Saturday, July 30, 2016

Harga Dan Spesifikasi Xiaomi ‘Mi Notebook Air’, Laptop Canggih Dengan Harga Tidak Masuk Akal


Xiaomi telah melancarkan laptop pertama mereka dengan nama Mi Notebook Air dengan spesifikasi yang canggih serta harga yang rendah.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’

Rekabentuk

Sekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook Air juga sudah mengigatkan kami tentang laptop keluaran Apple.

Malah, Xiaomi dilihat lebih obvious meniru rekabentuk ini apabila menggunakan nama ‘Air’ pada model mereka.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [2]

Dalam pada itu, kami salute Xiaomi berjaya menghasilkan laptop pertama mereka dengan rekaan logam, bezel yang nipis serta skrin HD penuh.

Keyboard dengan backlit keys antara features yang tidak kami sangkakan untuk harga yang diumumkan.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [3]

Xiaomi juga berjaya menyediakan sebuah laptop yang 13% lebih nipis dan 11% lebih kecil berbanding Apple Macbook Air yang pada kami sebuah kerja yang hebat.

Meskipun tidak senipis Apple Macbook, kami lebih berminat dengan Xiaomi Mi Notebook Air yang masih mengekalkan port USB 3.0 yang pada kami masih penting dan releven.

Spesifikasi

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi

Dari segi spesifikasi Xiaomi seakan-akan bersedia untuk bersaing dengan laptop-laptop high spec yang lain. Setidaknya untuk bersaing bersama ultrabook yang lain.

Xiaomi Mi Notebook Air 13.3”

  • Dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5
  • Kad grafik Nvidia GeForce 940 MX
  • RAM 8 GB DDR4
  • Storan SSD PCIe bersaiz 256 GB
  • Dicas sepenuhnya menggunakan satu port USB-C
  • Jangka hayat untuk satu cas penuh tahan 9.5 jam


Xiaomi Mi Note 12.5”

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi [2]

Hadir dengan variant yang lebih rendah spesifikasinya. Dalam pada itu bukanlah bermakna laptop ini tidak mampu beroperasi dengan baik cuma tidak memfokuskan kepada kerja-kerja yang berat.

  • Menggunakan Intel Core M3
  • RAM 4 GB
  • Storan SSD-SATA 128 Gigabyte
  • Hanya seberat 1.07kg
  • Jangka hayat bateri selama 11.5 jam untuk satu pengecasan penuh


Terbaik untuk pengguna yang kerap menggunakan mobile office dan kerja-kerja ringan.

Harga

Menyentuh tentang harga, Xiaomi sekali lagi mengumumkan peranti keluaran terbaru mereka ini dibawah harga yang dijangkakan.

Untuk spesifikasi yang canggih serta rekabentuk yang boleh dikatakan premium, harga yang diumumkan boleh dikatakan agak rendah.

Harga bagi Xiaomi Mi Notebook Air 12.5” adalah RMB 3499 (RM 2140) manakala bagi versi 13.3” pula adalah RMB 4999 (RM 3054).

Harga mungkin sedikit berbeza apabila laptop ini mula dijual di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah laptop dengan spesfikasi yang power sebegini.

Memandangkan laptop ini adalah keluaran China serta dikeluarkan dengan harga rendah, kami yakin pasti ramai yang agak skeptical dengan ketahanan produk keluaran ini.

Nampaknya Xiaomi seakan sudah bersedia dengan persoalan ini dengan menyediakan ketahanan Xiaomi Mi Notebook Air yang dilihat mampu bertahan dengan baik.

Kesimpulan

Adakah Xiaomi Mi Notebook Air sebuah pembelian yang berbaloi? Sejujurnya jika diukur melalui harga, spesfikasi dan rekabentuk pembelian laptop ini merupakan pilihan yang terbaik.

Tahniah buat Xiaomi kerana berjaya mengeluarkan sebuah laptop dengan unique selling point yang sangatlah memikat hati pengguna.

Dari segi spesifikasi, rekabentuk serta aspek yang terpenting harga semuanya dititikberatkan oleh Xiaomi.

Kami yakin Mi Notebook Air dapat dijual dengan pantas dan banyak. Malah, dengan kualiti yang ada pada laptop ini mungkin tidak tertanding dengan laptop lain yang mempunyai range harga yang sama.

Walau bagaimanapun, kami masih menantikan review daripada website atau Youtuber terkemuka untuk mengatakan laptop ini berbaloi dibeli.

Hal ini disebabkan kami masih ragu-ragu dengan keupayaan Xiaomi memandangkan ini adalah laptop pertama keluaran Xiaomi.

BACA INI JUGA: Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Sumber: Thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon