Aug 28, 2016

Dicop Sebagai Pemain Paling 'Kotor' Di EPL, Diego Costa Buktikan Sebaliknya

Bercakap mengenai pemain paling ‘kotor’ dan ganas. kami boleh menjamin nama Diego Costa pasti ada dalam senarai peminat bola sepak Inggeris.

Diego Costa

Lihat sahajalah beberapa siri bentesan beliau dalam perlawanan pembukaan musim menentang West Ham. Perlu diingat, beliau adalah penyerang!

Dalam perlawanan itu juga, Costa telah melakukan satu bentesan keras ke atas penjaga gol West Ham, Adrian. Beliau sepatutnya diberikan kad kuning kedua oleh pengadil. Namun agak bernasib baik apabila terlepas hukuman pengadil.

Tambah memberangkan penyokong West Ham adalah, tak lama selepas membentes penjaga gola mereka, Costa kemudiannya menjaringkan gol kemenangan Chelsea.

Bercakap kepada ESPN Brazil selepas perlawanan, Costa mengaku yang beliau tidak tahu beberapa peraturan baru yang diterapkan oleh Premier League pada musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Costa dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil – salah satu daripada 12 peraturan baru Premier League pada musim ini.

Beliau nampak tidak berpuas hati. Namun selepas diterangkan oleh wartawan ESPN Brazil selepas perlawanan, beliau mengakui baru tahu dan akan lebih prihatin tentang isu tersebut.

Saya hanya mangsa keadaan

Tampil mempertahankan dirinya, Costa juga menyatakan beliau tidaklah ‘sekotor’ yang disangka peminat dan media bola sepak. Beliau berpendapat, beliau hanyalah mangsa sasaran pengadil dan peminat bola sepak di England.

“Jelas sekali saya adalah sasaran oleh pengadil dan orang di sini. Jika saya melakukan kesalahan, ia akan menjadi lebih besar daripada orang lain yang melakukan kesalahan yang sama.”

Adakah kenyataan Costa ini benar? Adakah beliau bukan pemain yang kotor? Untuk mengkaji kebenaran dakwaannya, kami beralih kepada data statistik Opta.

Data statistik buktikan sebaliknya

Baru-baru ini, pembekal data statistik Premier League, Opta telah mengeluarkan statistik jumlah kekasaran yang dilakukan oleh penyerang pada tahun 2016.

Ia merangkumi perlawanan selepas Krismas musim 2015/2016 sehingga perlawanana pembukaan musim 2016/2017.

Ini adalah grafik yang kami perolehi daripada oulala.com.

Diego Costa Statistics

Agak mengejutkan apabila Diego Costa berada di ranking ke-16. Ia memang jauh daripada yang disangkakan.

Penyerang yang paling ‘kotor’ adalah Shane Long dengan 30 kekasaran dilakukan. Ia diikuti oleh 2 penyerang yang memang suka bermain fizikal, Troy Deeney (Watford) dan Andy Carroll (West Ham).

Anda mungkin tidak percaya apabila penyerang Manchester United, Anthony Martial berada di tempat ke-4 dengan 26 kekasaran; berkongsi kedudukan dengan penyerang sensasi Watford, Odion Ighalo.

Memang tidak dinafikan, Costa antara pemain yang agak ‘keras’ di dalam padang. Namun menurut statistik ada 15 lagi penyerang lain yang lebih ‘keras’ daripada beliau.

Mungkin kerana reputasi beliau yang suka bertelegah dan terlibat dalam beberapa insiden kontroversi membuatkan perhatian lebih diberikan ke atas beliau.

BACA INI JUGA: Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!

Sumber: Semuanyabola

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon