Monday, October 24, 2016

Aksi Tom Cruise Dalam 'Jack Reacher: Never Go Back' Lebih Mendebarkan!


Selepas filem pertamanya berjaya meraih kejayaan yang cukup memberangsangkan, kini filem aksi lakonan aktor hebat, Tom Cruise kembali dengan sekuelnya, Jack Reacher: Never Go Back.

Jack Reacher

Jika Jack Reacher yang ditayangkan pada 2012 dulu diarahkan Christopher McQuarrie, kali ini peranan itu telah diambil Edward Zwick yang tidak kurang hebatnya dalam menangani filem-filem aksi.

Filem yang menelan belanja pembikinan sebanyak USD$96 juta ini mengetengahkan kisah seorang ejen risikan yang telah bersara, namun terpaksa berdepan dengan konspirasi terhadap dirinya.

Tidak hanya menumpukan kepada babak aksi semata-mata, filem ini turut hadir dengan jalinan plot yang cukup menarik. Malah konflik yang diketengahkan kali juga lebih rumit dan mengundang rasa ingin tahu yang lebih mendalam dari penonton.

Filem ini mengambil latar masa selepas empat tahun filem pertamanya, Jack Reacher (Tom Cruise) kembali ke markas unit perisikan tempat dia bertugas sebelum ini untuk bertemu rakan baiknya, Mejar Susan Turner (Colbie Smulders.)

Apa yang mengejutkan, Turner telah digantung kerja kerana dituduh terlibat dalam satu usaha konspirasi untuk mengkhianati negara.

Yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku, Jack berusaha untuk membebaskan Turner dan mencari dalang sebenar di sebalik apa yang berlaku itu.

Dalam masa yang sama, Jack turut terlibat dengan masalah baru apabila didakwa mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan perlu bertanggungjawab ke atas remaja itu.

Persembahan lakonan daripada Tom Cruise sememangnya tidak perlu dipertikaikan apatah lagi dengan babak-babak aksi yang sememangnya menjadi kelebihan utamanya.

Meskipun sudah menginjak ke 50 tahun, Cruise ternyata masih lagi hebat serta tangkas dalam setiap pergerakan aksinya menjadikan watak Jack Reacher itu begitu padan dengan dirinya.

Selain babak aksi yang mendebarkan, filem ini juga menonjolkan elemen kekeluargaan yang mampu menyentuh hati penonton menerusi watak Jack dan juga remaja yang didakwa sebagai anak perempuannya.

Meskipun ada yang cuba membandingkan Jack Reacher: Never Go Back ini dengan filem pertamanya, namun sekuel terbaharu ini berbaloi untuk tontonan.

BACA INI JUGA: 10 Pembikinan Filem Paling Mahal Hollywood Sehingga 2016!

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon