malaysia.

Jika anda berkesempatan berkunjung ke Tasik Bukit Merah, jenguklah pulau-pulau disekitar tasik ini. Ada 14 buah pulau kesemuanya.

Habitat Arowana

Tasik Bukit Merah juga terkenal sebagai habitat asal ikan Arowana yang popular sebagai ikan hiasan.

Ikan Arowana berwarna emas yang digelar Malaysia Gold atau Dragon Fish biasanya mencecah ribuan bahkan puluhan ribu ringgit harganya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Sangat indah sekalih gan tasik nya

    ReplyDelete
  2. Pada masa dahulu dari dalam kereta api yang berjalan perlahan penumpang juga boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan, keindahan tasik seluas luasnya dipenuhi dengan teratai merah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon