Sunday, July 24, 2016

Tahukah Anda Siapa Pencipta Copy & Paste?


Budaya 'copy & paste' sudah menjadi sinonim dengan kehidupan masyarakat dunia, lebih-lebih lagi di dunia internet yang serba moden ini.

Budaya 'copy & paste'

Namun, tahukah anda siapa yang telah mencipta aplikasi arahan komputer 'copy & paste'yang tersangat popular ini?

Jawapannya, Lawrence Gordon Tesler. Dilahirkan pada 24 April 1945, Teslar merupakan seorang graduan komputer sains dari Universiti Stanford, California.

Selain itu, dia juga terkenal sebagai pakar saintis dalam bidang interaksi komputer-manusia (Human-Computer Interaction).

Sebelum wujudnya kuasa 'copy & paste', masyarakat dunia telah menggunakan kaedah manual sebagai teknik untuk 'potong dan letak semula'.

Cara ini banyak digunakan semasa mengendalikan manuskrip pada tahun 1980an. Ketika itu, hanya cara ini saja yang dianggap paling mudah dalam pengendalian rekod.

Kakitangan yang terlibat akan menggunakan gunting untuk memotong perkataan pada helaian naskah, kemudian barulah diletakkan ditempat yang dikehendaki.

Kaedah ini kemudiannya mencetuskan idea kepada Lawrence. Bermula dengan langkah manual, siapa sangka dia berjaya menghasilkan cara yang lebih cekap kepada dunia.

Lawrence telah bekerjasama dengan seorang rakan, Tim Mott, untuk menghasilkan command 'copy & paste'.

Ketika itu dia sedang mengendalikan perisian yang dinamakan sebagai 'Gypsy' di syarikat Xerox PARC, California.

Arahan komputer popular 'copy & paste' ini berjaya dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 1973 hingga 1976.

Ctrl + C membawa maksud copy. Perkataan atau ayat yang ditanda akan ditiru secara automatik, kemudian, Ctrl + V pula berfungsi untuk meletakkan semula perkataan tadi.

Sementara itu, Ctrl + X pula dicipta untuk menghilangkan terus perkataan yang telah ditiru.

Uniknya, kaedah 'copy & paste' moden terbukti memberikan penyelesaian mudah kepada pengguna.

Lawrence yang telah berkhidmat di Xerox PARC dari tahun 1973 sehingga 1980 kemudian bertukar ke sebuah syarikat ternama Apple pada tahun 1980.

Kepakaran Lawrence turut menjadikan dia saintis komputer dibeberapa syarikat ternama lain seperti Amazon dan Yahoo.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Mudah je copy paste tapi ramai tak tau mcm mana dan siapa penciptanya...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon