Tuesday, January 17, 2017

Remaja Dirasuk Selepas Terima Mesej WhatsApp Dari `Syaitan’

Loading...

Dua remaja yang berusia 13 dan 16 tahun dikatakan telah `dirasuk’ selepas menerima mesej WhatsApp yang kononnya daripada syaitan.

Dirasuk

Kedua-duanya telah dibawa ke hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak keruan di rumah mereka di Tacna, Peru, pada awal pagi Jumaat lalu.

Kedua-duanya juga didapati mengalami sawan dan mereka telah diberikan ubat pelali sebelum dibawa ke hospital.

Menurut doktor, remaja terbabit berada dalam keadaan histeria.

Ibu bapanya memaklumkan bahawa perangai kedua-duanya berubah sebaik menerima pesanan berangkai dalam telefon mereka pada tengah malam.

Sehingga kini tidak ada perkembangan yang diterima mengenai remaja terbabit.

BACA INI JUGA: 5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

Sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon