Saturday, August 06, 2016

7 Tahun Hilangkan Diri Dikhianati Keluarga, Adik Rayu Kakak Balik Ke Rumah


Satu artikel luahan hati seorang adik yang merayu agar kakaknya pulang ke rumah cukup mengharu dan menyedihkan.

Pengorbanan seorang Kakak

Kisah pengorbanan kakaknya yang begitu besar kepada keluarga namun akhirnya dikhianati abang sendiri sehingga dia membawa diri.

Kakaknya sanggup mengorbankan kehidupan sehariannya demi menyara mereka sekeluarga termasuk ayah, emak, adik dan juga abang-abangnya.

Namun kerana dek cemburu oleh darah daging sendiri, beliau telah dianiaya menyebabkan dia lari meninggalkan keluarganya kerana kecewa.

Apa yang mengharukan, walaupun beliau pergi jauh tidak dapat dikesan namun dia tetap mengikuti perkembangan adik-adiknya dan tidak lupa tanggungjawabnya dengan mengirimkan wang kepada keluarga setiap bulan walaupun dikhianati abang sendiri.

Mari kita baca kisah ini.

*Admin telah mengedit ejaan pada artikel ini agar lebih sesuai dan mudah difahami.

Salam. Hai nama aku Laila. Aku ada 4 orang sibling. Tahun ini genap 7 tahun kakak menghilangkan diri.

Cerita bermula begini. Kami keluarga susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi semakin susah bila abang long meninggal.

Dua tahun selepas tu, kakak dapat sambung belajar. Kakak serang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam-macam untuk sara hidup dia sebab tak nak bebankan ibu.

Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat pakai kereta baru. Tapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi.

Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran master. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dalam bilik sorang-sorang.

Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yang tanggung segala perbelanjaan. Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah.

Senang cerita gaji ayah simpan untuk ayah dan ibu sahaja. Kakak tanggung abang juga bila dia berhenti dan takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga keluarga kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.

Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abang ngah marah-marah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat.

Katanya kawan-kawan dia semua nampak. Ibu dan ayah diam seribu bahasa. Malam tu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak cakap dia kerja di Singapura naik kenderaan awam. Jammed. Penat lagi. Mana ada masa nak lepak-lepak semua.

Dan aku akui kakak memang betul sebab kakak yang aku kenal akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6 dah keluar. Malam pukul 8 lebih baru sampai rumah. Memang setiap hari begitu la rutin kakak.

Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk. Dan tiada seorang pun yang pertahankan kakak.

Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tengah bersiap. Kakak kata, takpe hari ini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datag juga.

Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas nama sendiri. Kakak bawa kereta ke mana pun aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya untuk kami. Seminggu lepas tu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.

Betul kata kakak, tak lama lepas tu abang mengaku yang dia marah sebab kereta dan rumah semua atas nama kakak. Dan dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga.

Aku tengok ayah dan ibu betul-betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu.

Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya banyak juga kakak masukkan. Memang kami hidup mewah, semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tau kat mana.

Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebijik Hilux. Terkejut bukan main. Orang yang hantar tu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin-rajin.

Sekarang dah nak masuk tahun ke 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yang aku tahu, kakak sekarang berada di Jerman. Itu pun sebab kakak ada hantar barang masa aku kat hostel.

Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi.

Aku respect kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tak pernah orang datang minta hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke Mekah.

Tapi semua duit kakak bank ini dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu, semua dah tersedia depan mata.

Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak.

Aku harap confession ini diviralkan sampai kakak dapat baca. Kami semua rindu kakak. Abang pun dah anak dua.

Tanpa kakak disisi aku rasa kosong, sebab kakak la yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu.

-Adik seorang kakak-

Hantar confession anda di sini. Mari kita bantu adik ini agar dapat bertemu semula dengan kakaknya.

BACA INI JUGA: Kenali Generasi Baby Boomers, Generasi X dan Generasi Y Di Malaysia

Sumber: Siakapkeli.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon