Oct 7, 2016

Hukum Dan Kerugian Menunda Mandi Wajib

Seringkali ramai umat Islam menunda mandi wajib tanpa kerana mungkin malas atau tidak sempat kerana terlambat bangun.

mandi-wajib

Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khas bertajuk, "Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan."

Di bawah bab itu dicantumkan dua buah hadis sahih yang mengandungi ancaman menunda mandi wajib tanpa sebarang alasan.

Apa ancamannya? Orang yang menunda mandi wajib tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah SAW;

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): Orang yang sedang dalam hadas, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq." (HR. Al Bazzar; sahih)

Dijelaskan oleh Al Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia dalam keadaan apapun.

Jadi, bagi orang yang menunda-nunda mandi wajib tanpa alasan kukuh, maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat.

Lalu, adakah seseorang harus segera mandi wajib selepas sahaja melakukan hubungan seks dengan pasangannya?

Rasulullah SAW memberi contoh, selepas menunaikan hajat bersama isterinya, kadang-kadang Baginda terus mandi wajib dan kadang-kadang tidak.

Ketika Rasulullah SAW tidak segera mandi wajib, maka beliau berwudhu dulu sebelum tidur.

Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah SAW. Lalu dia menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, 'Bagaimana yang beliau lakukan ketika dalam keadaan junub, apakah beliau mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi? 'Aisyah menjawab, 'Sungguh semuanya telah dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau berwudhu lalu tidur. 'Aku berkata, 'Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan." (HR. Muslim)

Hadis lain dalam bab ancaman menunda mandi (junub) tanpa alasan memperjelaskan bahawa yang terkena ancaman tidak didekati malaikat rahmat adalah menunda mandi junub tanpa berwudhu.

Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir r.a, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang tidak akan didekati malaikat, mayat orang kafir, seorang yang berlebihan menggunakan wangian yang terbuat dari za’faran, dan seorang yang sedang junub hingga ia berwudhu,” (Hasan lighairhi, HR Abu Dawud [4180]).

Haram hukumnya seorang lelaki menggunakan za’faran pada pakaiannya, badannya atau mengenakan baju yang dicelup warna kuning kerana itu semua adalah wangian dan perhiasan wanita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: Bersamadakwah

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon