Thursday, July 20, 2017

Pesta Seks Di Syurga, Ustaz Syam Mohon Maaf Terlanjur Kata


Sebab mulut badan selalu boleh binasa. Itu mungkin pengajaran yang dapat diambil oleh seorang ustaz muda selepas dia terlajak dalam berkata-kata.

Ustaz Syam

Ketika menjadi tetamu sebuah stesen televisyen, pemuda terbabit yang dikenali sebagai Ustaz Syam mengejutkan orang ramai apabila mendakwa, antara nikmat yang akan ada di syurga nanti ialah "pesta seks".

Menyedari ia mengejutkan Syamsuddin Nur Makkah - iaitu nama lengkapnya - menjelaskan mengapa dia berkata begitu.

"Minta maaf, kerana inilah yang kita tahan-tahan selama di dunia.

"Inilah yang kita tahan-tahan di dunia dan kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT di syurga adalah pesta seks," katanya melalui program Islam Itu Indah yang ditayangkan pada 15 Julai lalu.

Petikan video itu segera menjadi tular di media sosial, malah beberapa pihak membuat aduan kepada polis Indonesia.

Sebahagian besar penganut Islam di negara itu berpendapat kenyataan berkenaan berlebih-lebihan dan tidak wajar diungkapkan terutama oleh seseorang yang bergelar ustaz.

Sebagai reaksi segeranya, Ustaz Syam akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya Syamsuddin Nur Makkah mengucapkan permohonan maaf yang sebesar-besarnya atas kesalahan dan kekhilafan yang saya lakukan pada tayangan Islam Itu Indah Sabtu 15 Julai 2017, (apabila) saya mengungkapkan kata-kata yang mungkin menyakiti hati para penonton, menyakiti hati para jemaah dan juga memang tidak pantas untuk saya katakan.

"(Kesilapan itu semua berpunca daripada kelemahan saya, daripada daripada kedangkalan ilmu saya. Saya masih belajar," katanya.

Jangan kecam lagi

Ustaz Syam memang digemari ramai kerana cara penyampaiannya menggunakan bahasa mudah difahami.

Media tempatan melaporkan, Ustaz syam pernah menuntut di Makassan, dia adalah imam di Masjid Kubah Emas Dian al-Mahri, Depok di Jawa Barat.

Selain muncul selayaknya seorang ustaz, dia juga sering tampil dengan gaya kontemporari.

Sebelum ini dia digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ria Ricis iaitu adik kepada pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi.

Sementara itu Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) berkata, mereka akan menyiasat insiden itu dan akan mengambil langkah sewajarnya.

"Aduan orang ramai akan dibawa ke mesyuarat dalaman KPI," kata agensi itu melalui Twitter.

Beberapa pengguna media sosial pula meminta orang ramai tidak lagi menyerang atau mengecam pemuda itu selepas dia meminta maaf.

BACA INI JUGA: 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

sumber: mk

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon