Nov 24, 2016

Vivo V5 Kamera Selfie Terbaik, Rakaman Setinggi 20MP!

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar Vivo V5 terbaru mereka, dengan fokus utama diberikan terhadap kamera selfie.

Vivo V5

Vivo V5 yang baru ini menampilkan kamera depan 20MP, resolusi paling tinggi untuk kamera depan yang pernah dilihat setakat ini.

Untuk memastikan pelancaran Vivo V5 lebih meriah, Vivo Malaysia buat pertama kalinya telah melantik duta mereka.

Seorang penyanyi terkenal, rajin berselfie dan memuat naik gambar ke Instagram, beliau adalah Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato’ Siti Nurhaliza akan berkongsi pengalamannya menggunakan Vivo V5 dalam percutiannya ke Sepanyol & Dubai baru-baru ini. Beliau juga akan menghiasi semua iklan vivo di suratkhabar, majalah dan TV selepas ini.

Sekali pandang, rupa Vivo V5 tidak ubah seperti V3 Max yang diperkenal awal tahun 2016 ini. Ia memiliki badan besi sepenuhnya, bersama skrin berukuran 5.5-inci.

Sayangnya resolusi skrin hanya HD, 1280×720 sahaja. Spesifikasi yang dilihat agak ketinggalan.

Tenaga pemprosesannya dijana oleh cip Mediatek MT6750 8-teras, bergandingan dengan 4GB RAM serta storan dalaman seluas 32GB. Ia mampu menerima storan tambahan dalam bentuk mikroSD sehingga 128GB.

Kamera Selfie Paling Hebat

Vivo V5 with Siti Nurhaliza

Perkara terhebat pada Vivo V5 adalah kamera selfie 20MP yang menggunakan sensor Sony IMX376, berukuran 1/2.78″ dengan apertur f/2.0.

Vivo V5 turut mendapat gelaran ‘Softlight Camera’ kerana memiliki LED Flash di depan, yang menghasilkan cahaya lembut untuk mencerahkan lagi tangkapan selfie.

Tangkapan selfie ini kemudiannya mendapat sentuhan Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih licin dan gambar lebih menawan.

Untuk kamera belakang pula, ia memiliki sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF).

Vivo V5 dibekalkan bateri berkapasiti 3,000mAh tetapi ia tiada pengecasan pantas. V5 menjalankan antaramuka Funtouch OS 2.6 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Selain kamera yang hebat, V5 turut dilengkapi pengimbas capjari yang pantas di hadapan, serta cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan.

Bunyi ini dapat didengari melalui lubang pembesar suara yang terletak di bawah telefon.

Harga Vivo V5

Telefon Vivo V5 boleh dibeli bermula 26 November, dengan harga RM1,299 termasuk GST.

Vivo Malaysia turut memberikan petunjuk ketibaan sebuah lagi telefon pintar, iaitu V5 Plus. Adakah ia akan menampilkan kamera selfie yang lebih dahsyat?

Sama-sama kita nantikan.

BACA INI JUGA: 5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

Sumber: Theskop

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

nanti murah sikit abam nak beli la..

Rasanya dah cukup murah ni Abam Kie hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon