Sep 7, 2016

Saya Tidak Pernah Berkahwin, Pengakuan Bekas Bakal Suami Fara Fauzana

Bekas calon suami Fara Fauzana menegaskan dirinya masih bujang dan status berkenaan tidak pernah dirahsiakan daripada pengetahuan bekas penyampai radio popular itu.

Fara Fauzana

Mohamed Hafiz Badiuzzaman juga menafikan laporan akhbar yang mendakwa dirinya sudah bernikah dan menjadi punca majlis perkahwinan mereka dibatalkan.

“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini, merujuk kepada Fara.

“Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.”

Hafiz, 30, menggesa dirinya dan keluarga diberikan ruang bertenang akibat daripada keputusan yang dibuat Fara itu.

Katanya, selepas daripada penjelasan ini maka Fara yang harus menjawab mengapa majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada minggu depan dibatalkan.

Harian Metro melaporkan status Hafiz yang sudah bernikah menjadi punca Fara membatalkan perkahwinannya.

Memetik seorang sumber yang tidak dinamakan, akhbar berkenaan melaporkan Hafiz yang juga ahli jawatankuasa Pemuda Umno di satu bahagian di Lembah Klang merahsiakan statusnya daripada Fara.

Namun, Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam laporan tersebut kepada mana-mana media.

Fara, 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di Damansara.

Bekas penyampai Hot FM itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu namun Fara enggan mendedahkan identiti lanjut Hafiz.

BACA INI JUGA:

Sumber: TMO | Sentiasapanas

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon