Jul 20, 2016

Anjing Mati Selepas Bunuh 4 Ekor Ular Tedung Untuk Lindungi Keluarga Tuannya!

Seekor anjing telah berjuang untuk menyelamatkan keluarga tuannya daripada diserang oleh empat ular tedung sebelum mati akibat dipatuk di Sebekapur daerah Gajapati, 400 kilometer dari Bhubaneswar, lapor IndiaTimes.

India mountains cobras
Gambar hiasan.

Anjing jenis Dobermen itu telah membunuh kesemua ular tedung berbisa berkenaan sebelum rebah.

"Saya amat terkejut, anjing itu telah membuat pengorbanan yang amat besar untuk saya dan keluarga, saya akan ingat pengorbanannya itu sampai bila-bila."

"Saya akan berdoa kepada tuhan semoga seluruh roh dan jiwanya akan pergi dalam keadaan tenang," kata pemilik anjing berkenaan yang ternyata dalam kesedihan.

Ular yang dikenalpasti sebagai ular tedung gunung itu dipercayai telah memasuki kawasan rumah penduduk kampung akibat musim tengkujuh di mana sarang reptilia berkenaan dipenuhi air.

Empat ekor ular tedung berkenaan telah cuba memasuki rumah keluarga tetapi disedari oleh anjing tersebut menyebabkannya terus ke pintu rumah untuk menghalang reptilia berkenaan daripada masuk.

Dobermen+Dog

Anjing tersebut dilihat bergelut dengan ular-ular itu sehingga ke halaman rumah yang berlaku dalam tempoh agak lama sehingga ular-ular tedung itu mati manakala anjing berkenaan pula dipenuhi darah.

Anjing tersebut dilihat terus bertarung sehingga setiap ekor ular berkenaan mati demi menghalang keluarga tuannya diserang sebelum rebah akibat terkena bisa.

Demi menghargai pengorbanan haiwan berkenaan, penduduk kampung telah meletak kalungan bunga pada badan anjing tersebut sebelum ditanam.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Sumber: Siakapkeli.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Anjing pun pandai sayangkan tuannya. Bersungguh sungguh dia menjaga keselamatan

Kisah pengorbanan yang cukup mengagumkan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon