Tuesday, June 28, 2016

Wiko Mobile Lancar Tiga Smartphone Terbaharu, Sistem Kamera Terpantas


Bagi peminat teknologi terkini, pastinya tidak sabar menunggu kemunculan tiga produk terbaharu Wiko Mobile iaitu UFEEL, UFEEL Lite dan Robby.

Wiko Mobile.jpg

Jenama itu menawarkan telefon berciri teknologi kesan cap jari, reka bentuk logam menarik dan bateri lebih tahan lama yang pasti menarik pencinta gajet terkini.

Ketiga-tiga telefon pintar itu mempunyai ciri eksklusif iaitu sistem kamera terpantas, mempunyai 5 megapixels hadapan, mengandungi pancaran flash bagi kamera selfie untuk lampu rendah termasuk 1.3Hz Quod Core processor, 3GB RAM dan 4G Lite, selain muat turun sesuatu dokumen.

Wiko Ufeel

Wiko Ufeel.jpg

Dengan badan premium dan pengimbas capjari pelbagai fungsi, Wiko Ufeel disasarkan untuk anak muda yang trendy dan mahukan peranti bergaya.

Pengimbas capjari di Wiko Ufeel boleh melancarkan arahan berlainan, menggunakan jari yang berbeza. Sehingga lima jari boleh didaftarkan untuk menjalankan pelbagai aplikasi.

Prestasi Wiko Ufeel tidak kurang hebatnya dengan kuasa CPU 4-teras 1.3Ghz, dipadankan dengan 3GB RAM dan disertakan 16GB storan dalaman.

Ia memiliki slot kad mikroSD dan dua slot kad sim yang berbeza, menyokong rangkaian 4G LTE.

Kamera Ufeel juga tidak kurang handal. Kamera belakangya dilengkapi sensor Sony IMX258 13MP. Kamera depan pula 5MP bersudut lebar, dan disertakan LED Flash untuk memastikan selfie yang sentiasa cerah.

Saiz skrinnya berukuran 5-inci dengan rekaan badan besi melengkung di sisi bersama kemasan pasir batu di belakang, menjadikan ia pilihan terbaik dalam genggaman.

Wiko Ufeel datang bersama Android 6.0 Marshmallow bersama dua pilihan warna menarik, iaitu Kelabu Angkasa dan juga Krim.

Wiko Ufeel Lite

Wiko Ufeel Lite.jpg

Rupa luaran Wiko Ufeel Lite sedikit berbeza dengan Ufeel. Ia menggunakan penutup plastik polikarbonat, yang diberi kemasan metalik seakan besi bagi memberi rupabentuk premium.

Ufeel Lite turut memiliki pengimbas capjari di depan, dengan fungsi menjalankan pelbagai arahan dengan imbasan jari berbeza.

Kesemua fungsi ini dijalankan di dalam sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, bersama antaramuka Wiko UI.

Skrin Ufeel Lite sebesar 5-inci, menggunakan teknologi IPS On-Cell untuk mengekalkan kenipisan. Ia disertakan kamera 8MP bersama LED Flash di belakang, dan 5MP yang turut disertakan LED Flash di hadapan.

Telefon pintar Wiko Ufeel Lite dikuasakan CPU 4-teras 1.3Ghz, bersama 2GB RAM dan storan dalaman seluas 16GB.

Ia mempunyai 3 slot kad berbeza yang menerima kad mikroSD dan dua kad sim bersaiz mikro, yang menyokong rangkaian 4G.

Wiko Ufeel Lite ditawarkan dalam dua warna, iaitu Kelabu Angkasa dan juga Emas.

Wiko Robby

Wiko Robby.jpg

Telefon pintar Wiko Robby membawakan skrin besar 5.5-inci HD, bersama dua pembesar suara stereo di hadapan.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan video, dan menonton video bila-bila masa di mana jua.

Ia adalah telefon kelas permulaan, yang dikuasakan CPU 4-teras 1.3GHz, bersama 1GB RAM dan 16GB storan. Kamera belakangnya 8MP yang dilengkapi fungsi HDR dan merakam video 1080p.

Manakala kamera depan 5MP dan dilengkapi flash untuk selfie yang cerah.

Fungsi unik Wiko Robby ialah kebolehannya membuat panggilan tidak mengira arah. Dengan mikrofon dan pembesar suara terdapat di atas dan bawah skrin, perbualan terus lancar kerana ia tetap boleh digunakan walau terbalik.

Harga

Wiko UFEEL, UFEEL Lite dan Robby boleh didapati di Malaysia melalui pengedar berdaftar pada harga RM699, RM569 dan RM449.

BACA INI JUGA: Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!

Sumber: Theskop

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon