Jun 28, 2016

Erra Fazira Akui Sukar Tolak Cinta Shahir

Erra Fazira mengakui tidak dapat menolak rasa cinta kepada Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 27, kerana jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicari olehnya.

Erra+Fazira_Ahmad+Shahir+Zawawi.jpg

Bagi Erra, walaupun sebelum ini dia berniat untuk bersuamikan lelaki yang lebih tua daripadanya tetapi juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 8 ini merupakan seorang lelaki yang boleh menepati ciri seorang suami yang dapat membahagiakannya.

“Bila Shahir membuka mulutnya, saya berasa lega kerana ia mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri,” kata pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu.

“Tak banyak yang boleh saya kongsi tetapi buat masa ini, saya dan Shahir masih dalam proses mengenali satu sama lain dengan lebih rapat,” jelas Erra, 42; kepada Malay Mail Online.

Sebelum ini bekas model tersebut pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali bersama Yusry Abdul Halim KRU dan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Hubungan Saya Dan Erra Direstui Keluarga

Erra+Fazira_Ahmad+Shahir+Zawawi [2].jpg

Shahir turut mengakui hubungan antara dia dan Erra telah dipersetujui oleh keluarga masing-masing.

“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja.

“Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota.

“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.

“Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Shahir berkata, dia menyerahkan segala-galanya kepada tuhan sekiranya mereka bakal berkahwin tahun ini.

Pada masa yang sama, Shahir memberitahu dia akan membuat ‘comeback’ tetapi dalam bidang yang lain.

BACA INI JUGA: Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon