Nov 16, 2016

‘The Rock’ Bakal Bertanding Jawatan Presiden AS Pada Tahun 2020?

Dwayne Johnson atau lebih unggul dikenali dengan panggilan ‘The Rock’, dikatakan bakal mengikuti jejak Donald Trump dan akan mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika pada tahun 2020.

Dwayne Johnson USA Presiden

Selepas mencapai kejayaan yang baik dalam dunia hiburan, terkini The Rock mahu cuba nasib terjun di dalam dunia politik pula.

Ketika mempromosikan filem Disney ‘Moana’ yang dibintanginya baru-baru ni, Dwayne mengaku untuk mempertimbangkan dirinya sebagai calon presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 nanti.

Bukan setakat mahu tawan gelanggang sahaja, malah rumah putih juga!

"Saya mempunyai kebolehan merangsang orang lain dalam cara positif dan terus menolak mereka ke hadapan, dalam masa yang sama saya ‘menolak’ diri sendiri , kerana setiap hari saya walk the talk, dan itu pada saya adalah satu kualiti diri yang penting.’ kata Dwayne.

Dwayne Johnson vs Stone Cold

Ini bukan kali pertama Dwayne membuat kenyataan untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden AS, sebelum ini Dwayne kerap memuat naik status di laman sosial berkenaan isu yang sama.

Adakah impian The Rock untuk menjadi Presiden Amerik Syarikat pada umurnya 48 tahun akan tercapai?

Sama-sama kita nantikan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Memandangkan The Rock adalah orang seni, maka semestinya polisi-polisi yang akan di cadangkan adalah berbaur kelebihan kepada bidang seni. huhu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon