Thursday, September 22, 2016

Anda Phubber Atau Fomo? Inilah Penyakit Mental Pentaksub Gajet!


Adakah anda sering bertindak acuh tidak acuh apabila seseorang bercakap dengan anda semasa anda sedang melihat telefon pintar? Jika ya, maka anda adalah seorang Phubber.

Phubber dan Fomo

Atau adakah anda berasa tidak keruan jika anda tidak melihat telefon anda walaupun dalam masa sejam? Jika ya, anda juga seorang Fomo.

Jika anda ke restoran bersama keluarga, adakah anda berborak mesra di meja atau masing-masing memandang kepada gajet?

Ini adalah gejala terkini selepas selfie, wefie dan ketagihan aplikasi pada smartphone.

Persoalannya, adakah remaja Malaysia mengalami gejala-gejala ini tanpa sedar? Apa pun keputusannya, ia masih belum terlewat untuk memulakan usaha kewarasan dalam hubungan sosial dan komunikasi warga Malaysia

Gejala Phubber dan Fomo ini menular dalam cara hidup dikalangan generasi Y dengan sangat pantas.

Istilah 'lepak' generasi ini lebih terarah kepada mengemaskini status di laman sosial berbanding duduk berborak bersama rakan dan keluarga.

Menurut kajian Chapman (2013), lebih 87 peratus remaja kini lebih gemar berkomunikasi melalui telefon berbanding bersemuka bersama rakan. Majoriti adalah dari negara maju dan membangun.

Ini menggambarkan betapa teknologi mengambil alih gaya kehidupan normal seseorang.

Phubber dan Fomo
Gambar hiasan.

Ia membawa kepada kemusnahan sama ada dalam komunikasi dan perhubungan sesama manusia serta kehilangan kewarasan seseorang itu sehingga membawa 'pembunuhan' yang tidak disengajakan.

Banyak kes melibatkan kemalangan sewaktu mengemaskini status, anak-anak jatuh dari tingkap, eskalator dan sebagainya tanpa sedar kerana ibu bapa digelar Mother Phubber leka melihat telefon pintar masing-masing.

Kes perceraian di Malaysia turut meningkat di mana ia diakibatkan kepada ketagihan terhadap teknologi.

Gejala 'Hikikomori' yang berasal dari Jepun sekarang semakin menular tanpa sedar di kalangan masyarakat Malaysia.

Ia adalah satu penyakit mental yang disebabkan oleh kecenderungan untuk bersendirian dan lebih berkomunikasi bersama gajet berbanding manusia.

Ia sangat menakutkan!

BACA INI JUGA:

Sumber: Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon