Thursday, March 23, 2017

Peristiwa Dunia Yang Berlaku Dalam Bulan Mac


Tahukah anda apa peristiwa-peristiwa paling penting dalam sejarah peradaban manusia yang berlaku pada bulan Mac?

Morocco

Kami kongsikan buat semua pembaca persitiwa-peristiwa dunia yang telah berlaku dalam bulan Mac.

2 Mac 1956

Morocco yang juga dikenali sebagai Maghribi meraih kemerdekaannya dari Perancis.

Morocco terletak di benua Afrika, bersempadan dengan Algeria dan Mauritania.

Pada penghujung abad ke 7, Morocco berada dibawah pemerintahan Islam sebelum jatuh ke tangan Portugis dan Sepanyol pada abad ke 15.

Morocco kemudiannya dijajah Perancis sebelum mencapai kemerdekaannya.

2 Mac 1878

Perjanjian San Stefano ditandatangani antara empayar Turki Uthmaniyyah dan Rusia, yang mengakhiri perang antara dua kuasa itu.

Perjanjian ini membawa kepada kemerdekaan wilayah Serbia, Montenegro dan Romania dari jajahan Turki, manakala daerah Bosnia Herzegoivina diberi kuasa autonomi sendiri.

8 Mac 1968

Lebih kurang 200 pelatih tentera Muslim dibunuh kerajaan Filipina dibawah pimpinan Ferdinand Maros.

Tragedi inilah yang telah mencetuskan kebangkitan kaum Muslim di wilayah Mindanao untuk melakukan pemberontakan sekaligus mewujudkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.

10 Mac 1876

Alexander Graham Bell berjaya membuat panggilan telefon pertama di dunia setelah menghabiskan waktu yang lama melakukan kajian dan ujian.

Nama Alexander dikenali dunia kerana menjadi pencipta telefon.

10 Mac 1945

Sebanyak 334 buah pesawat perang Tentera Udara Amerika Syarikat telah melepaskan 700 ribu tan bom di Tokyo yang telah meragut nyawa lebih 100 ribu orang pada pasca Perang Dunia ke 2.

11 Mac 1904

Malta ditawan pasukan Arab dari kekuasaan Byzantium. Malta merupakan sebuah negara kepulauan di selatan Eropah ditengah-tengah laut Mediterranean.

Kedudukannya yang strategik menyebabkan Malta sering dijajah sejak berabad lamanya.

12 Mac 1968

Mauritius mendapat kemerdekaan dari British. Mauritius merupakan sebuah negara pulau yang terletak di barat daya Lautan Hindi.

Sebelum itu, Mauritius pernah dijajah oleh Belanda dan Perancis.

13 Mac 1781

Pakar astronomi Inggeris, William Herschel menemui planet Uranus menerusi teleskop.

Nama Uranus diambil sempena nama dewa Yunani Kuno dan Uranus merupakan planet ke 7 dari matahari.

14 Mac 1954

Perang Dien Bien Phu telah meletus di Vietnam dan merupakan perang terakhir dalam siri pertempuran Perang Indochina pertama.

Perang Dien Bien Phu ini telah berjaya mengusir penjajah Perancis dari Vietnam.

20 Mac 1956

Tunisia mendapat kemerdekaan dari Perancis dan Republik Tunisia merupakan negara paling kecil di Banjaran Atlas dan terletak diperairan Mediterranean di Afrika Utara.

21 Mac 1990

Namibia merdeka dari Afrika Selatan. Republik Namibia adalah sebuah negara dipinggir lautan Atlantik dan terletak di selatan Afrika.

24 Mac 1882

Bakteria penyebab penyakit tibi atau batuk kering berjaya ditemui oleh Robert Koch, seorang pakar perubatan dari Jerman.

26 Mac 1994

Tentera Amerika berundur dari bumi Somalia setelah menerima tentangan sengit dari puak pemberontak tempatan Somalia.

Tujuan Amerika menghantar tenteranya adalah untuk melindungi kepentingannya tetapi gagal.

26 Mac 1971

Berlaku pergolakan politik yang membawa kepada pengunduran Pakistan Timur yang berpisah dari Pakistan lalu mengumumkan kemerdekaannya yang kini dikenali sebagai Bangladesh.

29 Mac 1676

Empayar Turki Uthmaniyyah berjaya mengalahkan tentera Poland dan berjaya menguasai sebahagian wilayah Ukraine yang sebelum itu dibawah kekuasaan Poland.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Teori Konspirasi Yang Terbukti Benar

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon