Jul 12, 2016

Britain Akui Lakukan Jenayah Perang Serang Iraq Pada Tahun 2003?

Britain melanggar undang-undang antarabangsa apabila menyerang Iraq pada 2003, kata Timbalan Perdana Menteri ketika itu, John Prescott susulan inkuiri awam berhubung tindakan tersebut.

Iraqi War 2003

Inkuiri tujuh tahun itu mendapati bahawa justifikasi, perancangan dan pengendalian Perang Iraq oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair merupakan siri ke­gagalan tetapi tidak menyebut sama ada perang itu mencabuli undang-undang.

Lapan bulan sebelum Iraq di­serang pada 2003, Blair berkata kepada Presiden Amerika Syarikat, George Bush, “Saya akan bersama anda, walau apapun,”.

Beliau akhirnya menghantar seramai 45,000 askar Britain ke medan perang walaupun pilihan untuk perdamaian masih wujud, demikian menurut inkuiri awam itu.

Prescott dalam komentarnya yang disiarkan akhbar Sunday Mirror berkata, beliau kini menukar pendiriannya tentang status Perang Iraq dan mengkritik Blair kerana menghalang menteri-menterinya daripada berbincang terlebih dahulu sama ada perang itu sah di sisi undang-undang.

Real terrorist

“Pada 2004, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan memberitahu bahawa penukaran kepimpinan menjadi matlamat utama Perang Iraq, perang ini jelas melanggar undang-undang.

“Dengan hati yang amat sedih dan marah. Saya kini percaya beliau berkata benar,” kata Prescott dalam komentarnya.

Ramai rakyat Britain mahu Blair dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah berkaitan keputusannya mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iraq yang menyebabkan kematian seramai 179 anggota tentera negara itu dan lebih 150,000 penduduk awam Iraq sepanjang perang dan penaklukan selama enam tahun itu.

BACA INI JUGA: False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!

Sumber: Kosmo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Penjenayah yg pandai guna undang2 hhmmm...

Selamat Hari Raya Aidilfitri SP... maaf zahir dan batin. Salam ceria selalu... :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon